Apr 20, 2018

UNETHICAL WORKPLACE BEHAVIORS

Ready to go home...

Salam Khamis malam Jumaat. Ghau ghau.

Pagi-pagi tadi dipejabat, rakan sekerja memotong rumput, miss N mengadu. Semalam ada pengawal tentera di pintu utama A kaco beliau ketika hendak pulang. Disuruh miss N ikut pintu B esok dan hari-hari seterusnya. Pagi tadi miss N bawa kereta ikut pintu A boleh sahaja masuk kerana pengawal tentera itu tiada disitu. Penulis kata, pengawal tentera itu sengaja hendak usha miss N tapi miss N menafikannya kerana pengawal tentera itu berwajah serius. Maaf kalau penulis berfikiran negatif.

Selepas itu, jam 9.00 miss N naik motor dgn miss S ke bangunan utama keselamatan sebelum pintu keluar syarikat. Setengah jam kemudian miss N mengadu lagi. Pegawai yang menjaga kad pelepasan keluar masuk limbungan sedang makan, "kami sedang makan, sila datang pukul 9.40 nanti," kata rakannya. Benganglah juga miss N sebab ketika itu sudah waktu pejabat.

Dan bila miss N ke pejabat satu lagi bersama miss S, ahkak kerani tu tanya, "kenapa sampai dua orang datang?" Miss S pun jawab, mereka datang atas urusan berlainan. "Oooooh," jawab ahkak kerani itu. Dorang ingat kami tiada tugasan kah?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

MY NEIGHBOR LIKES TO GROW SUNFLOWERS

  Khamis, 30 Januari 2025. Cuti hari Imlek yg kedua 2025.