Dec 1, 2015

ABANG SADO JEMUR KAIN

bukan 'Abang Sado Jemur Kain'

TELEVISYEN dirumah merpati penulis itu pun kadang-kadang sahaja penulis tonton. Lebih baik penulis kemaskini blog poyo ini daripada menonton drama dari novel yang penulis pun tidak berminat.

Sedikit info tentang drama baru yang sedang menghiasi slot Iris TV3 dengan drama berjudul 'Abang Sado Jemur Kain'. Menampilkan lakonan Shah Jaszle, Janna Nick, Lan Siro dan Cat Farish. Abang Sado Jemur Kain sedang bersiaran dari 16 November 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang hanya menerusi saluran TV3. Mengisahkan Marzuki (Shah Jaszle), Budin dan Riduan (Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu. - Infotaip

Dan sekarang ini penulis terpaksa menjadi penjaga sementara 2 ekor kura-kura anak wedok. "Kura-kura tu jangan lupa kasi makan 10-20 bijirin pagi dan petang," anak wedok memberitahu, "dan tukar airnya 3 hari sekali kot. Bah, pakai air paip yg de filter atau air mineral. Paras air agak2 sama tinggi dgn kura-kura sbb takut shell dia kering jd putih."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

"Be careful with the big tortoise, it will bite your fingers."

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PASANG SURUT AIR LAUT ADALAH FENOMENA ALAM YG DIPENGARUHI OLEH GRAVITASI BULAN

  Ahad, 28 April 2024. Sepatutnya wak terbang pulang ke gagang esok (Senin). Tapi banyak kerja lah pula.