Nov 17, 2015

THEY'RE GOING TO DO IT AGAIN! DEMM

Najib Dan Obama Ber-SELFIE Dalam 'The Beast'

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 17/30
Post of the Day: 2/4

PRESIDEN Amerika Syarikat Barrack Obama akan datang lagi ke Malaysia minggu ini sempena persidangan Asean ke 27 (18-22 November 2015).

Pautan lalat: US President Obama to visit KL again in November

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HAKMILIK STRATA



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 17/30
Post of the Day: 1/4

PAGI Sabtu kelmarin penulis telah berlarian ke pejabat peguam di Menara Pelangi pula. Sekarang tinggal tunggu peguam menukar nama di geran strata flat rumah murah itu kepada nama penulis sebelum menghantar permohonan pindah milik di pejabat perumahan di SUK. "Wak kena tunggu 2 3 bulan lagi," kata akak yang menguruskan fail penulis itu.

Nota lalat. Updated. 27 Jan 2016, Rabu. Penulis ke pejabat tanah Nusajaya merayu pada pegawai untuk mempercepatkan urusan mendapatkan geran strata.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 16, 2015

FLOWERS AT TESCO

Tesco Seri Alam

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 16/30
Post of the Day: 4/4

AKTIVITAS biasa dihujung minggu ialah membeli barangan dapur di Tesco bersama anak lanang dan emak anak lanang. Hari Sabtu juga adalah hari tanpa beg plastik sedunia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Zinnia flowers

Cactus

Red chillies

Green chillies

Saba Mackerel

BEHIND A LONG VEHICLE | JILAKE

Kenderaan panjang dan lebar.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 16/30
Post of the Day: 3/4

CUACA semakin baik sekarang ini. Jerebu pun sudah menghilang. Hujan pun turun setiap hari.

Nota lalat. Maksud sebenar Kipidap dan Jilake yang kini trending dilaman sosial. Jika anda perasan dilaman sosial facebook dan twitter, ramai pengguna menggunakan ayat “Kipidap” dan “Jilake” pada setiap komen yang diluahkan. Untuk info, ayat itu sebenarnya dipopularkan oleh Abdul Rani Kulup pejuang penegak kebenaran bangsa Melayu dan presiden kelab NGO iaitu Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Kipidap bermaksud “Keep It Up” manakala Jilake bermaksud perkataan yang kurang elok iaitu “Celaka”. Ayat Kipidap dan Jilake adalah “slang” atau bahasa pertuturan yang sering disebut oleh Abdul Rani Kulup. Kedua-dua perkataan Kipidap dan Jilake itu tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Empat atau edisi sebelumnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

#jilake
#kipidap

THE WATER CRISIS IN THIRD WORLD COUNTRY



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 16/30
Post of the Day: 2/4

BEKALAN air berjadual masih diteruskan untuk bulan ketiga dirumah hinggap penulis yang itu. Biarkan. Biarkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

WELCOME TO MASAI



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 16/30
Post of the Day: 1/4

TIADALAH menariknya pekan koboi Masai untuk penulis ceritakan dalam blog penulis yang biasa-biasa ini. Takkanlah penulis selalu hendak merungut kerana catuan air terus bersambung untuk bulan ketiga pula? Walaupun hujan turun anjing dan kucing setiap hari, air tempayan dibuang jangan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 15, 2015

PASAR MALAM PASIR GUDANG

gen-Y


Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 15/30
Post of the Day: 4/4

PETANG kelmarin penulis dan anak lanang telah berlarian ke pasar lambak Pasir Gudang semata-mata hendak membeli lemang kegemaran bonda anak lanang itu. Ramailah orang ramai termasuk PATI juga berhimpit-himpit membeli juadah disitu. Berikut adalah hasil tangkapan petang itu disana disana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rojak petis (RM3)

From left: lemang (RM5 for 3 pieces) not including rendang daging (RM2), apam balik (RM2.50) and sate ayam (RM13 including nasi impit).

TBS AS I SEE IT

Optimum 8

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 15/30
Post of the Day: 3/4

NAMPAKNYA minggu ini kaunter tiket bas ekspres di TBS lengang tidak seperti minggu lepas semasa cuti hari Deepavali.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Welcome to TBS

Rangoli Flower, Dunkin Donut, TBS

Rangoli Flower donut

TREE STEAK HOUSE



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 15/30
Post of the Day: 2/4

MASA di restoran Hard Rock Cafe KL itu, penulis tiba-tiba terasa hendak makan daging panggang (baca: steak). Hendak makan disitu rasa was-was sebab logo halal Jakim tidak kelihatan pun pada menu. Pesan air coke zero pun penulis minta yang dibawa dalam tin juga. Penulis ke Kampong Keramat sahaja sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




HARD ROCK CAFE



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 15/30
Post of the Day: 1/4

PENULIS sudah lama bercadang untuk pergi ke restoran Hard Rock Cafe Jalan Tun Ismail. Sebelum ini penulis sanggup berjalan kaki sejauh 2 kilometer di pulau Bali ditengah malam semata-mata hendak menonton 'live band'. Air minuman tin berkarbonat pun memang sama harganya dua belas hinggit. Hendak memesan makanan daging panggang (baca: steak) pula boleh merabakkan poket seluar. Jadi, selepas mengambil beberapa gambiran, penulis merempit ke Keramat saja untuk makan malam.

Masa penulis memesan air minuman, penulis telah bertanya kepada adik pelayan itu menjawab;

"skunk nih live band start kol 10.30 malam lah wak!"
"dulu kami start kol 6 ramai customer komplen sbb bising sangat dorg nak cakap2 bincang2 ke ape," katanya lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Nov 14, 2015

YOU ARE STUPID IF YOU DO YOUR OWN LAUNDRY

Speedy Wash tokens, Bukit Belacan.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 14/30
Post of the Day: 4/4

BIASANYA kalau kehidupan penulis menjadi bujangan sementara, penulis akan menghantar pakaian kotor dan busuk ke kedai dobi sahaja. Biasa dalam seminggu sekali mencuci, siap lipat dan gosok baju kerja, upahnya ialah RM33.

Kelmarin penulis sudah merasa gatal-gatal tangan hendak menghantar pakaian kotor ke pusat layan diri cucian. Ramai juga makcik-makcik, pakcik-pakcik, anak-anak dara jelita yang pemalas, tidak rajin atau tidak mempunyai mesin pencuci pakaian dirumah sedang berada disitu.

Perkiraan penulis setelah menggunakan khidmat cucian layan diri ini ialah:

Mesin pusingan cucian (24kg, 26 minit) bernilai 11 token (RM11), dan
Mesin pengering (24 minit) bernilai 4 token (RM4).
Jadi, jumlah kos ialah RM15 tidak termasuk melipat dan menggosok baju dan seluar kerja. Masa menunggu ialah sejam. Tolak upah menggosok, bolehlah dikatakan kalau penulis membuat sendiri cucian seperti ini akan menjimatkan kira-kira sepoh hinggit setiap kali cucian. "Banyak juga tuuuu," getus hati penulis.

Nota lalat. Tajuk entri penulis dapatkan dari artikel di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dryers in progress.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.