| Aspire Tower, also known as The Torch Doha, is a 300-metre-tall (980 ft) skyscraper hotel located in the Aspire Zone complex in Doha, Qatar. |
Isnin.
Doha, Qatar.
Amaran lalat. Entri ini punyai 41 gambiran.
Ahad.
Doha, Qatar.
Pagi tadi kan wak sudah call customer service Maybank di KL.
Mamat operator itu berkata bahawa ATM oversea sudah berjaya diaktifkan.
Updated: (16/4/22) Utk aktif penggunaan kad debit Maybank di oversea, hanya perlu activate dalam maybank2u (browser). Better guna laptop, sbb henfon mukin bermasalah.
Jadi tengahari tadi wak pun pergi ke City Center mall lagi.
Dan dengan yakinnya wak pun dapat mengeluarkan duit cash.
| Qatar airlines on the blue sky @2021 |
Jumaat tengahari.
Doha, Qatar.
Solat jumaat kali ke lima.
Dapatlah air mineral 200ml percuma
Wak perasan di masjid ini.
Tiada tabung sedekah.
Yang wak pernah nampak ialah tabung zakat.
Itupun di City Center Mall dan al-Hazm mall.
Movie lalat. Invincible 2006..
Hafazan lalat. Sabki surah abasa.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| 1 am view from my window this morning @2021 |
Jumaat.
Doha, Qatar.
Pagi2 tadi wak berjalanan ke tefian fantai lagi.
Selepas itu, dalam perjalanan pulang ke gagang.
Wak terjumpa RESH (India Chennai) itu.
Wak pun tunjukkan dia jalan ke fantai.
Wak singgah ke City Center mall yg sudah dibuka.
Wak ingatkan mall dibuka jam 10 atau 11 pagi.
Kali ini wak cuma mahu mencuba kad atm Maybank lagi.
Sebab semalam kan wak sudah activate penggunaan international dalam maybank2u.
Tapi malangnya masih tidak boleh digunakan.
Adalah 3 mesin atm wak try.
Kemudian wak cuba beli sarapan McD dibawah itu.
Nota. McD dibuka 24 jam ya.
Pesanan guna skrin.
Mula2 wak nak bayar cash, tapi terlupa wak cuma bawa 5 riyal dalam spender.
Harga burger muffin with eggs tu ialah 10 riyal.
Wak try guna kad debit Maybank itu.
Kali ini ada mesej pula, "do not honor."
Wak ada terfikir juga.
Kalau tiada pilihan lain.
Mungkin wak akan minta tolong rakan sekerja.
Transfer duit dalam akaun bank dia dan minta tolong dia cashkan kat atm mesin saja.
Buat masa ini, duit cash adalah untuk belanja 2 minggu lagi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| City Center moon @2021 |
Rabu.
Doha, Qatar.
Hari ini ada 3 mesyuarat tingkap.
Jadi, wak terperap saja dalam apartment.
Cuma petang, usai solat maghrib.
Wak berlarian ke Carrefour.
Membeli groceries yg kehabisan bekalan.
Dan wak mencuba guna kad ATM dalam mall.
Tapi dua mesin ATM sudah tendang balik kad kepunyaan wak itu.
Duit cash pun sudah makin menipis.
Sebab wak tak sangka akan lama di tengah bandaraya ini.
Wak kena cari alternatif lain.
Harap2 tak kena cuci pinggan ya kat sini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Please hover your mouse to see comment from norhidana and the traffic differences between morning and afternoon in Doha city center. |
Kelmarin cikkak norhidana ada bertanya,
"lengang je keadaannya memang gitu ke ada waktu dia akan sibuk?"
Masa wak tunjuk gambar pagi tu memanglah lengang.
Sebab bukan waktu pejabat.
Dan ramai mereka tinggal jauh dari bandar.
Maka tadi wak ambillah satu gambar dari apartment wak tinggal ini.
Masa ini pula waktu tengahari.
Tengoklah keadaan traffic jam yg melekat.
Cerita lain.
Petang tadi wak sudah berlarian ke taman berdekatan jambatan al-Wahda bridge.
Memang hajat mahu ambil gambar sunset sekeping dua.
Tidaklah jauh sangat.
Pergi balik pun baru 3 kilometer.
Peluh pun tak sempat nak keluar.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Please hover your mouse to see comments from mrhanafi. |
Selasa.
Doha, Qatar.
Soalan dari rakan blogger, mrhanafi.
"Untuk berada di sana wajib berbahasa Arab ke wak?
nak juga melancong nie ke tanah arab."
Qatar adalah bekas negara jajahan British (1868-1971).
Jadi, bahasa Inggeris adalah bahasa utama disini.
Bahasa rasmi masih tentunya bahasa Arab ya.
| Please hover your mouse to see unclegedek's comment. |
Isnin.
Doha, Qatar.
Pagi tadi subuh sepi-e wak berlarian ke tefian fantai.