Oct 14, 2022

WALKING AROUND MATARAM SMALL GARDEN

Mataram small garden @2022

 Jumaat, 14 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Mula2 ditanya, mgr EIN mahu ke kantor jam 8.00am.
Sebab sudah lama tidak bersenam.
Jadi pagi2 wak sudah berjalan2 kaki di sekitar kost.
Jarak adalah 2.1 kilometer sahaja.

Kemudian bila ditanya lagi kepada mgr EIN,
Dia tersakit perut lah pula.
Mungkin mgr EIN bercuti sakit hari ini.

Jadi wak pun berjalan kaki ke kantor juga.
Bareng sama bro farHAN.

Apps lalat. Relive - The Relive app combines performance tracking data from cyclists or runners with Esri digital maps and makes a short animation video in 3D that shows about a minute's worth of highlights of the athlete's treks.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 13, 2022

GRAB VS GOJEK INI PERBANDINGANNYA

Gojek with rider, Jalan Kyai Maja @2022



 Khamis, 13 Oktober 2022.

Petang tadi memang cadang mahu ke plaza Blok M.
Wak mahu beli beberapa barangan kost di pasaraya Farmer's Market.
Tapi sekarang kan sudah musim hujan.
Bila buka apps Grabcar dan Gojek.
Dengan keadaan macet di kesemua arah.
Tiada supir yg mahu mengambil pesanan.

Kemudian wak tukar destinasi ke kost pula.
Secepat kilat pak supir Gojek terima.
Tidaklah terlalu lama menanti.

Bila pak supir Gojek tiba.
Kami pinta untuk dihantar ke plaza Blok M juga.
Pak supir ikut sahaja dengan harga tambang yg sama ke kost.

Tapi masalahnya dengan pemandu supir Grabcar dan Gojek disini.
Mereka jarang2 ada wang ceceran.
Terpaksalah sedekah 2 ribu 3 ribu.

Kalau wak seorang diri bolehlah pesan Grabbike.
Naik motor pakai baju hujan pun gapapa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KUETIAW GORENG JALAN HANG JEBAT

Kuetiaw Goreng tepi longkang @2022


 Rabu, 13 Oktober 2022.

Pagi tadi pun wak berlarian ke kantor dgn mgr EIN.
Terpaksa naik Grabcar.

Tengahari wak menemani mgr EIN ke Jalan Hang Jebat.
Nak makan kuetiaw goreng, katanya.

Petang juga terpaksa melayan kehendak mgr EIN.
Untuk mengemaskini kerja2 potong rumput di kantor.
Mgr EIN pesan makanan mekdi sahaja.

Hampir jam 9pm, baru bergerak pulang.
Budak kantor, mas riCKY menunggu kami sahaja sehingga usai kerja.
Boleh pula wak tertinggal beg sailang di kantor dilantai 5 tadi.
Terpaksa terkejar2 semula naik atas.
Walaupun pak supir Grabcar sudah tiba di lobi.

Ooh.
Sekarang masuk waktu solat pun sudah awal benar.
Asar masuk jam 2.45pm.
Dan subuh masuk jam 4.15am.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 12, 2022

NGERASA GAK SIH KALAU JAKARTA MAKIN MACET?

Macet on Jalan Hang Tuah @2022

Selasa, 11 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Semalam kan wak sudah makan buah potong dari pasaraya Lotte itu.
Tengah malam tadi sudah terasa memulas2 perut.

Pagi tadi sebelum ke kantor.
Wak sudah bermuntah2an di WC.
Gara2 buah potong yg sudah basi itu.

Dan kepala wak pun makin lalok masa ke kantor menaiki Grabcar.
Sehingga tertinggal hape (baca, henfon) wak di kerusi di luar kost.
Dan terpaksa bro aNAS meminta bantuan bro niZAM untuk membawanya ke kantor pula.

Dan bila pulang dari kantor.
Hujan pun turun dengan lebat dalam kegelapan malam.
Terpaksa naik Grabcar bersama bro aNAS dan mgr EIN.
Tapi kejadian macet luarbiasa di Jalan Hang Tuah.
Memaksa pak supir melalui jalan yg lebih jauh dan muter kembali ke jalan yg sama.


