May 11, 2021

AN UNKNOWN TOWN CALLED KELAPA SAWIT (OIL PALM)

Kelapa Sawit is a town between Kulai and Simpang Renggam Johor @2021.


Petang usai mesyuarat tingkap yg lamanya hampir 2 jam.
Penulis pun berlarian merentas negeri.

Limpas pekan kecil bernama Kelapa Sawit.

Movie lalat. 15 Minutes of War, 2019 (French: L'intervention).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 10, 2021

HEAVY RAINS, THUNDERSTORM IN THE EVENING

Hot wheather now, but there will be heavy rains, thunderstorm soon later.


Sekarang cuaca agak panas di waktu pagi dan tengahari.
Tetapi disebelah petang pula akan turun hujan lebat dan ribut.

Cerita lain.
Tulat sudah raya.
Seperti tahun lepas, kuih raya juga tidak banyak dibeli.
Itupun untuk makan sendiri.

Movie lalat. Dangal 2016.


Sinopsis -seorang bekas penggusti negara idamkan anak lelaki utk mewarisi bakat sbg penggusti dan meraih pingat emas utk negara. Pelbagai cara untuk membuat anak lelaki, ie atas bawah kiri kanan depan belakang semua. Tapi malangnya kesemua anak2nya yg lahir adalah perempuan. Jadi kebetulan disebabkan satu peristiwa beliau nampak ada kebolehan pada 2 org anak pompuan yg dewasa. Jadi dia pun melatih mereka bermatian.
Komen lalat - mmg cerita drama, skrip, sinematografi yg terbaik. Aamir Khan sbg penerbit & pelakon utama juga terbaik - dari muda berbadan sado hingga ke tua perot buncit. Meleleh airmata penulis sepanjang durasi filem hampir 3 jam. Aduhai. Jap, penulis nak ambil tisu.
Sape penah layan filem Aamir Khan yg lain spt 3 Idiots dll?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pineapple tart home cookies
Various raya cookies @2021

May 9, 2021

SEMUA AKTIVITI RENTAS NEGERI & DAERAH TIDAK DIBENARKAN TANPA SURAT POLIS TAPI

This is a new instruction.
The followings are not required to have police permit to cross state/district during this raya festival.


Tengahari tadi penulis sudah berlarian ke balai polis berdekatan.
Untuk rentas negeri sebelum raya.
Alhamdulillah urusan dipermudahkan seperti biasa.

Movie lalat. Bugsy 1991.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 8, 2021

ANOTHER RETAIL APOCALYPSE - WINNIE PLACE

An abandoned shopping mall, Winnie Place, Jalan Sungai Chuah, Kajang @2021


Hari ini sepatut penulis merentas negeri lagi.
Tapi kerja memotong rumput harus didahulukan.

Pasal gambar pusat beli-belah Winnie Place tinggalan diatas.
Ekonomi negara sedang teruk sekarang.
Bersyukurlah pada sesiapa yg masih punya rumput untuk dipotong.

Dan kes baharu wabak covid-19 mencecah angka tertinggi (4498) hari ini.

Movie lalat. Spotlight 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 7, 2021

VIRAL PANTUN CINCAU MALAM JUMAAT DAN USTAD SOMAD KAHWIN LAGI

sumber: internet
Penulis pun terjebak dengan pantun cincau ini.
Kecoh sehari dua ini pasal cincau sehingga dibuat pantun oleh netizen. Sebenarnya inilah asal usul fenomena cincau ini bermula dan atas sebab apa.
Sila baca hingga habis.  

Ketika sesi soal jawab bersama Menteri Keselamatan, seorang wartawan (gambar dari internet diatas) telah menarik perhatian orang ramai apabila membangkitkan isu rentas negeri oleh golongan tertentu. Jelasnya kerajaan harus lebih tegas mengenai isu ini.

"Kita tak mahu lagi rentas negeri melibatkan orang kenamaan, orang terkenal bagi alasan tidak munasabah. Contohnya ke Melaka membeli cincau misalnya. Nak ke Pulau Pinang membeli pasembur misalnya. Mungkin Datuk Seri boleh bagi jaminan dan penjelasan yang tegas kepada semua rakyat Malaysia supaya patuh pada SOP dan tiada sesiapa diberi kebenaran untuk rentas negeri."


Ini videonya:


Kenapa cincau? Betul kah ada orang jual cincau di Melaka? Orang Melaka sendiri pun tidak pasti. Macamlah tiada cincau terbaik di bukit belacan kann.
Sebab itulah alasan membeli cincau di Melaka tidak masuk akal. Lainlah kalau meLangkawi batas atau meNilai karpet kann.  Makcikkiah khannns. 

Pergi ke cincau membeli kedai,
Membeli cincau pergi ke kedai,
Kedai membeli cincau ke pergi, 
Pergi ke membeli cincau kedai, 
Ke pergi kedai cincau membeli,
Cincau membeli pergi ke kedai.

