Dec 2, 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik


PENULIS sudah lama tidak menyertai Giveaway yang dianjurkan oleh blogger. Tapi kelmarin penulis telah berminat untuk sertai juga sebab ada hadiah komik percuma dari blogger yang kecil molek yang berbakat melukis kartun, Zyraroxx. Olehkerana penulis tidaklah pandai menyusun kata-kata, maka hanya susunan gambar-gambar poyo dari patung mainan minifigura sahaja yang dapat penulis hasilkan.

Cuma penulis musykil sedikit. Pasal 1 - lucky draw atau creative entry? Penganjur kata 'PERCUMA kepada dua orang blogger yang bertuah' atau 'entri yang paling menarik'. Harap-harap penulis tidak tertipu, punyalah penat penulis perah brain buat sketsa susun patung2 mainan, buat caption yang penulis rasa paling menarik, tup-tup janganlah nanti kata cabutan guna tin susu anak buah yang cabut. Huhu2 sakit hati siapa yg tauu kann? Tapi itu giveaway blogger lainlah, harap-harap tidak berlaku disini.

Pasal 2 - deadline tu kata 2 Disember 11.59 pm, tengahari atau tengahmalam? Risau juga, sebab penulis ini cuma pemotong rumput sekolah tidaklah nak tinggi sangat, takut tersilap baca ke apa.

Walaupun begitu, doakan sahaja semoga penulis berjaya. Majulah sukan untuk negara.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Continued to this EPISODE .

Olehkerana penulis tidak dapat menyalin (kopipes dgn right-click) ayat-ayat dari blog Zyraroxx, maka penulis taip sebiji-sebiji cara dan syarat (usaha tangga komik Zyraroxx - aminn).

Cara-cara
1- Follow blog Zyraroxx itu. - DONE
2- Buat satu entri bertajuk "ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik" - DONE
3- Tinggalkan link entry di ruangan komen kat bawah. - DONE
4- Copy and paste banner di bawah ke dalam entri: DONE



Terma & Syarat
1- Terbuka kepada blogger yang tinggal di Malaysia sahaja.
2- Merupakan follower blog Zyraroxx itu.
3- Pemilihan pemenang 100% terletak ditangan Zyraroxx tanpa prejudis, sebarang surat ugutan tidak akan dilayan.
4- Pemilihan pemenang adalah berdasarkan entri yang paling menarik menurut firasat Zyraroxx.
5- Kalau Zyraroxx dapat detect sebarang tipu helah dan penipuan, faham-faham sendirilah natijahnya.
6- Hadiah (komik) tidak boleh ditukar dengan wang ringgit atau ditukar dengan diri Zyraroxx (yang comel) atau apa-apa sahaja.
7- Blogger yang terlibat dalam penghasilan komik diharamkan dari turut serta.
8. Tarikh tutup penyertaan: Rabu | 02 Disember 2015 | 11.59 p.m. (jam Zyraroxx).

Sokong lah produk bloggers kita, hehe.

Nota lalat. Updated. 4/12/15. Alhamdulillah, nama penulis telah tersenarai paling corot (no. 43) dalam senarai mini giveaway-nya kerana penulis sengaja mengepost pada jam 11.11malam kelmarin. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Nota lalat. Updated. 7/12/15. Alhamdulillah, akhirnya pemenang ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik telah diumumkan di SINI. Terimakasih cik Zyra yang roxx itu. Budi yang baik dikenang juga. ;D

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PASANG SURUT AIR LAUT ADALAH FENOMENA ALAM YG DIPENGARUHI OLEH GRAVITASI BULAN

  Ahad, 28 April 2024. Sepatutnya wak terbang pulang ke gagang esok (Senin). Tapi banyak kerja lah pula.