Jul 16, 2017

KADANGKALA KESABARAN ADALAH KUNCI KEJAYAAN - CAPTAIN AMERICA

Spider-Man: Homecoming 2017 has the best post-credits scene since The Avengers

Malam semalam penulis telah menemani isteri penulis (yang itu) dengan kaum kerabat yang lain untuk menonton wayang Spider-man Homecoming 2017. Bila wayang tamat, kaum kerabat yang lain masih tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing walaupun penonton yang lain sudah pulang ke gagang kerana kami ingin menunggu babak akhir sedutan selepas gulingan kredit (baca, scrolling credits). Akhirnya kami ketawa bersama-sama kerana telah tertipu! Walaupun babak tambahan itu ada, tetapi penantian itu tidak berbaloi. OTL

Nota lalat. Pembaca perasan tak penanda tetikus penulis dalam blog ini sudah bertukar menjadi lelalat? Lol. Tapi kalo nmpk pepijat atau masih tak nmpk maksudnya dah pendek umur. ;p Jgn mare, penulis gurau-gurauan saje.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Bonus foto lalat:

Post scene bonus: This abam Bangla cleaner also wanted me to leave the cinema! Ha Ha Ha

Jul 15, 2017

AFTER SUNRISE

On Senai Desaru expressway (SDE) this morning | Johor 2017

Pagi-pagi subuh sepi-e, penulis telah dikerah anak lanang untuk menghantarnya ke lapangan terbang Senai. Anakanda ada jemputan kenduri kahwin di Sibu belah saudara isterinya.

Dalam perjalanan pulang, sempat penulis singgah di atas jejatas Lebuhraya Senai Desaru untuk menangkap gambiran matahari terbit diufuk timur itu. Dan bertemu dengan fotografer Apai yang sudah lama berada disitu.



Nota lalat. Belasungkawah.. Alfatihah untuk rakan sekerja lama Shimano Pekan Nenas dan sekolah menengah pekan nenas, arwah Hashim bin Yusof kerana kemalangan jalanraya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

aDm | McDonald's restaurant near Senai airport | Johor 2017

Senai airport arrival hall | Johor 2017

Motorcycle accident before Permas Jaya exit on  East Distribution Link (EDL) highway | Johor 2017 

Metro Ahad: "Tiada Lagi SMS Nasihat" arwah Hashim bin Yusof 2017

Jul 14, 2017

HANYA UNTUK SESUAP NASI DAN SEBONGKAH BERLIAN

Sunset on Jalan Masai - Kong Kong, before turning right to Taman Kota Masai | Johor 2017

Petang semalam, selepas berjaya memperbaharui cukai jalan dan insuran dan mengemaskini dokumen dengan Uber, penulis pun mengayuh untuk hari ketiga berturut-turut selepas balik bertugas memotong rumput.

Diari seorang pemandu uber di KL dan kadang-kadang di JB ada disana disana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 13, 2017

KAU GORENG LEMPENG, LEMPENGKU HANGUS



Hari ini penulis cadang hendak naik kapal.

Pagi tadi selepas bersiram, bila penulis hendak ke tempat tugas memotong rumput, bila ditanya, isteri penulis (yang itu) berkata, "oops sori kanda, overall uniform putih kanda tu pas masuk washing machine dh bertukar kaler warna warni.." Nasib baik jugalah baju uniform warna oren ini sudah juga dicuci.



Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sila goyangkan inul untuk lihat cermin mata dan selat Johor yang tajam. Lokasi: Selat Johor 2017.

Oh hi.

Jul 12, 2017

ROTI BAKAR TELUR BAWAH



Kelmarin petang semasa penulis menghantar cikputih membersihkan diri, penulis lepak-lepak di warung My Kluang yang berdekatan itu. Pelayan perempuan ala-ala Sirabanu memungut pesanan. Penulis pun cepat saja pesan roti bakar garing-garing, telur setengah masak dua bijik bawah. Pelayan pun berlalu pergi. Lepas beberapa ketika pesanan roti bakar dan telur pun tiba, penulis baharu perasan belum memesan minuman lagi. Aiyah. Pelayan Sirabanu itu pun tadi tidak bertanya dahulu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 11, 2017

15 SYAWAL

Nikon D7000 setting at f/6.3, 1/400s, ISO-100, focal length 250mm | No flash, No Tripod | Masai 2017

Selamat pagi Isnin kawan-kawan penulis semua-semualah.

Pagi tadi cuaca yang cerah dan tiada awan tebal. Penulis ingatkan hendak berlarian menangkap matahari terbit di Kampung Tanjung Langsat. Tapi takut tidak sempat pula. Maka, penulis tangkap gambiran bulan mengambang saja dari perkarangan rumah sekangkang kera (yang ini).