Apps lalat.
Shazam - Shazam is an application that can identify music, movies, advertising, and television shows, based on a short sample played and using the microphone on the device.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 11, 2022

MY JETLAG AND STOMACH ACHE

On the way to office this morning @2022

 Isnin, 10 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Semalam tiba di kost dari bandara pun hari sudah malam.
Tidur awal lah juga.
Tapi jam 2am pagi sudah terbangun.
Terkebil2 hingga ke subuh.

Hari ini ada mesyuarat pula dari jam 10am hingga jam 4pm sore.
Ternguap-nguap wak dalam bilik mesyuarat itu.

Petang berlarian ke Gandaria mall.
Temankan mgr EIN daftar IMEI henfonnya dan beli kad sim baharu.

Selepas itu dengan keadaan mengantuk ya amat.
Makan di restoran Fish & Go.
Tidak pesan air minuman disebabkan harga kayangan.

Sempat singgah membeli barangan peribadi di Lotte Mart.

Nota kemaskini VW lalat.
Disini wak tertarik dengan seni kereta VW bulat yg dinamakan Beetle Sphere. Kemudian wak mengikuti seni Ichwan Noor ini ke museum Macan.

Kamus lalat.
pukis = sejenis kuih seperti apam yg gebus dan berinti pelbagai bahan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Rupiah for grabcar @2022
Gorengan singkong, tauhu, bakwan @2022
Maulud Nabi is today @2022
Beetle Sphere (red VW car) by Ichwan Noor at Gandaria City Mall @2022
Samsung Galaxy Z Flip 4 @2022
Prawn meal @2022
Kue Pukis @2022

Oct 9, 2022

ONXON

On to CGK @2022

 Ahad, 9 Oktober 2022.

Assalamualaikum kawan2.
Semasa kawan2 baca entri wak yg ini.
Mungkin wak sudah berlayar ke seberang ya.

Ω„َΨ§ Ψ₯ِΩ„َٰΩ‡َ Ψ₯ِΩ„َّΨ§ Ψ£َΩ†ْΨͺَ Ψ³ُΨ¨ْΨ­َΨ§Ω†َΩƒَ Ψ₯ِΩ†ِّي ΩƒُΩ†ْΨͺُ Ω…ِΩ†َ Ψ§Ω„ΨΈَّΨ§Ω„ِΩ…ِΩŠΩ†َ

“Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin” : ” Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." Doa Nabi Yunus.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan ini.
Amin ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 8, 2022

NASI LEMAK WAK KENTUT BANGI

Soft boiled eggs @2022

Sabtu, 8 Oktober 2022.

Tengahari tadi sudah berlarian ke restoran mamak di Semenyih.
Pesan roti canai dan kuah kari kambing.
Pesan telur setengah masak dua biji.
Dan teh panas dikit manisnya.

Petang pula wak berlarian ke medan selera Bangi Square.
Sebab mahu makan nasi lemak Wak Kentut di sini pula. (Tiada gambiran).
Dulu pernah makan di Kulai - [+ link]

Esok pun akan berlayar ke seberang.
Semoga dipermudahkan perjalanan hambaMu ini ya Allah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 7, 2022

SEEING RED

I see red today @2022


 Jumaat, 7 Oktober 2022.

"Tidak perlu menanam dendam,
Cukup tersenyum,
Dan biarkan karma melakukan tugasnya diam-diam.
Kerana yg melukai akan terluka pada waktunya."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 6, 2022

DOWNGRADE TO WINDOWS 10

Downgrade Windows 11 to 10 @2022


Khamis, 6 Oktober 2022.

Walaupun sekarang Windows 11 sudah menjadi norma kerja.
Perisian yg wak guna haruslah guna operasi sistem Windows 10 yg lama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 5, 2022

EARTH FOR SALE

Tanah 3 Ekar Untuk Dijual di Pinggiran Putrajaya @2022

Rabu, 5 Oktober 2022.

Sudah mendapat lampu hijau dari pihak pengurusan.
Visa dan permit kerja potong rumput di seberang untuk 2 bulan.
Dan tentang pesawat wak ke Jakarta pada hari Minggu ini.

Ooh.
Tiada gambar menarik untuk ditayang di entri ini.
Tunjuk gambiran pagar kebun orang sudah.

Kamus lalat.
Minggu = Ahad

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 4, 2022

RUNNING BACK TO CYBERJAYA

Plus highway heading north near Yong Peng @2022

Selasa, 4 Oktober 2022.

Pagi2 wak sudah berlarian di lebuhraya itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.