Mar 22, 2017

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: TASIK BIRU MASAI REVISITED



Selasa petang, pulang dari memotong rumput, sempat lagi penulis menceroboh bukit kuari di belakang rumah penulis yang ini untuk menangkap gambiran matahari terbenam (baca, sunset). Alone matcham biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 21, 2017

HOW TO FIX A BLUE SCREEN OF DEATH



Komputer penulis di dalam kabin reban ayam ini pun sekarang ini selalu sahaja keluar secara tiba-tiba. Terkena virus yang jahat sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 20, 2017

SIX THINGS TO DO WHEN YOU'RE RUNNING OUT OF GAS

Boy on a bike mural, Leboh Ah Quee, Georgetown, Penang.

Penulis baharu sahaja tiba di rumah. Manis rumah manis (baca, home sweet home ya ;p )

Pagi-pagi tadi sudah periksa keluar dari Grand Inn Hotel Jalan Macalistair. Terus penulis berlarian ke Leboh Armenian. Penulis jentik dua tiga gambiran sudah. Sempat juga penulis membeli 20 keping poskad dan diceritakan di SINI. Selepas itu, singgah di muzium emas Public Gold (PB) Museum. Jam 10.33am sudah keluar dari pulau ikut Jambatan Sultan Abdul Halim terus menghala ke selatan.

Mar 19, 2017

17 TEMPAT MAKAN YANG SEDAP DI PENANG PATUT PERGI TAHUN 2017

aQi at Kolej Mara Kuala Nerang after one year doing foundation science.

Untuk baca entri lama PENDAFTARAN ANAK KE KOLEJ MARA KUALA NERANG 2016, sila selak di SINI.

Tengahmalam tadi penulis tiba di Bukit Belacan.

Mar 16, 2017

PENGALAMAN WAKTU KERJA DI MMHE PASIR GUDANG JOHOR MALAYSIA

HRZ as a model, Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng, Kampung Pasir Putih.

Tengahari semalam, penulis ingatkan tidak mahu keluar makan tengahari. Tetapi siapa sangka, buah cempedak nak jadi nangka, ada jabatan operasi datang dari key ell nak membelanja makan.

Mar 15, 2017

BIRTHDAY GIFT IDEAS FOR 10 YEAR OLD BOY



Monologue.
Today is Albert Einstein's birthday.
Albert Einstein did not invent the NU CLEAR bomb.
North Korea got NU CLEAR bombs.
Malaysia only got LINE CLEAR restaurants closed yesterday. OTL


Hari ini harijadi anak lanang bocah cilik penulis yang itu yang ke sepoh tahun mah.

Pada mulanya penulis ingin mencari permainan Scrabble® sebagai hadiah. Tetapi setelah pergi ke beberapa gedung membeli belah tiadalah penulis temui, maka penulis belikan juga permainan seumpama yang dipanggil Sahibba.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









FULL MOON OF JAMADIL AKHIR


Semalam 15 haribulan Jamadil Akhir tahun 1438 Hijrah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 14, 2017

WAKTU LAWATAN HSA HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR YANG PATUT KAU TAHU



Pagi Isnin yang biasa-biasa, penulis rakamkan sekeping gambiran (diatas) sebuah tangki besar yang dibawa dari bengkel ke limbungan kapal. Besar giler.

LIFE IS FRAGILE.

Pagi tadi juga, penulis diberitahu melalui wassap bahawa kakak penulis telah dimasukkan ke hospital Sultanah Aminah JB kerana terkena angin ahmar (baca, stroke). Maka tengahari, penulis pun berlarian ke hospital. Bila tiba jam 12.15pm, penulis bertanya kepada abang polis kemudian diarahkan bertanya ke kaunter sambut pesakit untuk mencari katil dan wad dimana kakak penulis berada. Dipendekkan cerita, penulis pun tiba dan kelihatan anak saudara ada disitu. Kakak penulis terkena angin ahmar dua hari lepas dan menyebabkan sebelah badannya lumpuh. Jika keadaan beransur pulih, doktor akan memindahkan kakak ke hospital Pontian pula petang ini.

Updated. 3/4/17 Isnin, Alfatihah Dzaimi binti Salamah.

Waktu lawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA JB) ialah seperti berikut:
Ahad -Khamis: 12.30pm - 2.00pm, 4.30pm - 7.30pm
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: 12.30pm - 7.30pm
Perhatian & mohon maklum: Kanak2 di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk.

SOARING REAL ESTATE PRICES EXPECTED TO CONTINUE.

Selepas itu, penulis berlarian kembali ke Tanjung Puteri Resort untuk meninjau di pejabat jualan samada masih ada kekosongan rumah. Sebelum pulang ke padang memotong rumput, penulis singgah di restoran Top Ten Kampung Pasir Putih untuk menjamah nasi ayam penyet yang garing itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Mar 13, 2017

10 PERKARA ANDA WAJIB TAHU SEKIRANYA INGIN KAHWIN DENGAN ORANG TERENGGANU



Penulis kopipes dari internet:

Gadis Terengganu (adalah) yang terbaik jika nak dijadikan isteri! Mereka boleh menjadi isteri yang terbaik dengan sifat tradisionalnya. Mereka pandai memasak dan juga suri rumah yang baik. Mereka adalah contoh isteri Melayu. Gadis Terengganu sangat bekerja keras, berdikari dan bijak mencari wang sendiri. Menyayangi anak-anak dan bagus dalam hal memuaskan suami. Jika anda mempunyai isteri dari pantai timur ini anda seorang yang bertuah dan bernasib baik. Mereka juga bersifat sederhana.

Manakala ini kenyataan blogger lain yang ganas yang penulis kopipes dari internet juga:
Manis2, comel2, kiut2 tapi, queen qontrol, kuat menyuruh, kedekut, baik hati, sayang orang sampai mati, suka beramal jariah, suka simpan harta banyak2, tak boleh dimadukan, gatal, garang sangat2.

Kawan, so sorry I said something stupid yesterday. Maaf untuk kawang-kawang penulis yang terasa. Penulis hanyalah manusia biasa. Kadang2 dalam solat pun penulis terlupa berapa rakaat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 12, 2017

PENGALAMAN PERGI MELAWAT ZOO JOHOR DI TAHUN 2017

After cutting my hair at Tesco Seri Alam.

Pagi Ahad yang hening, penulis telah berlarian ke Zoo Johor itu. Tiket masuk ialah RM2 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak). Gerimis juga tidak menghalang penulis berjalan perlahan-lahan didalam zoo yang daif itu. Melihat keadaan singa yang berkurap juga agak kasihan. Kata orang dulu-dulu, hidup segan mati tak mahu.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.