Jul 12, 2017
ROTI BAKAR TELUR BAWAH
Kelmarin petang semasa penulis menghantar cikputih membersihkan diri, penulis lepak-lepak di warung My Kluang yang berdekatan itu. Pelayan perempuan ala-ala Sirabanu memungut pesanan. Penulis pun cepat saja pesan roti bakar garing-garing, telur setengah masak dua bijik bawah. Pelayan pun berlalu pergi. Lepas beberapa ketika pesanan roti bakar dan telur pun tiba, penulis baharu perasan belum memesan minuman lagi. Aiyah. Pelayan Sirabanu itu pun tadi tidak bertanya dahulu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 11, 2017
15 SYAWAL
Nikon D7000 setting at f/6.3, 1/400s, ISO-100, focal length 250mm | No flash, No Tripod | Masai 2017 |
Selamat pagi Isnin kawan-kawan penulis semua-semualah.
Pagi tadi cuaca yang cerah dan tiada awan tebal. Penulis ingatkan hendak berlarian menangkap matahari terbit di Kampung Tanjung Langsat. Tapi takut tidak sempat pula. Maka, penulis tangkap gambiran bulan mengambang saja dari perkarangan rumah sekangkang kera (yang ini).
Gambiran terakhir bulan: Full moon of Jamadil Akhir (15/3/17).
Gambiran terakhir Tanjung Langsat: Sunrise Revisited (12/3/17).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 10, 2017
WHEN SINGAPORE IS A SMALL COUNTRY
On Tambak Johor during dawn | Johor 2017 |
Pagi Ahad yang hening, penulis pun berenang-renang ke tepian tambak. Tujuan untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian. Alone matcham biasa.
Untuk baca entri setiap bulan tahun ini 2017 sebelum ini:
Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun 2017
Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dec 2016
Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dec 2015
Blog bukanlah hakmilik kekal.
"When Size Matters," refers to the blockade of Qatar recently - The Sunday Times | Singapore 2017 |
Woodlands Town Center | Singapore 2017 |
The oldest McDonald's restaurant counter lady that I ever encounter | Woodlands Town Center | Singapore 2017 |
Here, the hotcake is a 3 pieces set | McD Woodlands | Singapore 2017 |
It will be delayed for 21 minutes | CIQ Woodlands | Singapore 2017 |
To my fellow Singaporeans, please top up your Touch n Go card before entering the checkpoint as you dont want to let your behind cars waiting for your negligence. |
Jul 9, 2017
SERI ALAM TWIN TOWERS SUNSET
Jul 8, 2017
BLOOD AND URINE SCREENING TEST
Urinex is an antibiotic that fights infection caused by bacteria. Urinex is used to treat bladder infections. |
Hari Sabtu yang biasa-biasa.
Pagi-pagi Subuh sepi-e penulis ingatkan hendak memulakan Uber, tapi terlupa pula hendak mengemaskinikan dokumen insuran yang baru diperbaharui. Kena tunggu sehari lagi lah nampaknya.
Usai menghantar isteri penulis dan anak wedok membeli barangan dapur di pasaraya Tesco pagi tadi, penulis terus berlarian ke poliklinik untuk membuat pemeriksaan kencing dan dara (baca, urine and blood test) berkala yang sudah lama tertangguh.
Nota lalat: Kencing kotor kena makan ubat Urinex.
Nota lalat. Terkini. Keputusan screening test macam biasa, kadar kolesterol yg tinggi. Buat masa ini, tiada kencing manis, batu karang, darah tinggi dsb. Dan stamina still boleh menten 33 min. ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nota lalat. Terkini. Keputusan screening test macam biasa, kadar kolesterol yg tinggi. Buat masa ini, tiada kencing manis, batu karang, darah tinggi dsb. Dan stamina still boleh menten 33 min. ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Left: the beautiful misi, I think she's just working here ; Right: my arm after the blood withdrawal using needle - ahdoii |
KANDA TOLONG BELI BUAH MANGGIS DAN RAMBUTAN KAT PASAR LAMBAK TU
Sila goyangkan inul untuk lihat imej manggis dan rambutan yang lebih tajam. |
Sekarang bukan musim buah-buahan. Sekilo manggis (Garcinia mangostana) berharga rm10. Sekilo rambutan (Nephelium Lappaceum) pula berharga rm12.
Manakala harga sekilo buah durian (Durio zibethinus) jangan cakaplah. Sakitnya tuh dipoket spender nih.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 7, 2017
COFFEE NGENCESS
On Jalan Tampoi | Johor 2017 |
Semalam penulis sempat lagi berlarian ke bank Standard Chartered Taman Molek untuk urusan permohonan penyata pinjaman rumah untuk setengah tahun. Ini adalah permohonan yang terakhir untuk subsidi pengurangan faedah (baca, interest rate) pinjaman rumah kerana isteri penulis (yang itu) pun sudah tidak bekerja lagi di syarikat oil & gas itu.
Usai urusan di bank itu, penulis pun berlarian ke pejabat hasil LHDN Tampoi pula. Kerja potong rumput yang biasa-biasa ini pun terpaksa membayar cukai dan GST dan zakat ya.
Nota lalat. Kebetulan kereta viva Coffee Ngencess hijau yang sama diatas penulis berjumpa sebelum dan selepas urusan di bank tadi.
Nota kamus lalat. Ngences bermaksud meleleh air ludah kerana berahi. Ngiler bermaksud merembes-rembes air ludah kerana sedap.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 5, 2017
ABAH BALIK MASAI MLM NI TAPI ADA MAK KESAH
Heavy traffic jam due to minor accident on 306.5km Plus highway heading south near Sungai Besi Toll Plaza. |
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 4, 2017
WELCOME BACK KLCC
Jul 3, 2017
BAGAN NAKHODA OMAR SUNSET
Pantai Bagan Nakhoda Omar BNO | Selangor 2017 |
Kebosanan mencipta kelainan.
Jom jenjalan mengejar sunset dan jambatan perang jepun.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Menara Condong Teluk Anson | Teluk Intan | Perak 2017 |
Victoria Bridge, Kuala Kangsar | Perak 2017 |
Untuk yang mahu ke sana pertama kali, sila guna Waze atau Google maps sahaja. Ini google maps:
Jul 2, 2017
CARA MEMBUKA PINTU KERETA PROTON SAGA FLX BAGI KUNCI YANG TERTINGGAL DALAM KERETA
Pagi-pagi tadi penulis tertutup pintu but belakang kereta anak lanang itu. Dan teringat satu-satu kunci kereta yang ada pun tertinggal didalam but. Aiyah.
Setelah menarik nafas seketika, ada beberapa cadangan yang berlegar-legar dalam minda.
1. Kunci pendua pada anak lanang yang jauhnya 350km di selatan tanahair. 4 jam untuk penghantaran, tidak termasuk kos minyak dan tol, pergi dan balik.
2. Ambil penyangkut baju dan umpil. Untung sabut timbul.
3. Ambil pembaris besi dan jolok. Untung batu tenggelam.
4. Pecahkan cermin tingkap. Kos penggantian cermin boleh mencecah berjuta-juta lemon.
5. Telefon mamat cina tukang kunci di Taman Kosas. Upah buka pintu paling kurang RM20 saja. Harap-harap mamat cina tak cuti.
Solusi lalat. Telefon mamat cina, DNL bukan nama sebenar, dtg setengah jam, cucuk lubang kunci pintu kereta dgn alatan canggihnya, ludah sana ludah sini, tak sampai dua minit siap. Bila tanya upah, "nam poh hinggit sudah wak!" Aiyah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...