Feb 18, 2023

MELEPAS RINDU NONTON KONSER DI LIPPO MALL KEMANG

Lippo Mall Kemang @2023

 Sabtu, 18 Februari 2023.

Hari ini dikerahkan ke kantor potong rumput.
Demi sesuap nasi dan sebongkah berlian.
Huhu.

Malam pula wak berlarian ke Lippo Mall Kemang.
Jalan2 cari angin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

BARANG SIAPA MENGERJAKAN SOLAT JUMAAT PADA HARI SABTU IA ADALAH ORANG YG TERSESAT

Friday prayer at RSPP @2023

Jumaat, 17 Februari 2023.

Tiada yg menarik hari ini.
Cuma agak sibuk dengan urusan kerja potong rumput di kantor.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 17, 2023

NASI LEMAK ENAK YG VIRAL DI PONTIANAK

 

Nasi lemak Pontianak @2023

Khamis malam Jumaat, 16 Februari 2023.

Entri nasi lemak tapi tiada kaitan dengan gambar diatas.

Semalam wak borak2 kosong di kantor dgn bro RAZaman 
Sekarang kami sudah dapat merasakan nasi lemak Malaysia.
Rasa asli nasi lemak yg sama seperti di tanahair.
Dgn aroma dan rasa santan, kacang, ikan bilis goreng dan timun potongnya.
Dan sambalnya yg ga pelit.

Biasa kami akan pesan Grabfood sahaja.
Nasi lemak 25 dari Gandaria itu.

Dan setiap hari Minggu (Ahad).
Boleh sahaja ke stasiun MRT Setiabudi ada gerai  nasi lemak Malaysia 🇲🇾. 

Teringat wak masa mula2 dulu sampai di Jakarta.
Terpaksa berlarian ke restoran Malaysia Paparich di Lippo Mall Kemang.
Gara2 mahu menjamah nasi lemak.

Ooh.
Tadi jam 10 pagi.
Wak dgn mgr AYU berlarian ke Indomaret.
Dia nak beli jajan katanya.
Lagipun sakit tekak dan kahak wak masih belum pudar.
Wak beli sirup obat batuk Jahe Madu sahaja.
Rasa halia pahitnya mcm nk mamfus.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Vicks' Formula Jahe Madu @2023


Feb 16, 2023

KACANG TANAH MAMPU MENEKAN PERTUMBUHAN KANKER DAN MENGURANG RESIKO PENYAKIT JANTUNG

Rempeyek Kacang Tanah @2023

Rabu, 15 Februari 2023.

Pagi tadi rakan sekantor ada bawa rempeyek kacang tanah.
Rasa yg sama seperti di Masai.
Banjir dengan taburan kacang tanahnya.
Tiada ikan bilis tapi.
Punyalah banyak diletak dalam bakul rotan.
"Peyek dari Semarang, " kata pak gaTYO itu.

Movie lalat.
Breaking 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 15, 2023

RICKY RIZAL DIVONIS 13 TAHUN PENJARA DI KASUS PEMBUNUHAN BRIGADIR JOSHUA

Sepapan telur (46rb, rm15) dan 5 biji epal (52rb, rm16) @2023


 Selasa, 14 Februari 2023.

Bulan Ogos tahun lepas bila wak mula2 tiba di Jakarta ini.
Dikejutkan dengan berita pembunuhan polis oleh polis juga.
Link: Kasus Pembunuhan Brigadir Joshua.

Kes pembunuhan pengawal peribadi.

Semalam semasa wak berjalan ke kantor potong rumput.
Nampaklah juga ramai pemberita di luar perkarangan Kejaksanaan Agung (Mahkamah Tinggi).

Sekarang 6 bulan akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman.
Semalam dikatakan dihukum mati juga.
Tapi hari ini cerita lain.
Hanya dijatuhkan penjara 13 tahun.
Ini belum lagi ke mahkahmah rayuan.
Ramai yg tidak puas hati.
Nak heran tapi nikan Indonesia.

