Nov 7, 2015
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: HULK & AMPANG PARK
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 7/30
Post of the Day: 3/4
TIDAK lama lagi pusat beli belah Ampang Park yang popular disuatu masa dahulu akan dirobohkan dan diganti dengan yang baharu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: HULK & KLCC AT NIGHT
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: HULK & KLCC
Nov 6, 2015
BSN NEW LOGO
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 6/30
Post of the Day: 4/4
PENULIS baru perasan logo Bank Simpanan Nasional (baca: BSN) itu sudah bertukar wajah. Dari warna kuning keemasan berlatarbelakangkan biru tua menjadi warna putih berlatarbelakangkan warna teal segar.
Warna 'teal' adalah cantuman dari warna hijau dan warna biru.
The "pohon pitis” (coin tree) symbol which forms the main theme of the logo is an adaptation of the one made of tin metal bearing 13 coins issued by Sultan Muhammad IV of the State of Kelantan in 1903 when it was still a tributary state of Siam? On one side of the coin was inscribed "THURIBA FI ZUL-HIJJAH SANAT 1321", i.e., struck in the month of Zul-hijjah 1903. On the reverse was featured "BELANJAAN KERAJAAN KELANTAN", i.e., currency of the Government of Kelantan. The coin or "pitis", which in local Kelantanese dialect means money, was one of the denominations in circulation in Kelantan until 1920.
Nota SEO lalat. BANK SIMPANAN NASIONAL LOGO NEW
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Please hover your mouse to see latest (2015) and older logo of BSN. |
POHON BUDI DAN SUP BONTOT
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 6/30
Post of the Day: 3/4
KELMARIN selepas berjumpa anak wedok di Aquaria, penulis terus berlarian ke Galeri Petronas di Tingkat 3 KLCC. Ada pameran dari penggiat seni dari Indon.
POHON BUDI: Seeds of Energy from Tree of Life, where Creative Imaginings Abound.
Curator : Edric Ong
Duration : 03 November 2015 - 15 November 2015
Admission : Free
Time : 10.00 AM - 8.00 PM
Paparan senicipta tradisional dan kontemporari dari pelbagai bahan alam merupakan tumpuan pameran “POHON BUDI: Seeds of Energy from Tree of Life, where Creative Imaginings Abound”, yang menampilkan karya para seniman buat melestarikan persekitaran alam dan budaya mereka akan diadakan di Galeri PETRONAS. Pameran ini menampilkan lebih 100 hasil karya kreatif daripada 38 negara yang merentasi benua Afrika, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Pasifik, Asia Timur, Asia Tenggara, Amerika dan Eropah. Karya-karya halus, hasil buatan tangan yang diperbuat daripada bahan alam ini mengetengahkan pelbagai genre objek seni dari gentian, batu, seramik, logam, kaca, kayu, kertas, manik dan barangan lakuer dalam bentuk-bentuk expresi tradisional dan kontemporari. - galeripetronas
Semasa dalam dewan galeri pameran, penulis sempatlah juga mendengar perbualan 3 orang polis bantuan yang bertugas disitu yang masih muda belia berkenaan sup bontot (sop buntut). "Korang tak tahu ke, sup buntut tu sebenarnya sup ekor," kata polis 1. "Sup buntut mmg populer kat Indon, ekor tu dorang panggil buntut, lembu tu dorang panggil sapi, (maling tu perompak, butuh tu keperluan -ni wak tambah ;D ) kalo kita - 'buntut' tu maklumlah kan," kata polis 1 lagi. "Tular korang, bila ckp sup buntut rasa jijik, ini ilmu jugak," kata polis 1 lagi dan lagi. "Tapi sup buntut bakar mmg sedap!" gelak polis 1 lagi.
