Apr 28, 2018
Apr 26, 2018
MALAM JUMAAT
Malam untuk mencuci baju luar dan dalam.
Movie lalat. 12 Monkeys (1995).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
RM3 to wash, and later rm3.50 might not enough to dry. |
MAGGI CUP BODOH
Pagi tadi penulis sudah sertai perbarisan keselamatan dan senaman sedikit.
Malam pula, penulis jerang air dan jirus sahaja dalam mangkuk maggi.
Movie lalat. Coherence (2013).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Apr 25, 2018
I SECRETLY ENJOY BEING ALONE
An expensive RM15 ticket. |
Kebosanan mencipta kelainan. Malam ini penulis berlarian ke Aeon Seri Manjung menonton wayang cerita Ready Player One (2018). Alone matcham biasa. Tiada ulasan movie.
Cerita lalat lain. Cara bunuh lalat tanpa menggunakan pemukul lalat (baca, flyswatter) atau gulungan suratkhabar lama:
- Letak kedua-dua tapak tangan beberapa sentimeter diatas lalat itu.
- Tepuk.
- Cuci tangan.
At Motobatt Cafe, Setia Alam (not Seri Alam Masai) last Sunday @2018. |
Apr 23, 2018
CHEAPER PILLS
Simvastatin 20mg at rm5 per papan, @2018. |
Akhirnya penulis jumpa juga farmasi di sini yang menjual ubat kolesterol yang dicari-cari seantero dunia. Murah lagi. Tapi penulis belum tanya kalau-kalau farmasi ini ada menjual cialis 20mg juga. OTL
Movie lalat. Source Code (2011).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Apr 22, 2018
MOTOBATT CAFE
Apr 21, 2018
CHENG
Ebi Tenpira |
Hari Sabtu penulis pun berlarian ke Masai, tapi tiba di tengah jalan isteri penulis yang itu sedang berlarian pula ke Simpang Ampat. "Nak tengok anak lanang kat rumah sewanya," katanya.
Jadi, dipendek cerita. Singgah di Tesco Tampin dan kemudian makan sushi di Sushi King Cheng sahaja.
Movie lalat. The Equalizer (2014) - unfinished.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Apr 20, 2018
NOT GOING OUT
Ini adalah hari kedua Jumaat penulis solah jemuah di dalam limbungan kapal ini.
Semalam petang ada masalah Digi tidak kecapaian di daerah jajahan Manjung ini. Nasib baik penulis guna Celcom sahaja. Kuchiva juga sebab tidak boleh tonton wayang atas talian.
Pasal kerusi plastik yang telah disediakan oleh pemilik rumah tumpangan ini telah patah dan sudah diganti dengan kerusi plastik yang baharu.
Movie muzik video lalat. Michael Jackon Live in Munich. Lagu Dangdut Indonesia.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
UNETHICAL WORKPLACE BEHAVIORS
Ready to go home... |
Salam Khamis malam Jumaat. Ghau ghau.
Pagi-pagi tadi dipejabat, rakan sekerja memotong rumput, miss N mengadu. Semalam ada pengawal tentera di pintu utama A kaco beliau ketika hendak pulang. Disuruh miss N ikut pintu B esok dan hari-hari seterusnya. Pagi tadi miss N bawa kereta ikut pintu A boleh sahaja masuk kerana pengawal tentera itu tiada disitu. Penulis kata, pengawal tentera itu sengaja hendak usha miss N tapi miss N menafikannya kerana pengawal tentera itu berwajah serius. Maaf kalau penulis berfikiran negatif.
Selepas itu, jam 9.00 miss N naik motor dgn miss S ke bangunan utama keselamatan sebelum pintu keluar syarikat. Setengah jam kemudian miss N mengadu lagi. Pegawai yang menjaga kad pelepasan keluar masuk limbungan sedang makan, "kami sedang makan, sila datang pukul 9.40 nanti," kata rakannya. Benganglah juga miss N sebab ketika itu sudah waktu pejabat.
Dan bila miss N ke pejabat satu lagi bersama miss S, ahkak kerani tu tanya, "kenapa sampai dua orang datang?" Miss S pun jawab, mereka datang atas urusan berlainan. "Oooooh," jawab ahkak kerani itu. Dorang ingat kami tiada tugasan kah?
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Apr 19, 2018
DANUS GAJI MANE
[+ Danus Gaji Mane ] |
Rabu di minggu kedua di Lumut.
Tiada yg menarik hari ini untuk penulis kemaskini blog selain kerja di tempat memotong rumput yg agak berkecamuk. Layan saja lah.
Ada gangguan talian internet Digi petang tadi dan tidak dapat menggunakan wifi di bilik sewa. Nasib baik talian internet Celcom penulis masih boleh diguna.
Movie lalat. Flightplan (2005).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
HOW TO STOP BIRD DROPPINGS FROM DAMAGING YOUR CAR PAINTWORK
Lebih baik parkir cikputih diruang panas berdeting daripada dibawah pohon rimbun yang redup tapi bila pulang diwaktu petang cikputih telah dipenuhi najis keputihan burung
Petang, penulis pun berlarian ke Tesco untuk mencuci cikputih. Luar dan dalaman.
Movie lalat: Gerald’s Game.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...