Aug 17, 2022

GAK USAH BINGUNG LAGI CARA BAYARNYA KALO MAU TOPUP MYXL

Blok M Plaza mall @2022

Selasa, 16 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pada bulan lepas, wak sudah membeli simcard prepaid myXL di Batam.
Sekarang baki pun tinggal nol, yakni kosong.

Wak sudah cuba mahu topup guna apps.
Tapi bila mahu bayar tidak berjaya pula.
Sudah cuba guna banyak kredit kad tapi masih gagal.

Pagi tadi wak tanya rakan sekerja, mat aCAP.
Dia kata memang tak boleh guna kad kredit.
Dia suruh cuba di mesin dalam Indomaret.
Tapi kedai Indomaret yg terdekat tiada kemudahan mesin itu pula.

Dan bila wak ke Blok M Plaza mall tadi.
Mamat Indon kat meja Informasi mall kata sudah tiada pula kedai myXL itu.
Aiyahh.

PLAN B

Kemudian tadi wak bertanya pada mat despatch riCKY yg selalu duduk di pintu keluar.
Dia kata dia boleh tolong belikan pulsa di kedai Indomaret.
Secepat kilat wak berikan duit padanya.
Pada masa yg sama wak kena hadiri mesyuarat di lantai atas.

Dipendekkan cerita, usai mesyuarat potong rumput tadi.
Topup wak pun sudah berjaya ditambah.
92GB untuk 107rb (rm32) - untuk rujukan.
Semasa di Batam, wak bayar 100rb untuk 16GB. [+ Link]
Tapi mat aCAP kata mereka beli topup murahan 13GB berharga 30rb sahaja.
Okeh lah, sebab mereka tak perlu update blog hari2 kann. 

IT'S A SMALL WORLD INDEED

Ooh.
Tadi masa di bilik kantor.
Ada seorang brader Indon ini sapa wak.
Sebab mungkin dia perasan baju t-shirt yg wak pakai hari ini.
Walaupun baju t-shirt ini banyak salah ejaan yg dibuat AWI. 
[+ link Offshore Life Day 37]

Dia, TONi penah kerja di offshore Qatar juga.
Satu proyek dan satu pelantar juga.
Dia pun tahu wak kerja sebagai juru angkut sampah dan rumput.
Seronok juga dia jumpa wak walaupun sebelum ini tidak pernah bertegur sapa.
"It's a small world kan wak," katanya.

GRAB OR NOT TO GRAB

Petang tadi dari kantor.
Wak lihat diluar sudah gelap guliterr.
Angin pun kencang dari arah barat.
Kekencangan angin itu kelihatan amat dari kibaran bendera merah putih.
Selepas beberapa detik berkira2 samada mahu pesan Grab ataupun tidak.
Kalau GrabBike (motor) pasti basah kuyup kalau hujan turun.
Mahu ambil Grabcar terasa tidak berbaloi pula.
Dengan tekad yg tinggi, wak pun berjalan kaki sahaja pulang ke kost.
Sehingga ke pagar rumah kost, hujan pun masih tidak turun.
5 minit selepas itu baru hujan turun mencurah2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 16, 2022

BANDUNG TRIP EXPENSES AND SETTLEMENT

ASEAN MRT Station @2022

Isnin, 15 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi wak berlarian ke kantor potong rumput.
Alone matcham biasa.
Singgah di kantin PLN untuk bersarapan.
Pesan 2 tauhu goreng dan pisang goreng dengan teh panas dikit manisnya pak.
Harga kesemua ialah 9rb (rm2.70).

Aug 14, 2022

LEATHER SHOPS: ERROR AND NOT FOUND

Levi's Jeans standard pricetag at Toko Tiga @2022
1,499,900 rupiah =  rm453 ;p

 Ahad, 14 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.
Hari kedua dan terakhir di Bandung, Pulau Jawa, Indonesia.

PLEASE LAH WAK YOU ARE NOT A TROUBLEMAKER

Eiger Tropical Adventure, Cihampelas, Bandung @2022

 Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Entri ini ditulis ketika wak sudah pun sampai di kost Jakarta.
Angger wak ora lali.
Takkan nk tunggu bertahun2 baru nk updet kann. Cikkak khannnns. ;p


Entri2 sebelum ini ...
1 - Train to Bandung
2 - Kawah Putih Here I Come
3 - Suspension Bridge Renggenis & Pinisi Resto

Aug 13, 2022

SUSPENSION BRIDGE RENGGANIS & PINISI RESTO

Rengganis Suspension Bridge is claimed to be the longest suspension bridge in Southeast Asia.
This suspension bridge stretches for 370 meters, with a height of 75 meters.

 Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Entri ini ditulis ketika wak sudah pun sampai di kost Jakarta.
Angger wak ora lali.
Takkan nk tunggu bertahun2 baru nk updet kann. Cikkak khannnns. ;p

KAWAH PUTIH HERE I COME

White Crater Lake (Danau Kawah Putih) @2022

 Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jawa Barat, Indonesia.

Sambungan dari  entri - Train to Bandung.

Entri ini ditulis ketika wak sudah pun sampai di kost Jakarta.
Angger wak ora lali.
Takkan nk tunggu bertahun2 baru nk updet kann. Cikkak khannnns. ;p

TRAIN TO BANDUNG

The real Bandung Railway Station @2022

 Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Team A sudah bertolak ke Bandung malam tadi.
Team B yg wak sertai akan berangkat pagi subuh sepiee ini.

Aug 12, 2022

SINGKONG GORENG

Singkong goreng @2022
Jumaat,  12 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi terjaga awal pula jam 3.33am.
Usai buat ibadat sedikit, terkebil2 sehingga ke subuh.