Sop buntut adalah salah satu masakan populer dalam masakan Indonesia. Terbuat dari potongan ekor sapi yang dibumbui kemudian dibakar atau digoreng dan dimasukkan kedalam kuah kaldu sapi yang agak bening bersama irisan kentang, wortel, tomat, daun bawang, seledry dan taburan bawang goreng. Sop buntut Indonesia dibumbui dengan bawang merah, bawang putih, dan rempah-rempah lokal, seperti merica, pala, dan cengkeh. Variasi yang relatif baru disebut "Sop Buntut Goreng" yaitu buntut goreng yang dibumbui disajikan kering, sementara kuah sup kaldunya disajikan dalam mangkuk terpisah. - wikipedia
Blog bukanlah hakmilik kekal.
WHEN MY DAUGHTER COMING TO KL
Waiting my daughter with New Zealand Natural cappucino infront of Aquaria. |
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 6/30
Post of the Day: 2/4
KELMARIN anak wedok penulis sudah mengikuti rombongan cik kiah sekolahnya dua hari satu malam lawatan ke Putrajaya dan key ell (baca: KL) sempena cuti peperiksaan SPM. Selepas tugasan memotong rumput , penulis sempat juga berjumpa beliau sebentar selepas melawat Muzium Negara, Petrosains dan Aquaria dan sebelum mereka pulang ke Masai. Penulis tangkap gambiran sekeping dua sudah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Bo |
Bo and her teacher. |
Daughter and daddy cool. |
RM1.50 PART II
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 6/30
Post of the Day: 1/4
KALAU penulis pergi bertugas memotong rumput dengan memandu kereta naik ikut lebuhraya Akleh dari rumah merpati penulis itu mengambil masa 22 minit. Tetapi bayaran tol hanyalah RM1.50. Kalau ikut Jalan Ampang yang tiada tol tapi macet selepas lebuhraya JLT2 (MRR2), masa perjalanan menjadi 49 minit terhesot-hesot (terhengsot ?) bontot ke bontot baru sampai.
Nota lalat. Nak buat matematik harga minyak sejauh 9 km;
9 km selama 49 minit, tambah 1 minit untuk ambil gambiran odometer diatas. Kelajuan kereta 11 km/j, dan penggunaan minyak petrol adalah 4.4km/liter. Jadi, minyak petrol yang terbakar sejauh 9 kilometer adalah sebanyak RM2.05 x 2 liter, bersamaan RM4.10. Kalau naik bas RapidKL baru RM1.90.
Nota lalat 2. Updated. Kadar tol Akleh naik hari Khamis minggu lepas, dari RM1.50 kepada RM2.50. Kenaikan 60 peratus gitu. Aduhai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 5, 2015
RM1.50 PART I
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 5/30
Post of the Day: 4/4
MINGGU kelmarin penulis telah berlarian ke seberang tambak untuk melayan kebosanan tahap sederhana. Harga tiket bas tingting dari CIQ JB ke CIQ Woodlands ialah RM1.50, tapi bila baliknya dikenakan RM3.00 bersamaan nilai SGD1.00.
Gambar baucer diskaun diatas penulis terima bila membeli barangan dapur beratus-ratus ringgit. Penulis terasa sangat dengan nilai matawang kita semakin merundum kan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
KARIPAP SEPOH HINGGIT
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 5/30
Post of the Day: 3/4
MINGGU lepas bila penulis beli karipap inti kentang kari di kedai mamak tempat penulis memotong rumput ini yang berharga lima posen pun sudah terasa mahal. Inikan pula karipap Secret Recipe inti ayam (baca: Chicken Cornish) yang berharga sepoh hinggit.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
TOY STORY 6
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 5/30
Post of the Day: 2/4
SUDAH lama penulis tidak membeli VCD atau DVD lanun. Kelmarin sempat lagi singgah di tepian kedai itu dah terbeli 1 DVD ada enam filem cerita kartun Toy Story yang lama. Tujuan penulis untuk dimainkan dalam kereta cikpuan Jnulekasnova itu. Tapi bila penulis tunjukkan pada anak lanang bocah cilik, sekali saja tengok sudah bosan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
LONTONG MASAI
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...