Mar 14, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 51

Subhanallah, Walhamdulillah, Wallahuakbar @2022

 Ahad, 13 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Pasal kerja potong rumput tidaklah perlulah wak bercerita dalam blog ini ya.
Buat mumet pusing kepala sahaja.

8 HOURS ON THE BOAT
Tadi tiba2 mamat Indon (planner) itu muncul di bilik pejabat wak.
SID rakan si ROL yg  baharu pulang ke gagang.
SID sampai dari Doha selepas 3 hari di daratan.
"8 jam atas bot, " rungutnya.
Kalau langsung dari Doha ke pelantar sepatutnya 4 jam sahaja.
Tapi terpaksa singgah di pelabuhan al Khor.
Lepas itu ke pelantar E baru ke sini.
Itupun kena hantar kargo dulu di kapal END.
"Almost nak muntah, " katanya lagi.
Laa, kenapa tak minta ubat mabuk macam wak dulu?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 12, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 50

Muruku from India @2022

Sabtu, 12 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

KATA PERIUK BELANGA  HITAM
Pagi tadi di pelantar dengan Supp KAR.
Ada kerja disana dengan 2 orang mamat Nigeria (Safety + Scaffolding).
Biasalah orang Afrika Nigeria ini bila cakap.
Mereka akan berbahasa Inggeris (penjajah).
Tapi kadang2 mereka selitkan bahasa daerah mereka.
Sehingga si Supp KAR (India mari) tegur dengan perasaan ingin tahu.
Boleh dia tanya apakah bahasa kebangsaan Nigeria.
Mamat Nigeria ini pun cakaplah mereka guna bahasa Inggeris sahaja.
Hatta dalam rumah dengan laki bini.
Wak ada baca mereka berbahasa Pidgin English. 
Dan campur2 bahasa daerah.
Wak pun menyampuk juga.
Wak tanya balik Supp KAR pasal bahasa kebangsaan India.
Sebab ramai sahaja rakan2 sekerja dari India, terutama dari Tamil Nadu (selatan India) yg tidak boleh berbahasa Hindi.
Maksudnya Hindi bukanlah bahasa rasmi.
Wak gelak sahaja tengok mereka.

Di Nigeria juga mereka sebut buah pisang itu "plantains".

Blog bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 49

Midnight in the middle of Persian Gulf @2022

 Jumaat, 11 Mac 2022.
Doha, Qatar (offshore).

Pagi tadi solat subuh di surau.
Sekali dengan si DAU.
Lepas itu sama2 ke kantin untuk sarapan.

Kami borak2 pasal kawan2 yg patut datang ganti tempat wak.
Dan wak patut pindah ke pelantar E.
"Wak janganlah pindah sana, saya takde kawan kat sini," kata si DAU.

TEA BREAK WITH AFRICA MEN
Masa rehat jam 9am tadi di pantry.
Adalah juga 2 orang hitam afrika pekerja site.
Sorang ini tengah bancuh teh.
Wak pun sapa macam biasa, "haw far man?"
Dijawab dengan mesra dan dia tanya, "wak pernah keje kat Nigeria ke?"
Wak jawab ramai sahaja rakyat Nigeria kat Malaysia.
"Penuh  dengan scammers,"  dijawab dengan gelak ketawa oleh kawan sorang lagi.

FRIDAY PRAYER
Solat Jumaat jam 11.45am.
Mamat Indon yg sama jadi khatib dan imam.
Alhamdulillah.

3 MONTHS EXTENSION
Sup KAR beritahu kontrak disambung lagi 2bulan.
Jadi 3 bulan kesemuanya. 
Alhamdulillah.
Walaupun raya nanti tak pasti wak boleh balik kampung atau tidak.

