Jul 19, 2015
ORANG SEMUT
PADA mulanya penulis hendak menonton wayang Penghapus (baca: Terminator Genysis) tetapi tiadalah kaum kerabat yang berminat menonton bersama. Jadi penulis pun melayan wayang the Antman sebagai hiburan semata-mata dengan separuh dari kaum kerabat juga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 17, 2015
SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN 2015
TAHUN ini penulis memulakan sessi mengambil gambar keluarga penulis seperti biasa dirumah hinggap selepas solat sunat aidilfitri. Selepas solah jemuah pula (baca: sembahyang jumaat) penulis pun pulang ke kampung menziarah pusara ayahnda dan bonda. Dan selepas itu beraya ke rumah adindas penulis juga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 16, 2015
ANAKANDA SAYANG ABAH!
Anak lanang bocah cilik. |
SELALUNYA yang penulis gaduhkan dengan anak lanang bocah cilik ini ialah tentang rancangan televisyen Astro. Sesekali apabila penulis tidak memotong rumput dan berehat-rehat santai dirumah hinggap itu dan ingin menonton wayang menarik di saluran 411 (dan saluran wayang lain), manakala anak lanang ini akan melayan cerita kartun di saluran 616 walaupun beliau sibuk dengan permainan video dan youtubenya.
Kelmarin anak lanang bocah cilik ini mengamuk kerana penulis menukar saluran kartunnya dan merampas alat pengawal jauh dari tangan penulis. Penulis tidaklah marah, tetapi penulis kata padanya yang penulis akan pergi jauh jauh mencari batu belah batu bertangkup. Apabila penulis hendak terlelap didepan televisyen itu, tiba-tiba anak lanang bocah cilik ini membaling alat pengawal jauh itu ke badan penulis sambil teriak, 'anakanda sayang abah!'
Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada mak kan. Kanns ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.
With his big brother. |
Jul 15, 2015
MAAF ZAHIR BATIN
LUSA sudah hariraya. In sha Allah. Dengan ini penulis mengucapkan selamat hariraya maaf zahir batin sekiranya ada tersalah silap tuturkata. Hati-hati di jalanraya, majulah sukan untuk negara.
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN
Salam aidilfitri,
maaf zahir dan batin
- al-Ghazali
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 14, 2015
IMUDA | HAREMEYN
"Pi Mai Pi Mai Tang Tu sitcom" on television. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur. |
KELMARIN sempat lagi penulis merempit ke Balai Seni Visual Negara (baca: National Visual Arts Gallery) yang sepelaung saja jaraknya dari tempat penulis memotong rumput ditengahari yang panas terik berdeting. Alone matcham biasa. (Ada 33 foto kesemuanya).
Mula-mula penulis menyaksikan pameran solo Imuda di bangunan baharu.
Kemudian penulis datang semula ke bangunan utama untuk menyaksikan pameran Haremyn, gambar gambar lama dari zaman Uthmaniyah (Ottoman Empire) memaparkan bangunan Kaabah, masjid Quba' (Qiblatain, 2 kiblat) dan juga masjid Nabawi.
Akhir sekali penulis mengimbas pameran Perolehan Terkini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dian Sastrowardoyo, Wanita Melayu, Diana Yusof. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur. |
Maya Karin, ? , Elizabeth Taylor. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur. |
Ella, ratu rock. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur. |
A. Ramli, Muhyiddin, Hussein Onn. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur. |
Shazalli Ramly, Rani Mukherjee, Ramli Sarip. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur. |
Queen Elizabeth. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur. |
Di pameran Haremeyn:
Di pameran Perolehan Terkini:
Jul 13, 2015
THE FIRST 2015 RAYA CARD OR MAYBE THE LAST
AKHIRNYA ole-ole bandung yang penulis ushar usharkan telah selamat tiba dirumah merpati penulis yang itu ya. Tiba didalam sampul kad raya dengan pantun raya juga. Tulisan pantun pengirimnya,
"Bulan Ramadhan Bulan Mulia
Disambut Dengan Penuh Gembira
Kini Syawal Menjelma Tiba
Tangan Dihulur Maaf Dipinta"
Terimakasih tidak terhingga penulis ucapkan kepada rakan blogger devogue
Ini pantun balasan biasa-biasa saja dari penulis pula,
Blog diwalking sehari-hari,
Dalam gelap siang malam atau senja,
Penulis menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan juga .,
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 12, 2015
BESTA DICTIONARY
KAMUS elektronik Besta sekolah cina anak-anak penulis yang lama tidak boleh digunakan lagi. Penulis sudah menghantarnya ke Besta untuk diperbaiki tetapi telah diberitahu tiada alat pengganti yang baru. Jadi, untuk anak lanang bocah cilik ini penulis sudah mengganti dan menaiktaraf kamus elektronik ini dengan model yang baharu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 11, 2015
NASI GORENG PELANGI
Nasi Hujan Panas, 38thirtyeight cafe. |
SELAMAT bersahur semua kawan-kawan penulis.
