Apr 13, 2021

BUTTERFLY PARK & KILOMETER ZERO

Morpho Helena (M)


Sebenarnya penulis sudah lama mahu berlarian ke taman rama-rama.
Dulu Taman Rama-rama Melaka tapi tidak kesampaian.
Kerana sekatan jalanraya betul2 didepan taman tema itu.

Petang tadi penulis pun berlarian ke Taman Rama-rama Key Ell.
Dapatlah tangkap dua tiga keping gambiran.
Susah dan mencabar juga ya mahu menangkap gambar rama-rama yg senantiasa terbang.

Selepas itu, penulis pun berlarian ke dataran Merdeka.
Olehkerana pelancong luar negara pun tidak kelihatan.
Maka mengambil gambar ditengah2 dataran adalah menyenangkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Taman Rama-rama KL @2021
Di Dataran Merdeka @2021:
Dataran Merdeka KL @2021
Di Tesco Ampang:

Tesco Ampang

Apr 12, 2021

PENCAWANG DENGAN AWAN PALSU

Pinggiran putrajaya at Warung Bunian this morning, clouds by motionleaps @2021

Gambar pencawang dengan awan tebal berarak diatas penulis guna apps motionleaps.
Gambar pencawang dibawah penulis sunting guna photoshop sahaja.
Untuk lihat gambar asli tanpa awan dan langit membiru, sila sailang legar tetikus pembaca diatas gambar ya.
Jika pembaca guna smartphone yg canggih lah sangat, sila tekan atas gambar dan luar gambar untuk lihat perbezaan.
Jangan cakap penulis tidak sailang payung.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Please hover your mouse to see before and after edit.


Pinggiran putrajaya at Warung Bunian this morning, clouds by motionleaps @2021

Apr 11, 2021

LUKA LAMA BERDARA KEMBALI, LUKA YG BARU NAK LETAK MANA UOOOOLS

suddenly there was a scratch on my hand, D'Brothers Kitchen Hulu Langat
Tiba2 ada calar di tangan penulis ketika berada di dalam kedai makanan barat itu senja tadi.
Penulis pun tidak pasti dimanakah penulis dapatkan calar tersebut.

Jangan risau. 
Calar sedikit sahaja. 
Dalam hati siapa yg tahu.
 
Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 10, 2021

TEH TARIK BERSAMA TUN MAHATHIR 2021

Petronas twin towers this morning @2021
Amaran lalat. Ini entri panjang.
Gambar pun banyak2.

Pagi2 subuh sepi-e.
Penulis sudah berlarian ke bandaraya.
Ada beberapa urusan seri paduka baginda yg harus diselesaikan.

NASI LEMAK MOTOR
Penulis mula2 mahu makan nasi goreng damai.
Tapi gerai arwah makcik itu tidak dibuka pula.
Jadi penulis ke Kampung Baru.
Teringin makan nasi lemak pula.
Penulis pesan nasi lemak daging dengan telor goreng.

AMANAH RAYA
Usai sarapan, penulis berlarian ke bangunan Amanah Raya pula.
Untuk kemaskini surat wasiat.
Usia makin sedikit.
Harta makin surut.
Kaum kerabat makin bertambah.

LORONG HAJI TAIB
Bukan mahu cuci screwdriver ya.
Ammvoiii.

KWSP JALAN RAJA LAUT
Mula2 mahu keluarkan duit di akaun 2.
Tapi pegawai gadis itu kata tidak boleh kalau sudah keluarkan sebelum ini.
Jadi penulis mahu keluarkan pula isinar.
"Kalau wak nak kuar isinar, boleh buat online je," kata gadis itu.
"Tapi kena install dulu apps i-akaun," katanya lagi.
Yo wes.
Penulis pun berangkatlah pulang.

MESYUARAT TINGKAP
Tengahari penulis kena cari pelabuhan (port) terbaik.
Untuk hadiri mesyuarat tingkap.
Di pusat beli belah itu, penulis tanya pelayan Kluang Station.
Yg penting mesti ada punca elektrik untuk laptop penulis.
Jadi, berlabuhlah penulis di kafe itu beberapa jam.

SOLAT JUMAAT
Penulis cuba nasib masuk ke surau di balai polis Dang Wangi.
Parkir kereta di Sogo dahulu.
Dulu pernah tidak kesampaian disini. [+ mission accomplished]
Hari ini berjaya juga.
Tapi penulis bersolat di parkir bertingkat.
Alhamdulillah.

KL SENTRAL
Penulis terpaksa batalkan.
Atas sebab2 yg tak boleh disebut disini.

BALAI SENI JALAN TUN RAZAK
"Ya wak, ditutup..." kata pakguard, "sampai bulan November nanti."
Yo wes.
Penulis pun cari muzium lain.