STINKING SMELL
Sejak 3 hari lepas wak hidu bau setokin busuk dalam bilik kabin.
Tercari2 juga dari mana bau tersebut.
Wak periksa semua pakaian wak tiada yg bau tidak menyenangkan.
Takkanlah ada pakaian Egr ESH yg kotor tidak dicuci.
Wak tengok tiap2 hari dia hantar pakaian ke laundry.
Malam tadi wak sudah tanya.
Dia ada cakap mungkin kasut atau setokin dia yg berbau. 
Memang pun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 10, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 48

Red tea in the morning (Not Nigeria cup) @2022

 Khamis, 10 Mac 2022.
Doha, Qatar (offshore).

NOBODY IS INDISPENSABLE
Masalah rakan sekerja. MAW yg sedang hanimun di London.
Dan yg sedang kerja dari rumah di KL - ROH dan AIM.
Sup KAR sudah buat keputusan.
Jika mereka tidak boleh datang selewatnya pada 20hb, mereka tidak akan disambung kontrak.

MAW kata akan datang pada 14hb.
Manakala ROH dan AIM pada 30hb.
Jadi, Sup KAR pun panggil pekerja India lain yg sedang kelaparan di Doha.

Dengarnya dalam medsos ramai pekerja2 sedang mogok di Doha itu.

Kalau MAW datang ke pelantar C ini.
Boleh lah wak pindah  ke  pelantar E pula.
Disana kurang tegangan kerja.
Maknanya wak kena sambung kerja di offshore ini.
Walaupun sepatutnya wak sudah boleh pulang ke Masai untuk berehat.

GOOGLE DONT LET ME IN
Sudah 2  minggu wak  cuba login akaun blog wak yg lama.
Tapi Google asyik minta penjelasan kata kekunci  (password).
Walaupun kata  kekunci wak masih betul.

Nombor kod sudah dihantar ke emel penggantian satu lagi.
Tapi lambatnya ya  ampun.

Correct password, correct verification, still won't let me log in
I am trying to access my Google account for youtube and web site analytics.  When I now attempt to log in, my account is going into recovery even though the password is correct.  I give the (high security) password correctly. Google then says it can't verify who I am.  It asks me to verify using the backup email account by sending it a code.  I receive that code and enter it.  Google then asks for a phone number to send a verification code.  The thing is, there has never been a phone associated with this account, for good security reasons.  So it has my correct password, it has the email verification, why is it now asking to verify I am who I am by texting (what it is a random) number it has never had before?  This makes no sense.

CAM ON AND HOW FAR?
Sekarang ini ada ramai juga pekerja dari Vietnam.
Di jabatan PTW itu sahaja ada 5 orang Vietnam.
Sesekali wak cakap juga "cαΊ£m Ζ‘n", disebut "kam en", bermaksud terimakasih.
"Yes, correct," kata budak bernama Do itu.

Manakala kalau berborak dengan geng2 safety Nigeria.
Wak akan sebut "How Far"  bermaksud "apa khabar?".

Wak belajar sebutan ringkas ini semasa bawa Uber dulu.
Cerita pasal Uber, teringat wak pernah bawa amoi Vietnam di Senai.
Amoi baru balik dari kilang diwaktu malam.
Amoi fasih bercakap Melayu.
"Kawan kilang semua melayu wak," kata amoi dengan ramah.
Wak senyum sahaja padanya.
Dan amoi membalas senyuman wak.

Begitulah juga wak tahu sebutan "how far" juga ketika bawa Uber.
Selalu bawa ramai penumpang Nigeria dari kawasan hutan Damansara.

UNANIMOUS MUSLIM RIGGER
Kelmarin, mamat Nigeria, si ANO, sudah tanya wak.
Untuk terjemah bahasa Indon untuknya.
Pasal pekerja Indon tulis pencegahan keselamatan dalam kad Safety.
Dan dia mahu beri hadiah.
Tapi masalahnya ialah problem.
Pekerja Indon itu tidak tulis nama dia.
Cuma tulis "muslim rigger" sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Mar 9, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 47

Good morning Doha @2022

 Rabu.
Doha, Qatar.

WHY IT'S OKAY TO VISIT SITE TWICE
Pagi2 jam 6am, wak sudah diarahkan naik ke pelantar.
Dengan Sup KAR.
Mahu pastitkan titi penyambung di jambatan itu dikenalpasti.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 46

My window view @2022

 

Selasa.
Doha, Qatar.