KELMARIN sempat lagi penulis berbuka puasa di sebuah restoran stail barat yang menghidangkan nasi minyak yang dipanggil Nasi Goreng Pelangi. Pada mulanya penulis berasa keorangaslian (baca: jakun) kerana pertama kali mendengar panggilan nasi sebegitu.
Nota lalat. Bebienornya, nasi minyak itu dipanggil Nasi Hujan Panas ya, bukan Nasi Goreng Pelangi. Penulis memohon maaf diatas kesilapan pendengaran.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The cafe wallpaper, which is nice. |
Inside the cafe. |
Cookies dalam balang. |
The menu. |
Jul 10, 2015
讲华语运动
Jul 9, 2015
MENATE MU AZMAN ALI
TAJUK hanyalah propa penulis. Sila abaikan saja.
PERTAMA kali mata penulis tertancap pada papantanda kedai makan restoran Me'nate Steak Hub di Ampang Jaya itu, yang penulis akan limpas setiap hari pulang selepas tugas memotong rumput, menjadikan penulis terkejut juga. Sebutan nama kedai penuh makian untuk orang yang tahu apa maksud 'menate' itu. Pada mulanya juga penulis menyangka pemilik restoran ialah rakyat jelata orang biasa biasa dari Kelantan. Dan restoran itu menghidangkan nasi tempatan negeri seperti nasi kerabu dan nasi dagang saja. Tapi sungguh tidaklah penulis jangka, buah cempedak pun dah jadi nangka, bahawa kedai Me'nate Steak Hub ini menjual juadah daging panggang (baca: steak) rupanya. Bukan daging panggang biasa biasa ya, tapi daging import berkualiti tinggi dari luar negara. Tapi dek kerana nama itulah penulis telah beberapa kali (adalah 2 kali) menjamah steak yang ada disitu. Salah satu keunikan restoran ini ialah, kiraan harga pada menu ialah setiap sehatus gram ya. Boleh koyak rabak poket seluar ya ketika hendak membayar dikaunter. Dan minuman air adalah free flow, maksudnya boleh ditambah berkali-kali.
Tapi kelmarin penulis dikejutkan juga apabila ada berita sensasi dalam tweeter menjadi viral tentang artis diva Azman Ali (bukan nama sebenar) yang meroyan. Kawan-kawan boleh meng-google saja untuk mendapatkan maklumat gosip sensasi terkini berkenaan. Ayah Arka pun tersangatlah marah dengannya.
Berbalik kepada restoran daging panggang Me'nate Steak Hub ini, secara peribadinya penulis masih lebih gemar dengan restoran Ladas (bukan nama sebenar) di KLCC atau midvalley dan Stesen keretapi Victoria (pun bukan nama sebenar) Jalan Ampang kerana suasananya yang lebih nyaman, selesa, selamat, nikmat (baca: cosy, cozy).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 8, 2015
POLITIK SEGENGGAM TAMAR
PETANG kelmarin anak lanang bocah cilik penulis itu telah memberitahu untuk membeli pensil khatnya yang baharu. Mula-mula penulis ingatkan batang berus untuk tulisan cina atau kelas lukisan. Tetapi pensil istimewa untuk menulis tulisan khat jawi.
Cerita lain lalat 1. Masa di param (pasar ramadhan), penulis menerima sekotak plastik buah tamar untuk berbuka puasa yang diagih agihkan dari parti politik. Sebenarnya banyak kotak tamar keluarga penulis terima pada petang itu.
Cerita lain lalat 2. Minggu lepas semasa penulis membeli juadah di param di Picturesque Hill (baca: Bukit Indah), tiba disatu warung brader jual nasi ayam bermadu, terpekik-pekik dia, 'takleh sebut madu depan pompuan nnti kene marah! ayam manis! ayam manis! tp dengan lelaki bole je cakap, ayam madu bang! ayam madu!' Gelak saja penulis melihat telatahnya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...