Sep 3, 2024

BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG: CHAPTER 3

 

MMHE Shipyard @2024
Pasir Gudang Johor

Selasa, 3 September 2024.

Ikan berenang didalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sirih pulang ke gagang

Pagi masih menunggu permit masuk ke limbungan.
Mula2 wak lepak di gerai lontong Zarahman.
Kemudian pergi ke kedai makan Zuraimi di Bukit Dahlia.
Lepak bersama bro RIK dan LID.

Bila keadaan semakin sukar.
Kami bertiga pun terus ke pejabat CIDB di Tampoi.

Dipendekkan cerita.
Petang baru dibenarkan masuk ke limbungan.

Kali terakhir meninggalkan limbungan kapal ini ialah November 2017.
Hampir 7 tahun yg lampau.
Sebelum covid melanda seantero dunia.

Semoga dipermudahkan urusan potong rumput wak disini. Amin ya robbal alamein. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

12 comments:

  1. Selamat pulang ke gagang wak. Mesti banyak mengimbas kenangan wak di sini.

    ReplyDelete
  2. Dari Muar ke Melaka
    Semoga semuanya baik belaka 😎

    ReplyDelete
  3. Merpati sejoli di dalam sarang,
    Tidakkah lagi Wak ke seberang?

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudah kan semua urusan dan sihat selalu.

    ReplyDelete
  5. Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua, wak.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, ada rezeki tak ke mana..
    Semoga sentiasa dipermudah urusan Wak memotong rumput di sana..

    ReplyDelete
  7. moga dipermudahkan selalu. sesekali rindu tak pada gelora laut dan ombak wak?

    ReplyDelete
  8. moga dipermudahkan semuanya wak, moga terus selesa di tempat kerja nya tu ye.

    ReplyDelete
  9. nampak malaysia marine tu terus sy cakap dlm hati. ni mesti kat pasir gudang. baca caption wak... haaa kan betul ;-)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah akhirnya dapat kontrak di sini ya Wak. ☺️

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.