Nov 14, 2015

THINKING OF THE WORLD'S PROBLEMS

A Serikin boy in deep thought.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 14/30
Post of the Day: 1/4

GAMBIRAN diatas penulis rakamkan ketika berjalan-jalan ke pekan Serikin bulan lepas. Macamlah awak seorang saja yang ada masalah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 13, 2015

THE SECOND WEEK



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 13/30
Post of the Day: 4/4

MINGGU ini sudah masuk hari kedua dan peringatan untuk sesiapa yang berminat mengumpul patung mainan Lego dari stesen minyak Shell.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

AKU DIA DAN KOTAK: THE PLAY



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 13/30
Post of the Day: 3/4

BILA persembahan teater budak-budak sekolah, Kembara Seni Cilik, ini bermula memanglah tidak sehebat seperti pelakon bangsawan taraf profesional. Tapi penulis melayan sahaja sehingga selesai persembahan sejam setengah kemudian. Dan mengambil gambar tidaklah dilarang selagi tidak mengganggu tumpuan pelakon diatas pentas.

10 pasukan teater sedang berentap sehingga hujung minggu ini di Festival Teater Negeri Selangor di Matic Jalan Ampang. Pemenang teater akan mewakili negeri Selangor ke Festival Teater Malaysia pula nanti.

Tetapi penulis musykil juga teater negeri Selangor yang dianjurkan oleh MTS (Majlis Teater Negeri Selangor, bukan Mahkamah Tinggi Syariah ya ) tapi dibuat di Kuala Lumpur pula. Nasib baik jugalah penulis tidak ke Shah Alam kerana kekeliruan membaca maklumat dalam website mereka.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



MATIC LAH WAK



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 13/30
Post of the Day: 2/4

KELMARIN penulis telah berlarian ke Matic Jalan Ampang untuk menyaksikan pertandingan teater peringkat Negeri Selangor. Mula-mula bila penulis tiba di Matic, penulis tangkap gambiran diluaran dulu. Boleh kan?

PERSEMBAHAN teater peringkat Negeri Selangor berjalan agak lambat dari yang penulis jangkakan. Masuk adalah percuma. Penulis tiba tepat jam 7.55 malam, tapi persembahan bermula jam 8.46 malam pula. Pada masa penulis tiba, tidaklah ramai orang yang hadir lagi, tapi bila habis persembahan dan bila hendak keluar, penulis nampak dalam dewan hampir dipenuhi penonton juga.

Nota lalat. Hari ini Jumaat, Friday the 13th.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







TOP COMMENTATUR JULAI KATANYA



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 13/30
Post of the Day: 1/4

TERIMAKASIH penulis ucapkan kepada cik Jari Manis aka JM yang manis lagi jelita itu juga kerana sudi memberikan penulis sekeping pelekat magnet (baca: FM) peti sejuk yang cantik dari Bromo untuk Top Commentator bulan Julai 2015 katanya, dalam hati siapa yang tahu ;p. Penulis hanya mampu membalas dengan serangkap pantun:

Ragi pulut dalam kati,
Tapai manis dalam kuali,
Selagi hidup dalam pekerti,
Sampailah mati dalam budi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 12, 2015

SUNDAL MALAM ON MY VERANDA

Captain America hiding behind the green leave.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 12/30
Post of the Day: 4/4

SOME CACTUS AND ZINNIA



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 12/30
Post of the Day: 3/4

POKOK bunga kaktus di kebun bunga Sungai Buloh ini sekadar dirakam dari lensa kamera penulis sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







SOME RANDOM PHOTOS FROM THE FLORISTS



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 12/30
Post of the Day: 2/4

SEBENARNYA banyak lagi kedai-kedai menjual bunga-bungaan yang bersusun didalam kebun bunga di Sungai Buloh itu, tapi penulis hanya larat singgah beberapa kedai sahaja. Lagipun matahari sudah semakin tinggi dan cuaca bertambah panas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







ARUNDINA GRAMINIFOLIA

I never tired looking at this bamboo orchid (arundina graminifolia)

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 12/30
Post of the Day: 1/4

Nov 11, 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: KACANG LUPAKAN KULIT



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 11/30
Post of the Day: 4/4

SUDAH lama penulis tidak berpantun.

Beli kacang kupas kulitnya,
Kacang dikupas ditepi kereta,
Kalau boleh Wak bertanya,
nona manis hendak kemana., ammvoiii

Blog bukanlah hakmilik kekal.

DIWALI ATAU DEEPAVALI



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 11/30
Post of the Day: 3/4

KELMARIN semasa penulis berada di parkir lot, ada anak dara jiran penulis yang berbangsa India bersama-sama beberapa orang rakan-rakannya bersembang disitu. "What is different between Diwali and Deepavali?" tanya rakan berbangsa Cina. Oleh kerana penulis agak sibuk keluar masuk rumah dengan bunga-bungaan dan baja-bajaan ditangan dan tidak memberi tumpuan sangat, maka penulis tidak hiraukan mereka. Cuma penulis perasan rakan-rakan anak dara jiran India yang datang bertandang itu terdiri dari 1Malaysia - India, Melayu dan Cina. "Sungguh rare," getus hati penulis. Ingin rasanya penulis menyapa mereka dan menangkap gambiran, tapi risaulah pula nanti dikatanya penulis ada gajah dibalik batu.

ada gajah di balik batu
batunya hilang gajahnya datang
aku tahu maksud dirimu
diam-diam suka padaku

ada gajah di balik batu
batunya hilang gajahnya datang
jangan diam-diam begitu
ketiban (tertimpa) gajah kamu baru tahu

- Wali Band

Bila usai urusan diluar rumah, penulis pun kemaskini blog poyo penulis ini sambil mencari maklumat berkenaan perbezaan Diwali dan Deepavali. Sebenarnya sama sahaja, Diwali itu cuma singkatan dari 'Deepawali' yang lagi sopan dan lembut sebutannya berbanding 'Deepavali' atau pesta cahaya (baca: festival of light).

Nota lalat. Dan penulis pun teringat pada hari Deepavali tahun lepas, arwah ayahanda penulis telah pulang kerahmatullah. Alfatihah Wak Sabah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.