Gambiran terakhir bulan: Full moon of Jamadil Akhir (15/3/17).
Gambiran terakhir Tanjung Langsat: Sunrise Revisited (12/3/17).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 10, 2017

WHEN SINGAPORE IS A SMALL COUNTRY

On Tambak Johor during dawn | Johor 2017

Pagi Ahad yang hening, penulis pun berenang-renang ke tepian tambak. Tujuan untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian. Alone matcham biasa.

Untuk baca entri setiap bulan tahun ini 2017 sebelum ini:
Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun 2017
Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dec 2016
Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dec 2015

Blog bukanlah hakmilik kekal.

"When Size Matters," refers to the blockade of Qatar recently - The Sunday Times | Singapore 2017



Woodlands Town Center | Singapore 2017

The oldest McDonald's restaurant counter lady that I ever encounter | Woodlands Town Center | Singapore 2017

Here, the hotcake is a 3 pieces set | McD Woodlands | Singapore 2017

It will be delayed for 21 minutes | CIQ Woodlands | Singapore 2017

To my fellow Singaporeans, please top up your Touch n Go card before entering the checkpoint as you dont want to let your behind cars waiting for your negligence.

Jul 9, 2017

SERI ALAM TWIN TOWERS SUNSET

The Country Towers and Christine Resort | Seri Alam | Masai 2017

Petang tadi melayan kebosanan mencipta kelainan. Aktiviti berlari-larian mengejar dan menangkap gambiran matahari terbenam. Alone matcham biasa.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Cikputih after the wash 2017

Tasik Seri Alam sunset 2017

Jul 8, 2017

BLOOD AND URINE SCREENING TEST

Urinex is an antibiotic that fights infection caused by bacteria. Urinex is used to treat bladder infections.

Hari Sabtu yang biasa-biasa.
Pagi-pagi Subuh sepi-e penulis ingatkan hendak memulakan Uber, tapi terlupa pula hendak mengemaskinikan dokumen insuran yang baru diperbaharui. Kena tunggu sehari lagi lah nampaknya.

Usai menghantar isteri penulis dan anak wedok membeli barangan dapur di pasaraya Tesco pagi tadi, penulis terus berlarian ke poliklinik untuk membuat pemeriksaan kencing dan dara (baca, urine and blood test) berkala yang sudah lama tertangguh.

Nota lalat: Kencing kotor kena makan ubat Urinex.

Nota lalat. Terkini. Keputusan screening test macam biasa, kadar kolesterol yg tinggi. Buat masa ini, tiada kencing manis, batu karang, darah tinggi dsb. Dan stamina still boleh menten 33 min. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Left: the beautiful misi, I think she's just working here ;  Right: my arm after the blood withdrawal using needle - ahdoii

KANDA TOLONG BELI BUAH MANGGIS DAN RAMBUTAN KAT PASAR LAMBAK TU

Sila goyangkan inul untuk lihat imej manggis dan rambutan yang lebih tajam.

Sekarang bukan musim buah-buahan. Sekilo manggis (Garcinia mangostana) berharga rm10. Sekilo rambutan (Nephelium Lappaceum) pula berharga rm12.

Manakala harga sekilo buah durian (Durio zibethinus) jangan cakaplah. Sakitnya tuh dipoket spender nih.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 7, 2017

COFFEE NGENCESS

On Jalan Tampoi | Johor 2017

Semalam penulis sempat lagi berlarian ke bank Standard Chartered Taman Molek untuk urusan permohonan penyata pinjaman rumah untuk setengah tahun. Ini adalah permohonan yang terakhir untuk subsidi pengurangan faedah (baca, interest rate) pinjaman rumah kerana isteri penulis (yang itu) pun sudah tidak bekerja lagi di syarikat oil & gas itu.

Usai urusan di bank itu, penulis pun berlarian ke pejabat hasil LHDN Tampoi pula. Kerja potong rumput yang biasa-biasa ini pun terpaksa membayar cukai dan GST dan zakat ya.

Nota lalat. Kebetulan kereta viva Coffee Ngencess hijau yang sama diatas penulis berjumpa sebelum dan selepas urusan di bank tadi.

Nota kamus lalat. Ngences bermaksud meleleh air ludah kerana berahi. Ngiler bermaksud merembes-rembes air ludah kerana sedap.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THE EARLIEST BARBER SHOP OPEN IN THE MORNING

  Sabtu, 23 November 2024. Pagi2 mencari kedai gunting rambut. Tapi kebanyakan kedai dibuka jam 10am.