Jun 11, 2015

UNTUNGLAH ADA IPHONE 6

"Diambil dengan iPhone 6"

MALAM kelmarin penulis telah menemani anak dara penulis yang mahu menggunakan baucer bukunya di kedai buku KLCC itu. Namun buku seni dan lukisan yang beliau cari tidak dapat ditemui. Hujan renyai renyai pada malam tersebut juga membantut rancangan penulis untuk menangkap gambiran kandid para pengunjung kesitu.

Nota lalat 1. Gambiran papan iklan yang baharu saja didirikan diatas penulis rakam sebelum pulang kelmarin. Penulis ambil dengan iPhone cap aiYam sahaja. Boleh?


Nota lalat 2. Sedikit pencerahan dari penulis bahawa gambiran dibawah ini bukanlah diambil dari iPHone cap aiYam penulis pula. Dan bukan diambil dengan iPhone 6.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Suria KLCC at night.

Sushi King, KLCC

Concierge, KLCC.

Homopus Signatus, the smallest tortoise.

Homopus Signatus with cikputih.

Wagyu tenderloin medium well done steak last night, Me'nate Steak Hub Ampang Jaya.

Jun 10, 2015

C2AGE VER 5.0



KELMARIN penulis sempat lagi berlarian ke Sungai Buloh melayan anak wedok penulis dengan pameran 'Cosplay'nya, C2AGE. Pameran berlangsung di HELP International School yang terletak jauh nun di Sungai Buloh.


Blog bukanlah hakmilik kekal.





























Jun 9, 2015

PERTANDINGAN BURUNG CANDIK



KELMARIN semasa dalam perjalanan pergi mengambil anak dara penulis di kolejnya, mata penulis tiba-tiba tertancap ada sekumpulan orang orang kampung yang sedang berkerumun di satu padang pertandingan burung bersebelahan dengan Pusat Pemulihan Akhlak di Red Castle.

Ini adalah kali pertama penulis melihat pertandingan burung secara dekat. Walaupun matahari sudah hampir menegak di kepala, panasnya memey panas berdeting, pertandingan masih dijalankan dan semasa penulis tiba, pusingan akhir baru saja hendak bermula.

Kategori yang dipertandingkan ini ialah bagi suara tepik (jerit) paling banyak dalam masa cin (1 mangkuk hayun ditenggelamkan dalam air) untuk jenis burung merbah jambul saja. Uniknya, setiap sangkar burung diukir indah dengan maksud tersendiri. Pemunya burung merbah jambul memanggil nama burung masing masing dan memberi pelbagai makanan. Ada juga pemunya yang menutup sangkar dengan kain untuk mengelak merbah jambul takut atau terkejut dengan suasana padang yang riuh rendah. Semasa penulis mendekati salah satu sangkar pun, ada pemunya yang menghalau penulis untuk mengelakkan merbah jambul takut dengan kamera dslr penulis yang besar gedabak seperti ditembak.

Seramai 118 peserta mengambil bahagian walaupun penganjur pada mulanya mensasar untuk mendapat 128 peserta yang mengakibatkan hadiah para pemenang dikurangkan.

Bila pertandingan akhir bermula, dengan 24 peserta yang tinggal hanya 3 pengadil berada dalam kawasan deretan sangkar manakala, pemunya merbah jambul berada diluar garisan. Pengadil akan mendekati sangkar untuk mencatatkan jumlah bunyi jeritan (tepik) yang dikeluarkan burung itu selama satu cin (22 saat). Masa itulah penulis dapat merakam pelbagai aksi lucu pemunya burung yang memanggil burung mereka. Bukan saja dalam kalangan Melayu, malah ada juga pemilik Siam dan Cina turut serta.

Encik Chat yang merangkul johan dengan membawa pulang wang tunai RM1700, tanpa sijil atau piala memberitahu penulis nama merbah jambulnya ialah 'Formula 2'. Penulis perhatikan juga dengan hadiah yang lumayan, pertandingan ini juga terlibat dengan kontroversi apabila ada peserta yang tidak berpuashati dengan cara pertandingan dijalankan.

Nota lalat. Betullah kata alim ulama, pertandingan lawan suara burung ini berdosa disebabkan ada unsur perjudian dan menyiksa binatang dalam kurungan sangkar yang sepatutnya dibiarkan bebas. Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.































Dan selepas itu, penulis pun mengambil anak dara di Asrama Puteri dengan selamatnya.

Jun 8, 2015

KINABALU TRAGEDY, RANDOM PHOTOS FROM LAST WEEK

This photo was taken on 25 Feb 2014 last year near the famous Donkey's Ear Peak. Just last week there was an earthquake and at least 13 hikers to the mountain were killed.

TIADA yang menarik minggu lepas yang biasa biasa saja selain penulis sibuk dengan tugas harian seperti biasa juga. Sibuklah sangat kan.

Penulis juga ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi Gunung Kinabalu yang berlaku kelmarin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The morning full moon on the Petronas Towers.

Visiting monkeys at Taman TAR, Kelab Darul Ehsan.

The famous 'Karipap Gergasi' bought at Ijok.

Sunflower (Helianthus annuus) almost blooming at my balcony, and I have to confess that I am a Caterpillar Phobia.

A book I have read recently and still struggled to finish it.

A newly bought Viva diecast at Fiesta Mall Cempaka.

Now, cikputih got a friend.

Jun 7, 2015

OGA 2015



TENGAHARI kelmarin sempat lagi penulis berlarian juga ke Dewan Konvensyen di KLCC (KL Convention Center) untuk melawat pameran produk-produk terbaru industri Minyak dan Gas (baca: Oil & Gas). Dan bertembunglah juga penulis dengan rakan lama dari syarikat yang pernah penulis bertugas lebih 13 tahun yang lampau. Sebenarnya penulis sudah lebih 10 tahun tidak datang melawat pameran OGA seperti ini.



Nota lalat. The 15th Asian Oil, Gas & Petrochemical Engineering Exhibition is being held from 2 - 4 June, 2015 at the Kuala Lumpur Convention Centre.

Blog bukanlah hakmilik kekal.













THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.