Jamilah Seafood Seri Alam Masai @2024 |
Isnin, 30 September 2024.
Poso dino senin.
Sabtu, 28 September 2024.
Pagi2 sudah hantar cik Jnulekasnova ke bengkel bersebelahan pasaraya Kipmart.
Turun enjin untuk pasang flywheel oil seal.
Sebab kebocoran minyak hitam sudah lama berlaku.
Khamis malam Jumaat, 26 September 2024.
Puasa hari Khamis.
Petang tadi pulang dari kantor potong rumput.
Boleh pula terlupa lagi wak parkir cikputih dimana.
Sampai wak panjat menara ada pakguard.
Dia kata sanggup pusing keliling tempat parkir yg luas semedang.
Wak cakap bagi 2 minit untuk wak tengok dulu dari atas menara tinjau.
Selasa, 24 September 2024.
Tiada yg menarik hari ini.
Cuma ke kantor potong rumput tadi wak tapau dari rumah.
Cempedak goreng, 2 biji telur separuh masak.
3 biji telur rebus.
Dan sebungkus buah epal.
Sabtu, 21 September 2024.
Pagi2 tadi sudah berlarian ke Felda Ulu Tiram.
Sebab cik AEC sudah tunggu disitu.
Sebenarnya perancangan awal wak mahu ke Bukit Belungkor.
Tapi anak lanang sing ragil malaslah pula ikut.
Jumaat, 20 September 2024.
Wak bukanlah penggemar nasi kandar.
Tapi tadi tiba2 melayang2 iklan nasi kandar Hijrah Taman Kota Masai.
Khamis malam Jumaat, 19 September 2024.
Semalam petang kan wak sudah cabut gigi.
Doktor bagi ubat tahan sakit gigi, yakni Ibuprofen.
Rabu, 18 September 2024.
Kali terakhir cabut gigi: April 2022 pulang dari Qatar.
Memang sejak beberapa hari wak sakit gusi.
Selasa, 17 September 2024.
Cuti hari maulidurasul 2024.
Pagi sudah berlarian mahu menjamah lontong.
Agak kecewa kerana nasi impit hari ini terasa peliklah pula.
Walaubagaimanapun, wak tidak mahu beritahu tuan kedai.
Sabtu, 14 September 2024.
Pagi tadi sudah berlarian mendaki bukit belakang rumah hinggap sahaja.
Dengan kenalan di FB.
Hujan lebat pula dari jam 3am.
Friday the 13th today, 2024.
Pagi tadi wak pun tiba awal di parkir.
Petang boleh pula terlupa dimana wak parkir cikputih.
3 minit juga lah tercari2 baru terjumpa.
Bro RIK yg sama2 jalan kaki dari kantor kabin no 5.
Tapi beliau melencong ke Gate no 1.
Sebab mahu imbas muka di sono.
Pun sudah temu kereta beliau duluan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Rabu, 11 September 2024.
Tengahari seperti biasa.
Berlarian ke kantin sebelah surau.
Beli buah semangka (tembikai) potong dan pisang.
Dan beli kek potong gebu dan muffin juga.
Selasa, 10 September 2024.
Semalam baru perasan.
Gate nombor 2 ditutup tetap jam 8am.
Hari ini tiba 15 minit lebih awal.
Isnin, 9 September 2024.
Puasa sunat hari Senin.
Pagi tadi dikejutkan dengan berita motor terbakar ditempat parkir.
Ada 26 buah motosikal pekerja.
Ahad, 8 September 2024.
Hari yg agak sibuk.
Semalam wak sudah sampai ke tempat parkir untuk masuk ke tasik.
Saja mahu biasakan diri.
Dan pagi2 tadi sudah berlarian lagi ke Plentong.
Ke tempat permulaan hiking ke Tasik Hijau.
Entrance to Tasik 3 Beradik Seri Alam @2024 |
Sabtu, 7 September 2024.
Pagi2 tadi sudah berlarian ke pusat servis Toyota di Plentong.
Dengan cik Jnulekasnova.
Mula2 tidak berjumpa sebab sudah lama tidak ke sini.
5 tahun [+2019] sudah sebelum Covid-19 melanda seantero dunia.
Rupanya sudah ditukar nama.
Jadi MM Hiewa Plentong.
Internal bus ride @2024 |
Khamis malam Jumaat, 5 September 2024.
Poso ne dino kemis.
(Puasa sunat hari khamis).
Pagi tadi tiba2 diarahkan untuk hadiri safety induction lagi.
Kali ini rasanya dibawah urusan projek.
Terkejar2 juga dengan mana nak cari pengimbas muka.
Tapi bila diperiksa, kursus cuma diadakan hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.
Rabu, 4 September 2024.
Pagi2 sudah berlarian ke kedai makan Zarahman.
Wak pesan lontong Masai seperti biasa.
Kemudian baru tiba bro RIK dan bro LID.
Sebab sudah temujanji dari semalam.
PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...