Dec 26, 2015

MENANGI PETROL RM10 RIBU SEHINGGA CALTEX BANDAR PUTRA KULAI

Big Fuel Giveaway contest, Caltex Bandar Putra, Kulai

Sila goyangkan inul tetikus pembaca pada gambiran sekiranya ingin melihat imej latarbelakang yang jelas. Untuk pengguna tab atau iPad, sila tap 2 kali pada gambiran tersebut.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 25, 2015

DAMN A NEW ORDER AND WE WILL BE REPLACED



Masa dalam perjalanan menyusuri jalan di bandar Seremban pagi kelmarin, mata penulis tertancap pada sebuah kedai mainan bernama De Toyz. Sejam kemudian penulis kembali dan tiba di depan pintu kedai 5 minit sebelum pintu dibuka. Mulanya hanya sekadar jualbeli tingkap (baca: window shopping) tetapi akhirnya terbelilah juga 2 patung mainan Star Wars itu. Demm.



Blog bukanlah hakmilik kekal.





Some photos from the Christmas Day 2015

BLOG AKU PERGI MUZIUM NEGERI, KOTA LUKUT DAN MUZIUM ANGKATAN TENTERA DARAT

Masjid Negeri, Seremban.

KELMARIN penulis telah berlarian ke tiga buah muzium di Negeri Sembilan. (Total photos: 23). Tujuan utama penulis hendak mencari poskad Negeri Sembilan tetapi tidaklah ditemui.

Dec 24, 2015

HADIAH SEGMEN APAKAH SAYA TELAH DITERIMA



ALHAMDULILLAH hadiah dari segmen Apakah Saya anjuran cik kak Fida Z Ein telah selamat penulis terima kelmarin. Punyalah banyak hadiah yang penulis terima iaitu sekotak 25 uncang teh Bharat, 3 jibik magnet petisejuk (baca: Fridge Magnets) dari Sarawak dan Cameron Highlands, bakul kayu dan bijirin lada hitam kailan.

Terimakasih penulis ucapkan semoga kita terus menjadi rakan siber yang baik-baik sahaja. Amin.

Nota pautan lalat. Entri penulis pasal Segmen Apakah Saya di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 23, 2015

SAYANG SAYANG SAYANG



KELMARIN penulis telah berjaya mendaftarkan anak lanang bocah cilik penulis itu masuk darjah satu sekolah agama. Ada kekalutan dalam aturcara majlis Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS). Mula-mula disuruh datang jam 7.30 untuk upacara majlis, perasmian, ceramah motivasi keibubapaan dan ikrar. Majlis dijangka selesai jam 10 pagi. Tapi jam 8pagi cikgu-cikgu baru terhegeh-hegeh hendak menyiapkan meja pendaftaran ibubapa, dan juga pentas penceramah. Dan bila jam 8.30pagi, pengacara majlis membuat pengumuman bahawa pendaftaran anak dan pembayaran yuran dibuat dahulu sebelum majlis bermula.

Dipendekkan cerita, majlis bermula jam 9.30 pagi, melayan ceramah Ustaz selama sejam dan pengenalan sekolah oleh guru berbadan besar selama sejam juga dan majlis tamat jam 11.45 pula. "Sabar sajerlah kanda," bilang isteri penulis melalui khidmat pesanan ringkasnya (baca: sms).

Cuma penulis rasa tergelak juga melayan penceramah motivasi Ustaz yang berjenaka bertanya pada para makcik bagaimana berkata sayang kepada suami yang tersayang dengan 15 kali perkataan sayang sambil menghitung mengguna jarinya.

Nota lalat. Ada beberapa perkara yang penulis tidak berapa puas hati juga. Pertama, pasal catuan air di bilik tandas murid-murid yang amat kotor. Kedua, faktor keselamatan dimana longkang kecil tidak ditutup dengan sempurna yang mengakibatkan ada kanak-kanak yang terjatuh kedalamnya. Dulupun pernah berlaku pada anak wedok disekolah yang sama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 22, 2015

COMIC FIESTA 2015

The ticket belong to aQi.

KELMARIN penulis menghantar kaum kerabat penulis dan rakan-rakan mereka ke Pesta komik (baca: Comic Fiesta 2015) di The Mines. Tetapi penulis tidaklah masuk ke dalam dewan pameran dan hanya mengambil gambiran di luar sahaja.

Dec 21, 2015

DOCTOR BRUSH



PAGI kelmarin tiba-tiba ada latihan kebakaran (baca: firedrill) di tempat penulis memotong rumput ini. Berteraburanlah penulis berlarian 13 tingkat yang mengakibatkan longgar lutut atas dan bawah.

Tiba di tempat perkumpulan, ternampaklah penulis akan tumbuhan bunga ini yang dipanggil 'berus doktor' (baca: Doctor Brush, Ceylon or Wild leadwort), atau nama saintifiknya 'Plumbago zeylanica'. Orang kampung penulis panggil 'Godong Encok' atau 'Daun Encok'.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 20, 2015

THE FORCE AWAKENS

Han Solo: My son will kill me ...

MALAM kelmarin penulis telah berlarian menonton wayang tayangan perdana hari pertama Star Wars 7 The Force Awakens. Cerita yang menarik walaupun hampir sama saja kesudahannya dengan filem-filem yang terdahulu (episod 4, 5 & 6).

Kalau ada yang bertanya, penulis bagi 4 bintang sajalah. Tapi yang penulis bengang dengan abang sado (dengan anak kecil yang merengek) yang duduk dikerusi belakang penulis yang asyik menendang-nendang kerusi penulis dari bermulanya iklan sampailah akhir dihujung kredit. "Ko*te panjang agaknya," getus hati penulis sahaja.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Colorful deco, TGV, KLCC

Lego & Star Wars encyclopedia, updated and expanded.

Truly a fan!

Miniature figures in the scene from the movie.

Wefie...

Dec 19, 2015

KLCC NIGHT PHOTOGRAPHY WITH ANAK LANANG



PETANG kelmarin, anak lanang penulis yang baru merdeka dari peperiksaan SPM telah tiba di KL bersama-sama konco Cino nya. Malam pula penulis membawa mereka jalan-jalan KLCC sudah.

Nota kamus lalat. Anak lanang = anak lelaki bujang;
konco Cino = kawan Cina

Blog bukanlah hakmilik kekal.











Dec 17, 2015

MY GIRL ASKED ME TO LOOK AFTER HER TORTOISE



MALAM kelmarin tuan punya kura-kura, si anak wedok penulis yang itu telah tiba ke rumah merpati penulis. Rindunya pada si kura-kura itu bukan kepalang. Sekarang, tuan punya kura-kura dan kura-kura itu sendiri sedang menaiki bas ekspres bersama-sama pulang ke gagang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 16, 2015

YUI HIRASAWA



PESTA komik pakaian ragam anime (baca: Cosplay at Comic Fiesta) akan diadakan di The Mines hujung minggu ini. Jangan nanti pembaca cakap yang penulis tidak memberitahu tentang pesta ini. Kaum kerabat penulis yang remaja itu serta rakan-rakan mereka sudah mempunyai rancangan masing-masing. Tetapi penulis tidak pasti samada ingin masuk ke dewan pameran seperti tahun-tahun lepas ataupun tidak.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.