WHEN DEMOBILIZATION IS NOT APPROVED
Semalam wak sudah hantar emel pada Pengurus Projek, Mgr AJU.
Disebabkan perlukan sokongan, dia akan sambung kontrak wak sebulan lagi.
“Ejen akan hubungi wak,” katanya dalam emel.

Mar 7, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 45

Persian Gulf sunset @2022

 

Isnin.
Doha, Qatar.

FROM ECHO TO  CHARLIE
Tadi malam, master Lim sudah telefon wak.
Sebenarnya pak IDI yg kecoh pasal kerja di Platform E.
Platform yg wak tinggal beberapa pekan yg lepas.

Mereka suruh wak datang ke sana.
Kerana mereka tahu wak cuma tinggal dua pekan lagi disini.

Biarlah mereka uruskan pemindahan pelantar dengan Mgr ESH.

YOUR POSITION IS HERE
Tengahari tadi selepas menyenaraikan kerja2 yg patut dilaksanakan.
Sup KAR membuat keputusan untuk tidak melepaskan wak ke Platform E.

Kamus lalat.
Pekan = minggu 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 6, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 44

Fire drill this morning @2022

 Ahad.
Doha, Qatar.

TIME  TO DEMOB
Semalam bro ROL yg sepatutnya sudah pulang ke gagang sejak 2 minggu lepas.
Sudah kata chopper dia akan berangkat pada 8hb (Selasa).
Jadi banyak perkara yg wak tanya.
Sebab wak pun nak pulang tidak lama lagi.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 43

After little rain this morning @2022

 Sabtu.
Doha, Qatar.

GOYANG TELUR
Dua hari lepas kan mamat DAU dari Malaysia sampai di pejabat ini.
Sepatutnya kerja dia  ganti RIZ.
Tapi pagi tadi dia sudah mengadu.
Kata tiada siapa bagi kerja kat dia.
Sebab memang tuari semasa RIZ mahu pulang ke gagang.
Dia sudah serah kerja tangan pada budak Vietnam itu.

DAU juga beritahu.
Beg roda dia belum sampai2.
Sebab beg roda tidak dibenarkan naik helikopter.
Si Sau kata beg roda dia masih tertinggal di  Doha.
Ini semua  salah mamat EPH (Logistik) itu.

RAINING LAST NIGHT
Tadi malam rasanya hujan.
Sebab wak tengok luar tu besi2 kapal pun basah.
OIM (kapten kapal) pun ada buat pengumuman.
Supaya berhati2 diluar kabin kerana lantai basah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 5, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 42

2 weeks old goatie needed to be shaved @2022

 Jumaat.
Doha, Qatar.

NO HAIR SHOULD BE AT THE MASKING SEAL SURFACE AREA
Pagi2 tadi kawan sekerja Safety officer itu sudah sound wak.
Katanya ada orang komplen janggut wak panjang sangat.
Aduhai.
Segeralah wak cukur segera dalam bilik kabin tadi.

Mar 3, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 41

My cabin window @2022

Khamis.
Doha, Qatar

CRAMPING OFFICE SPACE
Diruang pejabat kabin yg sempit.
Bercampur dengan jabatan Safety, Logistic dan Store.
Tadi Snr LAN itu minta seorang lagi mamat Burma (PR Singapura) pindah ke bilik mesyuarat.
Sebab kesibukan dan huruhara di ruang yg  kecil  ini.
Ada pertelingkahan walaupun mamat Burma akan terbang ke onshore beberapa hari lagi.
Sehingga Egr ESH pun masuk campur.

PTW IS HERE
2 minggu lepas, RIZ sudah pulang ke gagang.
Ada mamat Vietnam yg ganti tempat dia.
Pagi tadi pun sudah tiba mamat Melayu, DAU.
Katanya ganti tempat RIZ juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

shahrul firdaus ptw seafox frontier

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.