Pergi kerja lambat sedikit pagi tadi.
Singgah beli 4 ketul singkong (ubi) goreng dan 4 ketul keledek goreng.
5rb 4 ketul, jd kesemuanya 10rb (rm3) sahaja.

Tengahari bersolat jumat di masjid PLN.
Dan makan nasi ayam penyet (23rb, rm7) sebelum solat.
Tapi hari ini diwajibkan pakai masker pula.
Wak pun beli di kedai koperasi (10rb, rm3) utk 5 lai.
Padahal, mereka sudah sediakan masker dipintu masjid.

Ooh.
Pasal khutbah solat jumat tadi.
Khatib tidak guna teks.
Tapi suara yg lantang - mmg tak bagi chance wak nk terlelap.
Bahawa kita hidup gara2 dunia yg memporak perandakan kehidupan sendiri.
Kisah nabi Adam yg memakan buah khuldi dan dibuang ke dunia.
Dan pak khatib membiaskan tentang kisah tembak menembak yg sedang viral skrg ni pun pasal dunia.
Pak khatib tidak sebutkan pula nabi Adam dan kisah tembak menembak itu gara2 perempuan.
Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

JPO KARET SUDIRMAN PEDESTRIAN BRIDGE

Universitas Katolik  Indonesia Atma Jaya @2022

 Khamis petang, 11 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Seperti semalam, usai kerja potong rumput di kantor.
Wak pun berlarian ke stesen MRT Asean.
Turun di stesen Bendungan Hilir.

Silap wak tidak bertanya kepada pakguard di pintu keluar MRT tadi.

Boleh menonong sahaja langsung ke bulatan selatan.
Agak jauh dan kepenatan.
Bila periksa semula rupanya berlainan arah.
Aduhai, terpaksa berpatah balik.
Dan bertanya kepada pakcik yg lepak ditefian jalan itu.

Wak pun tidak lama diatas jambatan.
Tidak larat mahu tunggu sehingga malam.

Wak pesan GrabBike terus balik ke kost (10k, RM3).
Wak bagi tip 2k kerana beri arahan tidak tepat tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

I supposed going to #3 (JPO Karet Sudirman) from #1 (MRT Bendungan Hilir) but was made wrong direction from Google maps to #2 (JPO Karet whatever) @2022



Tiktok video lalat:

Aug 11, 2022

AMAZING THINGS THAT HAPPENS WHEN YOU FINALLY PAY DOWN DEBT

Warkop at PLN Jalan Hang Tuah @2022

 Khamis, 11 Agustus  2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi sudah berjalan kaki ke kantor.
Alone matcham biasa.

Singgah di kantin PLN untuk sarap.
Warkop #2 makan tauhu goreng dan bakwan.

Sempat bayar hutang 6k (rm1.81) kepada ibuk warkop #3.
Itupun ibuk warkop #3 baru sampai.

Ooh.
Semalam kan wak sudah dapat masuk semula ke dalam akaun kad kredit wak itu.
Jadi tadi malam wak pun bayar kesemua baki.
Rasa legalah sedikit.
Alhamdulillah.

Tengahari wak ikut sahaja rakan2 sekantor ke kantin yg sama.
Nasi ayam penyet, ditambah tauhu dan tempe goreng (23k, rm7).
Airnya es tea dikit manisnya.
Tapi wak tengok bro kuJAI beli es teller di warkop #1 mcm sedap je.

Tadi bila ditanya mereka mahu kemana pada hujung minggu.
Bro kuJAI kata mereka cadang mahu ke Bandung.
Jadi wak pun usahalah beli tiket keretapi sendiri untuk bersama2 mereka nanti.
Harga tiket pe-pe (pergi pulang) ialah 223rb (rm68).

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Tauhu goreng (left) and bakwan (right) @2022

SKYWALK SENAYAN PARK

Skywalk Senayan Park Spark @2022

 Rabu, 10 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Petang usai kerja potong rumput di kantor.
Wak pun berlarian ke Skywalk Senayan Park.

Dari kantor berjalan kaki ke stesen MRT Asean.
Dan turun di stesen MRT Istora Mandiri.

Wak pesan GrabBike ke Skywalk Senayan Park mall.
Tapi mamat rider membebel tidak mahu pusing jauh untuk ke mall diseberang jalan.
Kebetulan pula disitu ada demonstasi besar2an Buruh, baju merah dan baju biru.
Tapi terjumpa shortcut untuk turunkan wak didepan pintu gerbang.

Bila tanya matguard yg jaga disitu.
Kena naik eskalator 4 lantai.

Sudah tiba dibawah skywalk bridge.
Mamat indon yg jaga disitu tidak benarkan.
"Wak kena tunjuk resit belian 50 ribuan," katanya.
Kena beli atau berbelanja di mall dahulu.

Olehkerana tidak bersedia, wak  ambil 2 3 gambiran sahaja dibawah jambatan.
Masuk waktu maghrib wak terus ke musholla.

Usai solat, wak naik lagi ke atas.
Tapi masih dibawah skywalk.

Penat disitu, wak pun berjalan turun.
Pesan GrabBike untuk pulang ke kost (19k, rm5.72).
Macet ya amat.

Dengan ha-pe pak rider yg kehabisan bateri.
Dengan permasalah sedunia pak rider yg  tiada wak kecil.
Terpaksalah wak minta tukar di restoran Ragil dahulu.

Di restoran Ragil, wak pesan nasi ayam geprek yg pedaslah amat.
Dan es tea dikit gulanya.
Total damage termasuk hidden cost (tax & servis) ialah 53k (rm16) sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Tiktok video lalat:

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.