Ahad, 8 September 2024.
Hari yg agak sibuk.
Semalam wak sudah sampai ke tempat parkir untuk masuk ke tasik.
Saja mahu biasakan diri.
Dan pagi2 tadi sudah berlarian lagi ke Plentong.
Ke tempat permulaan hiking ke Tasik Hijau.
Tidak seperti yg dijangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Sunyi pula tempat parkir.
Cuma ada 3 buah kereta.
Wak ingat sudah salah tempat.
Nasib baik ada apps Alltrails dan Relive.
Wak mulakan dua2.
Tidaklah jauh tasik hijau ini.
Dalam 23 minit sahaja sudah sampai.
Cuma khuatir kalau2 ada binatang buas.
Disebalik semak samun.
Sehingga sampai ke tebing tasik pun tidak kelihatan bayang manusia.
Cuma kedengaran suara sayup2 sahaja dari dalam hutan.
Wak ambil 2 3 gambiran tasik sudah.
Bila mahu pulang ke tempat parkir.
Barulah jumpa beberapa orang pendaki lain.
Kesemuanya type-C.
Ooh.
Sebenarnya wak pun keliru.
Mula2 wak rasa ini bukanlah tasik yg wak rancang.
Tasik Biru 3 Beradik yg dulu wak sampai dari Taman Tasek Tun Jeanne Abdullah.
Nampaknya kena usaha lagi membuat perancangan awal.
Tapi setelah meneliti gambar2 lama.
Rupanya memang inilah tasik biru atau tasik hijau yg betul.
Cuma disebabkan pokok2 kelapa sawit sudah ditebang kesemuanya.
Dan sekarang ditanam dengan kelapa sawit yg masih muda2.
Terasa asing pemandangannya.
Itu yg membuat jadi keliru.
NEW ANDROID PLAYER FOR CIK MAIBEE
Setelah mencari kedai android player di JB.
Sebab set radio sudah rosak.
Akhirnya wak hantar cik maibee ke kedai accessories berdekatan Maybank Masai.
Android player 1 GB Ram + 32GB Rom. = rm399.
Tukar tinted belakang. = rm100.
Connector ke reverse camera. = rm45
PASARAYA DIBUKA JAM 10 PAGI
Kemudian ke pasaraya Kipmart Masai.
Beli ayam, ikan2 dan sayuran.
Dan durian longgok 5 biji sehatus hinggit.
Nota lalat.
Remote control untuk aircond di kantor potong rumput tidak kelihatan.
Nasib baik apps remote di henfon cap ayam wak leh lagi digunakan.
AIRCOND KERETA TIDAK BERAPA SEJUK
Petang tadi hantar cik Bibahpepel ke kedai air-cond.
Sebab walaupun sejuk tidaklah sesejuk sangat.
Pomen itu suruh tambah gas dahulu. rm50
Kalau dalamasa 2 minggu tidak sejuk lagi.
Akan dibuat pemeriksaan pula nanti.
HARGA CAR WASH NAIK LAGI DAN LAGI
Kemudian hantar cikputih untuk dimandi. rm15
Itupun terpaksa antri (beratur).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Seram wak kalau tak ramai orang tu. Sorang² pulak tu. Hati² wak. Dah lama wak tak kesini dah berubah banyak tempatnya ye. Banyak kete wak, satu-satu ada halnya. Semoga dipermudah segala urusan wak.
ReplyDeleteBertuah Cik Maibee & Cik Bibah dimanja² oleh tuannya 👍
ReplyDeleteSuara apa yg sayup² dlm hutan tu Wak? Bikin serammmm :D
Bawak pancing wak
ReplyDeleteI suka tajuk entry ni..
ReplyDelete