Peribahasa "air dicincang tak akan putus," hanyalah ayat penyedap rasa sahaja.
Makna: Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula.
Meaning: Bickering or fights between siblings will not last long as at the end they will be good to each other again.
Selepas kedua ayahnda dan bonda penulis tiada, memanglah ada krisis antara adik beradik. Terutamanya tentang sebidang tanah sekangkang kera yang ditinggalkan dan dibahagi kepada 10 orang. Walaupun sudah lama ada perjanjian tentang pembahagian sama rata, tetapi ada sahaja yang tidak puas hati.
Kelmarin, setelah lama rancangan tertunggak, setelah berbincang dengan yang lain, akhirnya penulis berjaya menghubungi pengukur tanah untuk meletakkan batu tanda didalam kebun tersebut.
Blog bukanlah hakmilik kekal.