Cerita lalat lain.
Balik dari kantor tadi.
Wak singgah di supermarket di Blok M Plaza itu.
Teringin mahu makan buah epal hijau.

Kamus lalat.
Divonis = dijatuhkan hukuman oleh mahkamah

Movie lalat.
Sundown 2021. Neil (Tim Roth) dan Alice Bennett adalah inti dari keluarga kaya yang sedang berlibur di pantai Acapulco, Mexico sampai keadaan cemas yg tegang mempersingkatkan liburan mereka. Ketika satu ahli kerabat mengganggu tatanan keluarga yg erat, ketegangan yang membara meningkat ke permukaan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Fountain of Blok M Plaza @2023

Feb 13, 2023

INFO LENGKAP WISATA KE NEGERI DIATAS AWAN

Rumah Sehat Patah Tulang Haji Naim @2023

 Isnin, 13 Februari 2023.

Petang tadi wak sudah temankan bro NAZiri.
Ke Rumah Sehat Patah Tulang Haji Naim yg terletak di Cilandak, Jakarta Selatan.
Tujuan untuk mengurut bahunya yg terseliuh sejak sekian lama.

Urusan yg mudah dan cepat.
Tidak perlu temujanji.
Datang dan terus di layani dengan segera.
Diurut secara tradisional dgn ayat2 suci al-Quran.

Sungguhlah ramai orangramai berduyun2 datang.
Dari mana-mana orang datang.
Dari bukit orang menurun.
Dari lurah orang mendaki.
Yg buta datang berbimbing.
Yg lumpuh datang berdukung.
Yg patah datang bertongkat.

Upah urut seikhlas hati. 100rb

Cerita lalat lain.
Prelude rencana pengembaraan ke negeri diatas awan, Banten.
1. Cara Menuju Negeri di Atas Awan yg hanya 3 jam dari Jakarta - LINK.
2. Info Lengkap Gunung Luhur Desa Citorek, Negri Diatas Awan Lebak Banten - LINK.
3. Mau Ke Negeri Di Atas Awan Yang Ada Di Citorek, Gunung Luhur, Lebak Banten? LINK
Rencana mahu berpetualang ke desa Citorek agak mencabar. Tiadanya pengangkutan awam dan tempat yg agak jauh dari pekan2 lain. Tapi kan wak suka tantangan? Harap2 tidak terkena scam lagi.

Movie lalat.
Rush Hour 3 2007.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rumah Sehat Patah Tulang Haji Naim @2023
Rumah Sehat Patah Tulang Haji Naim @2023
Google map route to Negri Di Atas Awan Banten @2023

SIRUP OBAT BATUK WOODS NATURALS MEREDAKAN BATUK DAN MELEGAKAN PERNAFASAN

Woods' Naturals @2023

Ahad, 12 Februari 2023.

Hari ini tidak keluar berjalan kemana.
Pening kepala belum kebah.
Sakit tekak dan batuk kahak hijau pun mula bermaharajalela.

Cuma petang tadi ke Alfamidi (ie 7-11).
Yg sepelaung sahaja dari kost penginapan ini.
Beli ubat batuk Wood's itu. 26,5rb

Movie lalat.
Rush Hour 2 2001.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 12, 2023

BISMILLAH KUNIKAHI SUAMIMU (POSTER)

Near Halte Bundaran Senayan @2023

 Sabtu, 11 Februari 2023.

Pagi tadi jam 10 wak sudah berlarian ke kantor potong rumput.
Pulang dari kantor jam 4 sore. 

Hari ini juga hari konvo anak lanang wak itu.
Wak baru perasan ada siaran langsung di internet.
Tapi sudah terlepas.
Nasib baik ada rakaman juga.

