Jan 5, 2023

A CLOSE SHAVE

Pandan Indah U-turn before escaping the narrow danger @2023

 Rabu, 5 Januari 2023.

Malam tadi hampir saja wak menabrak kereta disebelah kanan.
Kereta malaun putih disebelah kanan lorong itu tidak membuka lampu pula.
Dengan keadaan hujan lebat dijalanraya.

Kamus lalat.
Malaun - dari perkataan Arab; [ma.la.Öun] | ملعون. Definisi : Ar yg terkutuk atau dilaknati. (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Menabrak - melanggar; kenek

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 4, 2023

FAJAR SADBOY: JIKA DUKUN BISA MEMBUNUHMU TANPA DISENTUH

Fajar Sadboy @2023

Selasa, 3 Januari 2023.

Lagi2 kata Fajar Sadboy.

1. Cewek Perancis ga bisa bilang S dan H. Cewek Jepang ga bisa bilang L. Cewek Cina ga bisa bilang R.
Tapi kalau cewek Indonesia ga bisa bilang "ooh iya ini salah saya sendiri, saya mahu minta maaf." 

2. Jangan mengejar orang yg tak mahu dikejar. Jangan memberi orang yg tak mahu menerima. Hubungan perasaan adalah dua hal yg saling memberi bukan mengemis untuk mencintai.

3. Diluar sana banyak yg cantik. Tapi banting harga di aplikasi. Makanya gitu. Percuma (sia-sia) cantik gitu kalau bibirnya seperti SCTV - satu untuk semua.

4. Jika dukun bisa membunuhmu tanpa di sentuh. Percayalah saya pun bisa membuatmu rindu tanpa harus bertemu.

5. Setiap hubungan pasti ada pertengkaran. Dan saya minta tolong. Janganlah buat pertengkaran itu dijadikan kata perpisahan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

On MRR2 this evening @2023


Jan 3, 2023

FAJAR SADBOY: ZAINUDDIN VERSI NYATA

Fajar the Sadboy @2023


Isnin, 2 Januari 2022.
Cuti ganti Hari Tahun Baru 2023.

Lagi kata2 Fajar Sadboy (Tiktok) dari Gorontalo, Sulawesi.

1. Cewek itu seperti pohon pisang. Ada jantung tapi tidak ada hati.

2. Cewek seperti ibarat korek api. Kalau bukan hilang selain dari teman, siapa lagi mahu ambil?

3. Motor N-Max ayahnya yg beli, anaknya yg naik. Pacarnya yg sombong.

Ooh.
Siapa Zainuddin dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk?
Untuk yg masih tidak tahu, sila tenggelam di SINI dan SINI.

Nota lalat.
Bosan wak seharian duduk dirumah.
Malam sudah berlarian ke Jalan Duta.
Singgah di Bamboo Hills.
Kemudian berlarian ke Bukit Tunku.
Dan sempat lagi ke Starhill Gallery yakni Bukit Bintang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Green trees @2023

Bamboo Hills KL @2023
Bamboo Hills KL @2023
Bukit Tunku KL @2023
Bukit Bintang KL @2023
Pavilion Bukit Bintang KL @2023

Jan 2, 2023

FAJAR SADBOY: KATA KATA TENTANG CINTA DAN PATAH HATI YG NYELENEH

Fajar Sadboy @2023

Ahad, 1 Januari 2023.
Selamat Tahun Baru 2023.

Tiba2 sahaja wak terjebak dengan budak Fajar Sadboy ini yg viral dan terkenal seantero dunia di nusantara.

Jan 1, 2023

2022 | NASIB SEBENAR PEKERJA POTONG RUMPUT DI LUAR NEGARA


 Sabtu, 31 Disember 2022.
Hari terakhir tahun 2022.

Alhamdulillah. Tahun 2022 tiba dipenghujungnya. Dan pengalaman wak bekerja potong rumput di luar negara yakni Qatar dan kini di Indonesia yg penuh warna warni. 

CARWASH RM15

Jalan Sekolah Masai @2022

Sabtu, 31 Disember 2022.

Tengahari tadi sudah berlarian mencuci cikputih.
Harga rm15 terasa mahal juga.
Biasa harga cuci kereta sedan ialah rm12.

Malam pula berlarian ke stesen minyak Petron berdekatan.
Diarahkan membeli roti putih gardenia yg panjang - RM4.90.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 30, 2022

SOLAT JUMAAT TERAKHIR BERJEMAAH 2022

Mesjid Jamek Bandar Seri Alam Masai @2022


 Jumaat, 30 Disember 2022.

Pagi sudah berlarian ke warung di bandar koboi.
Wak makan mihun ikan goreng.

Petang pula berlarian mencari mee bandung.

Movie lalat.
Avatar The Way of Water 2022 HDTS Cam (3j 14m).

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Mihun Ikan Goreng (Masai) & Mee bandung Taman Scientex @2022

Dec 29, 2022

SENAI AIRPORT AT NIGHT

Bundaran Senai Airport @2022
Night photography without tripod.

Khamis, 29 Disember 2022.

Wak agak sibuk dengan urusan kerja potong rumput.

Tapi malam sudah berlarian ke bandara Senai airport.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 28, 2022

PARKING ON LEVEL UG

MKN Embassy Techzone @2022


 Rabu, 28 Disember 2022.

Tiada yg menarik hari ini.
Mesyuarat tingkap sepanjang hari dengan tim potong rumput di Jakarta.

Hafazan lalat.
Surah al-Baqarah ayat 284-286.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 27, 2022

没有运气 - MÉIYǑU YÙNQÌ

Chinese Temple Seri Kembangan @2022

Selasa, 27 Disember 2022.

No luck - 没有运气 - MÉIYǑU YÙNQÌ 

Tidak bernasib baik.
Tidak beruntung.
Namun hidup harus diteruskan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 26, 2022

UNISEL BATANG BERJUNTAI

Pekan Batang Berjuntai (Bestari Jaya) @2022

 Isnin, 26 Disember 2022.

Petang sudah berlarian ke Batang Berjuntai.
Sekarang dikenali Bestari Jaya.
Disebabkan ramai orangramai termasuk anak2 dara yg malu menyebutnya.

Ooh.
Sekarang ini kalau memandu.
Wak akan hidupkan dua2 Google maps dan Waze.
Wak suka Google maps kerana boleh sentiasa di depan skrin untuk buka apps lain.
Waze juga ada kelebihan untuk meninjau perangkap laju.
Tapi tadi harapkan pagar, pagar pun tak boleh diharap.
Konon untuk mengelak kemacetan.
Keluar simpang kemudian potong di simpang hadapan yg lagi macet.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid Universiti Selangor Bestari Jaya @2022
Tasik Universiti Selangor Bestari Jaya @2022

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.