Ehh. Dah jadi entri merapu lah pula. ;p

VIRAL LAIN: USTAD SOMAD KAHWIN LAGI
Ramai sudah tahu ustad somad sudah bernikah baharu.
Isteri muda gadis jeliter umur 19 tahun.
Kalau ustad pun nak pilih gadis muda, habis yg umur 40an tu saper pula yg nak uools.
Tetapi tidak ramai yg tahu pasal mantan isteri ustad somad.
Mereka sudah bercerai pada 3 Disember 2019.
Itu sahaja penulis melaporkan.
Harak maklong.
ps. Tapi ada je orang tak  kenal siapa Ustad Somad. Hawauuu.
Atau buat2 tak tau? Jeless lettewww., 

sumber: internet

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 6, 2021

FIVE - STESEN MINYAK MINI BAHARU

Five Petroleum in Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang @2021


Tiada yg menarik hari ini.
Cuma ada tiga tugasan memotong rumput yg besar dan hebat.
Namun, blog harus dikemaskini setiap hari kan. ;p

Ooh. Gambar stesen minyak Five yg baharu sekitar Selangor DE.
Rasanya menggantikan stesen minyak BHP di pekan2 kecil sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 5, 2021

TOYOTA SPELLING CHANGE FOR LUCKY NUMBER REASON

Familiar numbers to me plated on Toyota, Sungai Besar @2021


Tahukah pembaca?
Nama Toyota (トヨタ) datang daripada nama keluarga pengasas Toyota, iaitu Sakichi Toyoda. Nama lama Toyoda ditukar kepada Toyota kerana perkataan Toyoda dalam tulisan katakana Jepun perlu 10 strok untuk menulisnya. Toyota pula hanya perlu 8 strok, dipercayai membawa tuah.

Selain itu Toyoda sendiri membawa maksud sawah padi yg subur dan keluarga Toyoda berpendapat lebih baik mereka tukar nama jenama perniagaan kereta mereka kepada Toyota, takut nanti ada orang tersilap ingat perniagaan mereka berasas sumber tani.
- sumber Wikipedia.

豊田章男の祖父が1937年に会社を設立したとき、彼は最後の音節を柔らかくするために彼の名前の最後の子音を「t」に置き換えました。
しかし、より良い音が唯一の理由ではありませんでした。会社名を書くのに8回の筆運びが必要ですが、創業者の名前を書くのに10回の筆運びが必要です。日本では8はラッキーナンバーです。
それが書かれているように、文字のより広い基盤は将来の成長と繁栄を象徴しています。
また、創業者の名前は文字通り「肥沃な田んぼ」を意味します。そして、同社は革新と製造能力を通じて成功を望んでいました。

Ooh. Gambar2 penulis hari ini hanyalah kebetulan sahaja.
Dan angka pada odometer kereta Toyota Rush rakan penulis itu pun sudah capai 8888 km jauhnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 4, 2021

HOW TO USE A LAPTOP IN A CAR

Working from home and working on the road, Hospital Sabak Bernam @2021


Sebab ada urusan seri paduka baginda.
Tengahari penulis terpaksa jalani mesyuarat tingkap dalam kereta.
Nasib baik tidak perlukan sangat penggunaan komputer riba.

Dan mesyuarat tingkap juga boleh dilakukan menggunakan telefon  bimbit cap aiyam sahaja.
Sambil menyelam sambil potong rumput.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 3, 2021

SELAMAT PAGI SAWAH PADI

Paddy fields at Jalan Tali Air 2, Sungai Burung, Tanjung Karang @2021


Pagi2 penulis sudah berlarian ke pusat servis kereta Toyota.

Sempat singgah berhenti ditepi longkang.
Ambil gambar sawah padi di waktu matahari terbit sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 2, 2021

ASAL USUL NAMA SABAK BERNAM

Welcome to Sabak @2021
Asal usul nama Sabak Bernam.

Mengikut apa yg telah dapat dikumpulkan daripada orang2 tua di Sabak Bernam, bahawa nama Sabak Bernam ini adalah berpunca dari perkataan 'Sahabat Berenam'. Menurut ceritanya, adalah diketahui bahawa terdapat seramai enam (6) orang yg bersaudara telah mudik ke hulu Sungai Bernam dan mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 1, 2021

ZERO KILOMETER KUALA SELANGOR

Dataran Malawati Kuala Selangor @2021
1 haribulan Mei adalah hari pekerja.
Tapi pada zaman pandemik wabak virus covid 19 ini janganlah bersantai sangat.

Tengahari penulis sudah berlarian ke kuala.
Mencari batu penanda kilometer kosong pada mulanya agak mencabar.
Walaupun sudah didepan mata.

Hujan atau panas.
Blog harus diteruskan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....