Nov 19, 2021

CHASING THE FIRST LIGHT

Doha downtown before sunrise @2021

Jumaat.
Doha, Qatar.

Assalamualaikum kawan2 wak semua2 lah.

Pagi2 lepas subuh sepi-e tadi wak pun berlarian ke tefian fantai lagi.
Friday beach diberi nama.
Alone matcham biasa.

Nov 18, 2021

PUASA NAZAR YANG KEDUA

An invited guest to eat nasi briyani @2021

Khamis.
Doha, Qatar.

Pagi tadi terjaga awal, jam 2am.
Solat tahajjud dan hafazan surah al-Waqiah seperti biasa.

Ingat mahu terus tidur semula.
Tapi terkebil2 hampir sejam.

Wak pun buka laptop buat kerja sikit.

Jam 3.50am, wak panaskan lauk semalam.
Dan terus makan sahur.

Sekarang masuk waktu Subuh jam 4.33am.
Dan masuk waktu maghrib pula jam 4.47pm.
Lebih kurang 12 jam, sama waktu siang macam di Masai. 

Ooh. Semalam AWI ajak naik ke apartment dia dan master Lim.
Dia ada masak nasi beriani dan kari kambing.
Master Lim ada masak sup kurma ayam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 17, 2021

REVISIT FRIDAY BEACH AT SUNRISE

Friday Beach sunrise this morning @2021

Rabu.
Doha, Qatar.

Pagi2 tadi subuh sepi-e wak sudah berlarian ke tefian fantai.
Macam biasa.

Ooh.
Pagi tadi kelihatan awan tebal di ufuk timur.
Mungkin tak lama akan turun hujan.

Balik dari fantai.
Wak singgah di Lulu Express.
Beli roti arab dan air mineral botol besar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NAMPAK BERSIH TAPI BERDEBU

On the 16th  floor, The West Bay @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Tiada aktiviti menarik hari ini.
Sibuk kerja potong rumput sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 16, 2021

THE ASPIRE PARK AND BUILDING 2022

Aspire Tower, also known as The Torch Doha, is a 300-metre-tall (980 ft) skyscraper hotel located in the Aspire Zone complex in Doha, Qatar.

Isnin.
Doha, Qatar.

Amaran lalat. Entri ini punyai 41 gambiran.

Nov 15, 2021

PLEASE REMOVE YOUR CARD - THE LAST PART

 Ahad.
Doha, Qatar.

Pagi tadi kan wak sudah call customer service Maybank di KL.
Mamat operator itu berkata bahawa ATM  oversea sudah berjaya diaktifkan.

Updated: (16/4/22) Utk aktif penggunaan kad debit Maybank di oversea, hanya perlu activate dalam maybank2u (browser).  Better guna laptop, sbb henfon mukin bermasalah.

Jadi tengahari tadi wak pun pergi ke City Center mall lagi.
Dan dengan yakinnya wak pun dapat mengeluarkan duit cash.

PUASA NAZAR YANG PERTAMA

This Quran belongs to the apartment @2021

Ahad.
Dohar, Qatar.

Hari ini wak nak bermula puasa nazar yg pertama.

Nov 14, 2021

KATARA CULTURAL VILLAGE SUNSET

Photo 1. Found this cikputih on the City Center mall carpark @2021

Sabtu.
Doha, Qatar.

Petang tadi usai solat asar, wak pun berlarian ke Katara.
Naik tren metro dari DECC.

Nov 12, 2021

FRIDAY PRAYER WITH FREE MINERAL WATER

Qatar airlines on the blue sky @2021

Jumaat tengahari.
Doha, Qatar.

Solat jumaat kali ke lima.
Dapatlah air mineral 200ml percuma 

Wak perasan di masjid ini.
Tiada tabung sedekah.

Yang wak pernah nampak ialah tabung zakat.
Itupun di City Center Mall dan al-Hazm mall.

Movie lalat.  Invincible 2006..

Hafazan lalat. Sabki surah abasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


PLEASE REMOVE YOUR CARD - PART 3

1 am view from my window this morning @2021

Jumaat.
Doha, Qatar.

Pagi2 tadi wak berjalanan ke tefian fantai lagi.

Selepas itu, dalam perjalanan pulang ke gagang.
Wak terjumpa RESH (India Chennai) itu.
Wak pun tunjukkan dia jalan ke fantai.

Wak singgah ke City Center mall yg sudah dibuka.
Wak ingatkan mall dibuka jam 10 atau 11 pagi.
Kali ini wak cuma mahu mencuba kad atm Maybank lagi.
Sebab semalam kan wak sudah activate penggunaan international dalam maybank2u.

Tapi malangnya masih tidak boleh digunakan.
Adalah 3 mesin atm wak try.

Kemudian wak cuba beli sarapan McD dibawah itu.
Nota. McD dibuka 24 jam ya.
Pesanan guna skrin.
Mula2 wak nak bayar cash, tapi terlupa wak cuma bawa 5 riyal dalam spender.
Harga burger muffin with eggs tu ialah 10 riyal.
Wak try guna kad debit Maybank itu.
Kali ini ada mesej pula, "do not honor."

Wak ada terfikir juga.
Kalau tiada pilihan lain.
Mungkin wak akan minta tolong rakan sekerja.
Transfer duit dalam akaun bank dia dan minta tolong dia cashkan kat atm mesin saja.
Buat masa ini, duit cash adalah untuk belanja 2 minggu lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PLEASE REMOVE YOUR CARD - PART 2

Souq Waqif, Doha @2021

Khamis.
Doha, Qatar.

Usai mesyuarat tingkap pagi tadi.
Wak terus  berlarian ke City Center mall.
Mencuba hampir kesemua mesin atm yg ada.
Tapi masih tidak berjaya.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.