Sep 6, 2024

MEE BANDUNG POWER YG MEMANG POWER DI KOTA MASAI

 

Masjid MMHE after the friday solat @2024

Jumaat, 6 September 2024.

Pagi tadi masuk ke limbungan ikut pintu masuk no 2.
Sebelum itu makan lontong Masai.

Jam 10.30 hadiri kursus keselamatan induction course lagi.
Tapi kali ini untuk mendapatkan pelekat projek untuk ditampal pada helmet.

Tengahari sempat terlelap di surau kantor seorang diri.

Berjalan ke masjid syarikat untuk solat jumaat berjemaah.
Tidaklah berapa jauh.
Bawa payung takut kalau2 hujan turun nanti.

Tapi masa pulang.
Boleh pula hilang selipar jepun yg wak pakai ke surau tadi.
Terpaksa pinjam selipar jepun orang lain.

Petang berjalan pulang dari kabin dengan bro RIK.

Kemudian wak berlarian ke Taman Kota Masai.
Untuk mencuba mee bandung Power.

Ooh.
Perasan tak mamat Pakistan ni yg pandang wak masa amek gmbr? Sblm solat jumaat dan sedang dengar khutbah tadi. Wak perati je dia main henfon, rupanya dia buka apps quran majeed sambil baca surah al-kahf.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Mee Bandung Power Jalan Jambu Kota Masai @)2024


7 comments:

  1. Lontong, mee bandung..sedapnya..

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak Wak perati mamat Pakistan tu, lepas tu berkongsi cerita di blog. Boleh jadi peringatan buat kita supaya tak tinggal baca al-Kahfi pada hari Jumaat ni.

    Balik Johor hari tu, tak sempat cari mi bandung Johor.

    ReplyDelete
  3. Ooo wak keje pakai suit gini lah yer..

    ReplyDelete
  4. mee bandung wak tu menggodanya.... memang mee bandung kat JOhor paling best. zaman sekarang di mana je boleh baca alquran

    ReplyDelete
  5. Selipar hilang di masjid berpisah tiada. Itu biasa. Mi bandung, favourite bangsa Johor.

    ReplyDelete
  6. Mee bandung power nampak sedap Wak

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.