Sep 29, 2022

BROKEN BRIDGE SUNRISE

Putrajaya this morning @2022

 Khamis, 29 September 2022.

Pagi2 subuh sepi-e wak sudah berlarian ke seberang tasik.
Berhadapan masjid besi itu.

Memang pun wak bercadang mahu singgah di tasik Putrajaya ini.
Sebelum ke kantor potong rumput wak di Cyberjaya itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PERBEDAAN TAJ MAHAL DENGAN ROS MAHAL

On Jalan Tun Razak heading south to MEX highway @2022

Rabu, 28 September 2022.

Hari ini berlarian ke kantor potong rumput.
Limpas menara Ros Mahal di kompleks Tun Razak Exchange itu.

Sebenarnya kedua2 bangunan (Taj Mahal & Ros Mahal) itu dibina untuk isteri yg kucingtai'.

"Tun Razak Exchange, atau dikenali sebagai TRX adalah pembangunan seluas 70 ekar oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur untuk kewangan dan perniagaan antarabangsa."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 27, 2022

LOTUS'S AMPANG

 

Lotus's Ampang @2022

Link: 12 years ago was - Tesco Ampang.

Selasa, 27 September 2022.

Hari ini kerja dari rumah.
Mesyuarat tingkap dari pagi hingga ke sore.
Tiba2 laptop Dell kepunyaan syarikat yg baharu pula tergantung (baca, hang).
Sudahlah tidak jumpa butang kematian (baca, power on off).
Aiyahh.

Malam ke pasaraya Lotus's Ampang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 26, 2022

WHAT SUKE, AKLEH & MEX HIGHWAYS HAVING IN COMMON

 

Plaza Tol Ampang (SUKE) this morning @2022

Isnin, 26 September 2022.

Pagi2 sudah menyusuri 3 lebuhraya menuju ke kantor potong rumput di Cyberjaya.
Lebuhraya SUKE, AKLEH dan MEX.
Kesemua lebuhraya ada tol belaka.
Tiadalah yg tiada tol, selain kesemuanya ada tol.

Sebenarnya Waze yg menyuruh wak ke lebuhraya SUKE yg baharu itu.
Berpusing2 dan berpatah balik ke jalan yg biasa.
Kalau ikut jalan lama pun boleh sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 25, 2022

URUT URAT SARAF SATU BODI

 

Traditional massage at pak Alang Yusof @2022

Sabtu, 25 September 2022.

Malam wak sudah berlarian kerumah tukang urut di kampung nelayan.
Satu badan diurut selama sejam setengah.
Pengerasnya adalah 25 sen dan selebihnya sedekah ikhlas katanya.
Aminn ya robbal alamein.

Dan selepas itu kerumah tukang urut satu lagi.
Menyaksikan tukang urut sedang mengurut telur pesakit angin pasang.
Kena urut 3 malam berturut² katanya.
Pengerasnya bersyarat yg sama - 25 sen dan selebihnya ialah sedekah ikhlas. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 24, 2022

PARIT SATU BAGAN TERAP SUNRISE

Jalan Parit 1 Bagan Terap sunrise @2022

 Sabtu, 24 September 2022.

Pagi2 sudah berlarian ke tefian sawah pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jalan Parit 1 Bagan Terap sunrise @2022
Petang berlarian ke menara condong jumpa sahabat lama.

Menara Condong Teluk Anson, Teluk Intan @2022
With an old friend - aTan @2022

Sep 23, 2022

MASJID RAJA HAJI FI SABILILLAH CYBERJAYA

 

Masjid Fi Sabilillah Cyberjaya @2022

Jumaat, 23 September 2022.

Tengahari ini bersolat jumaat di masjid Fi Sabilillah sahaja.
Tidaklah jauh dari kantor potong rumput ini.
Cuma tadi bila keluar dari perkarangan parkir masjid sahaja yg lama.
Disebabkan kemacetan oranglain parkir sesuka hati menghalang lalulintas. Sudahlah keluar dari masjid dia yg paling lambat. Mungkin banyak dia berdoa tadi. Aminn. 

Sejarah lalat.
Masjid ini diambil namanya daripada nama Raja Haji Fi Sabilillah Ibni Upu Daeng Chelak (1727-1784), iaitu adinda kepada Raja Lumu Sultan Selangor Pertama-Sultan Salehuddin (1756-1777).
Raja Haji pernah memerintah Kepulauan Riau pada tahun 1747-1777 dengan gelaran Yam Tuan Muda Riau ke -4. Seorang pemerintah yang adil dan sangat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Baginda merupakan satu-satunya pahlawan Bugis yang telah menjelajah hampir ke seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu termasuklah negeri Selangor. Bersama-sama anak saudaranya, Sultan Ibrahim, Sultan Selangor kedua, Baginda mempertahankan kota Kuala Selangor daripada serangan Belanda. Pada tahun 1784, Baginda telah memimpin angkatan perang Melayu dan Bugis untuk membebaskan Melaka daripada penjajahan Belanda. Usaha ini merupakan salah satu jihad ke jalan Allah bagi memelihara dan mengembalikan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





HOW SIMILAR ARE TWO PERSONS BORN ON THE SAME DAY AND THE SAME YEAR

  Photo taken by mgr AYU @2024 Selasa, 30 April 2024. Tengahari tadi wak sudah keluar ke pekan Tanjung Uncang bersama mgr AYU . Pak NGA ti...