Sebenarnya rencana wak mahu nonton wayang Autobiography 2023 di Blok M Square sahaja.
Tapi waktu tayangan jam 9.15 yg agak kemalaman.
Jadi langsung wak berlarian naik bis no 1 ke Bundaran Senayan.
Mahu nonton wayang Indonn itu di Plaza Senayan yg bermula jam 5.55pm.
Cerita drama biasa2 tapi penuh konflik juga. 


Sinopsis Autobiography 2023.
Rakib bekerja menjaga rumah kosong milik seorang pensiunan bernama Purna. Suatu hari, Purna pulang kampung untuk mencalonkan diri menjadi bupati di daerah kampungnya. Rumah yang Rakib jaga kini tidak lagi kosong. Setiap hari, ia menemani Purna ketika melaksanakan sejumlah kegiatan sebagai calon bupati, termasuk berkampanye dan memasang spanduk. Rakib melihat sosok seorang ayah yang ia dambakan dalam diri Purna, hingga sebuah kejadian tak terduga mengubah semua pandangannya tersebut.

Review lalat tentang Autobiography 2023.
Cerita bermula biasa2 aja tentang hubungan Rakib dan pak Purna. Yg kemudian menjadi tragedi berdarah yg mengubah segala persepsi hormat Rakib pada pak Purna yg dianggap sebagai ayah. Drama yg tidak bosan tapi seperti biasa tentang akhiran yg tergantung. 3.5/5 bintang.

Movie lalat. Moneyball 2011.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Recording of live streaming of aQi's convocation today @2023 Link


Plaza Senayan @2023
Poster of Bismillah Kunikahi Suamimu
Cinema XX1 Plaza Senayan @2023
Halte Bundaran Senayan @2023
Halte Bundaran Senayan @2023

Feb 11, 2023

WANING GIBBOUS TERJADI TANGGAL BERAPA

Waning Gibbous moon phase this morning @2023

Jumaat, 10 Februari 2023.
Bersamaan tanggal 18 Rejab 1444.

Waning gibbous, terjadi di tanggal 17,18 dan 19 qamariah (kalendar bulan).
Fase ini ditandai ketika bulan setengah ukuran penuh. 

Movie lalat. The Man who Knew Infinity 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 9, 2023

GAS LPG 3 ADALAH BARANG BERSUBSIDI SEBENARNYA HANYA UNTUK MASYARAKAT MISKIN

Jalan Panglima Polim @2023

Khamis, 9 Februari 2023.

Semalam sore semasa pulang dari kantor potong rumput.
Bro asyRUL telah singgah di kedai elektrik Blok M Square itu.
Bro beli kompor gas 1 tungku.
Kelmarin beliau beli kompor listrik yg lambat sistem pemanasannya.

Dan wak baru tahu tong gas hijau 3 kg itu.
Hanya dijual untuk peniaga jalanan sahaja.

Ooh.
Pagi tadi wak terasa tidak sihat badan.
Tiba dikantor pun sudah pening kepala.
Makanya wak pun pulang ke kost.
Wak pesan Grabbike.

Di kost, wak telah ubat selesema dari Malaysia.
Dan juga paracetemol.
Wak tidur sehingga jam 2 sore.

Movie lalat.
Against The Ice 2022.
The Ambush 2021 (UAE).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KARTU BIS TERTINGGAL DI KOST

A chair by the roadside @2023

Rabu, 8 Februari 2023.

Pagi semalam ingatkan mahu naik bis no 1.
Rencana mahu turun aja di halte CSW Asean itu.
Tapi wak terlupa bawa kartu busway pula.
Makanya harus berjalan kaki aja ke kantor potong rumput.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

BELAKANG RUMAH ADA KLCC 2024 DAN TOPI "BERAK" SEKARANG JADI TRENDING

Jalan Daud Kampung Baru @2024   Jumaat, 4 Mei 2024. Pagi sudah berlarian ke Jalan Daud. Wak cuba nasi lemak Kak Chuk. Tapi tiada lauk kerang...