Dec 2, 2015

KAK YAN TAK PUAS HATI



KELMARIN penulis telah senaraikan Top Commentator untuk bulan November 2015 yang penulis guna data dari automatik widget yang terletak dibawah blog ini. [+ ramas Link] Dan ramai kawan-kawan penulis tidak percaya bahawa kak Yan mendahului carta dengan 104 komen, termasuklah yang empunya diri. (Kak Yan janganlah marah dan ambil hati naa, penulis cuma ingin buat pencerahan sedikit.) Olehkerana itu, penulis mengira semula satu persatu komen-komen yang kak Yan telah catatkan dalam blog penulis yang biasa-biasa sahaja ini. Untuk perbandingan juga, penulis kira sekali pesaing terdekat beliau iaitu kak Pah (69).


         iryanty          paridah
31-Oct 1 1
1-Nov 5 2
2-Nov 0 3
3-Nov 4 2
4-Nov 3 3
5-Nov 0 3
6-Nov 2 2
7-Nov 0 1
8-Nov 0 2
9-Nov 12 2
10-Nov 0 2
11-Nov 0 3
12-Nov 6 2
13-Nov 5 3
14-Nov 0 1
15-Nov 10 0
16-Nov 0 2
17-Nov 0 2
18-Nov 6 3
19-Nov 0 2
20-Nov 10 3
21-Nov 2 2
22-Nov 3 3
23-Nov 5 2
24-Nov 11 3
25-Nov 5 1
26-Nov 6 2
27-Nov         2
28-Nov 2 5
29-Nov 3 4
Total 101 68
Widget 104 69



Walaupun tidak tepat, tapi kiraan penulis juga hampir sama dengan kiraan widget dibawah. Tidak seperti kakPah yang komen hampir setiap hari, kakYan akan datang berkomen selang beberapa hari tetapi meletakkan komen secara pukal. Diingatkan juga bahawa bulan lepas (November 2015) penulis telah menyahut cabaran diri sendiri dengan meletakkan 4 entri dalam satu hari. Jadi dalam sebulan, ada 120 entri sahaja. Maknanya, kak Yan tidak komen sekurang-kurangnya 12 lagi entri, dan ada entri yang kak Yan komen 2-3 komen sekali. Terimakasih sekali lagi kepada kak Yan dan kak Pah dan kawan-kawan yang lain yang juga tidak tersenarai. Majulah sukan untuk negara.

Penulis berharap semua pihak berpuas hati. Kata orang tua berpesan, "kalau makanan sedap bagitahu kawan-kawan, kalau tak sedap sila bagitahu tukang blog."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PASANG SURUT AIR LAUT ADALAH FENOMENA ALAM YG DIPENGARUHI OLEH GRAVITASI BULAN

  Ahad, 28 April 2024. Sepatutnya wak terbang pulang ke gagang esok (Senin). Tapi banyak kerja lah pula.