MUZIUM KESENIAN ISLAM LAKE GARDEN
Alhamdulillah. Muzium dibuka.
Tiket masuk rm14 untuk dewasa.
Banyak gambar2 penulis tangkap dibawah ya.
Walaupun banyak lagi dewan pameran yg penulis tak sempat terjah.
TEH TARIK BERSAMA TUN MAHATHIR
Sungguh penulis tidak sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Belum habis penulis melawat keseluruhan pameran di muzium kesenian Islam itu.
Tiba2 penulis perasan ada kumpulan kecil di kafe muzium.
Dan terkezut juga penulis bila mantan PM iaitu Tun M ada disitu.
Teh tarik bersama Tun Mahathir - tertulis bunting ditepi pintu kafe.
Penulis pun apa lagi.

Secepat kilat pun tangkap gambiran tun.
Mula2 tiada yg halang.
Tapi beberapa detik kemudian.
Adalah ahkak lampir ini sudah teriak pada penulis.
"Wak tak boleh amek gambar!" kata ahkak lampir, "sila padam sekarang!" jerkahnya lagi.
Fuyoh.

Bila penulis mencari maklumat dalam socmed.
Pun tiadalah informasi.
Yo wes lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 9, 2021

KALAU NAK GUGUR, GUGURLAH NANGKA

The only photo I took today
Salam malam jumaat kawan2 penulis semua2 lah.

Hari ini cuma satu gambar penulis tangkap.
Sebagai kenangan untuk masa hadapan.

Kalau nak gugur, gugurlah nangka,
Jangan terkena si pohon pauh, 
Kalau nak lelap, lelaplah mata, 
Jangan dikenang orang yang jauh.
 
Ooh. Malam tadi penulis tidur agak awal.
Tapi terkezut ditengah2 malam gulap guliter.
Terpusing mengiring kiri dan kanan.
Terkebil2.
Solat tahajud juga.
Masih tidak boleh lelap.

Movie lalat. Never Rarely Sometimes Always 2020.
Tajuk seperti cerita Nujum Pak Belalang.
Kalau 1 banyak2, 2 sikit2, 3 jarang2; 4 kadang2.
Sinopsis: 2 gadis remaja yg ingin berkahwin menggugur kandungan tanpa izin isteri tua ibubapa diluar daerah. Kena merentas negeri. Ghitewww.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 8, 2021

ZAHID HAMIDI NAFI RAKAMAN AUDIO DENGAN ANWAR

McDonald's restaurant, Ampang Point


Tajuk asal. Fakta Halal Mekdi.
Tengahari usai mesyuarat tingkap penulis pun berlarian ke Ampang Point.

Singgah makan tengahari dahulu.
Makan burger keju berganda (ie, double cheese burger) sudah.
Maaf, tiada gambar burger pula.

Ehh. Tajuk tular diatas hanyalah hiasan semata2.

Movie lalat. Restraint 2008.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 7, 2021

LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI DAN URUSAN DIRI SENDIRI

Zamzam water
Usai mesyuarat tingkap tengahari penulis pun berlarian ke KLCC.

Untuk beli air zam zam.
Sebotol (600liter) air zam2 pun sudah rm15.
Dan sempat makan tengahari nasi campur di kafe Tabung Haji itu.

Lepas itu, penulis pun berlarian ke mini UTC Keramat.
Untuk urusan tukar surat beranak lama.
Tapi apakan daya, buah cempedak nak jadi nangka.
Semua urusan JPN hanya melalui temu janji sahaja.
Yo wes.

Lepas itu, penulis berlarian ke TBS.
Konon mahu mencari kurma segar.

Movie lalat. My Comic Shop Country 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Ampang Point
Menara Tabung Haji Jalan Tun Razak
Menara Tabung Haji Jalan Tun Razak
Menara Tabung Haji Jalan Tun Razak
Opposite mini UTC Keramat, KL
Under SUKE elevated new highway - still under construction

Apr 6, 2021

IF YOU MISS YOUR EXIT, KEEP GOING FORWARD TO RUMAH JANDA

Mistakenly took a highway exit to AKLEH ;(
Pagi tadi semasa berlarian di lebuhraya MRR2.
Bila mahu keluar ke Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang Jaya.
Olehkerana disebabkan pembinaan lebuhraya SUKE sedang rancak berlaku.
Dan penghalang plastik merah putih dipacak rapat2.
Tiba2 penulis termasuk awal pula ke lebuhraya AKLEH.
Aiyah.

"Bapak mau kemana? Bapak kenapa belok kekanan ke rumah janda? Anak bini nungguin dirumah." ;p

Terpaksalah penulis keluar menyusuri AKLEH dan terpaksa bayar tol rm2.50.
Keluar balik di Kampung Baru.
Dan ikut Jalan Semarak (Jalan Sultan Yahya Petra - tq dana) dan Jalan Datuk Keramat.
Limpas pasar Kampung Keramat yg baru terbakar kelmarin.

Movie lalat. Ghost World 2001.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
On Jalan Datuk Keramat KL
On Jalan Datuk Keramat KL
2 cats on the roof 

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...