Feb 8, 2021

DENGAN EKSTRAK KURMA SEBENAR

Tesco Masai


Semalam sudah berlarian ke pasar basah.
Hari ini cadang ke pasar kering pula.
Dari satu troli, jadi 2 troli.

Kemudian penulis pesan bateri atas talian.
Untuk kereta saga anak lanang yg jauh dimata.
Sudah tidak dimulai enjin sejak awal PKP tahun lepas lagi.
Cukai jalan pun sudah lama mampus.
Juga bateri kereta cikbibah yg sudah seminggu terlantar.
Gara2 bateri juga.

Sempat lagi berlarian ke farmasi.
Beli ubatan untuk isteri penulis (yg itu).

Movie lalat. Cop Land 1997. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Amaron Battery via Bateriku.com
Zynor 20mg and Senokot for the old lady.

Feb 7, 2021

A SCENE AT WET MARKET AND 3 MOVIES REVIEW

Kipmart Masai

Pagi2 tadi penulis sudah berlarian ke pasar basah Kipmart.
Dengan isteri penulis (yg itu).

Movie lalat. The Japanese Wife 2010.
2. Ayka 2018.

Ooh. Sebenarnya ingin mengulas 3 movie yg penulis tonton beberapa hari lalu. Movie antarabangsa yg penulis temui dalam talian, tidak di muat-turun seperti biasa. Maka terimalah.


Movie 1. Difret.
Negara - Ethiopia. Tahun - 2014.

Sinopsis. Hirut Assefa (Tizita Hagere) adalah anak perempuan petani miskin berusia 14 tahun di luar bandar Ethiopia, tetapi dia cerdas dan keras kepala dalam persekolahan - keadaan yg jarang2 berlaku bagi kebanyakan gadis disitu. Dia juga seorang gadis yang comel, dan dalam perjalanan pulang dari sekolah, dia diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata, salah seorang daripadanya merogol Hirut dan memberitahunya bahawa dia akan menjadi isterinya. Dipukul, dianiaya dan ketakutan, Hirut mendapat peluang dan melepaskan diri dari penculiknya, dengan senapang di tangan dan, dengan tindakan mempertahankan diri yang jelas, menembak dan membunuh perogolnya.

Komen penulis. Cerita yg agak tegang dari awal hingga akhir. Kisah seorang peguam wanita yg cekal melawan undang2 negara untuk melindungi ribuan kaum wanita, gadis dan kanak2 yg tertindas. Kisah digambarkan secara baik dan dapat melihat betapa sukarnye kehidupan orang2 kampung yg miskin namun berpegang pada adat budaya mereka. Menariknya, movie ini adalah projek Angelina Jolie juga. 7/10

Movie 2. The Japanese Wife
Negara - India dan Jepun. Tahun - 2010.

Sinopsis. Kisah ini berkisar tentang seorang guru sekolah desa Bengali (Rahul Bose) yang berkahwin dengan rakan pena dari Jepun (Chigusa Takaku) dengan surat-menyurat dan tetap jujur dan setia kepadanya sepanjang hidupnya, yg sebenarnya tidak pernah bertemu muka dengannya. Dan ada watak ketiga seorang gadis sekampung yg sepatut dikahwininya tapi kemudian menjadi balu dan tinggal sebumbung.

Komen penulis. Cerita yg perlahan dari awal hingga kehujung movie. Bahasa perantara adalah Inggeris yg mudah walaupun kedua2 watak asalnya memang berbahasa Benggali dan Jepun. Sudah lama penulis tidak bercucuran air mata dan merembes2 air hidung ketika dihujung cerita dimana wanita Jepun itu datang ke kampung lelaki tersebut di India lengkap bersari serba putih dan dalam keadaan yg sedih dan sugul. 8/10

Movie 3. Ayka.
Negara - Rusia. Tahun - 2018.

Sinopsis. Seorang wanita muda Kyrgyz bernama Ayka tinggal dan bekerja secara haram di Moscow. Setelah melahirkan bayi dia melarikan diri dari hospital meninggalkan anak yang baru lahir. Dia menderita komplikasi malaise dan pasca kehamilan. Ayka meminjam wang yang dia tidak mampu bayar dari lelaki samseng untuk membuka kilang pakaian dan kini terpaksa berjuang untuk membayar hutangnya. Ayka putus asa untuk mendapat pekerjaan dengan permit kerja yang sudah habis tempoh, terbukti hampir mustahil untuk mendapatkan pekerjaan.

Komen penulis. Cerita yg sadis dan rasa kasihan pada watak utama kerana terpaksa terkejar2 mencari pekerjaan dengan keadaan yg sakit selepas melahirkan bayi. Dia terpaksa mencari pekerjaan untuk membayar hutang dan pada masa yg sama untuk sesuap makanan. Gambar sinematografi yg diambil secara dekat menggambarkan kegelisahan dan kesengsaraan hidup seorang pati yg kesempitan wang dengan bertubi2 masalah menimpa. Cerita yg sudah lama penulis jumpa tetapi tertangguh menontonnya kerana tidak dapat mencari subtitle Inggeris yg baik. Akhirnya penulis berjaya dengan subtitle youtube yg lintang pukang, walaupun dapat difahami jalan ceritanya. 7/10

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Chicken whole, Kipmart Masai.

Feb 6, 2021

PENAK JAMANKU

Vokal Dangdut 2016 
Dear mantan.
Piye kabare? (Bagaimana khabarmu?)
Penak jamanku toh? (Seronok masa zaman saya dulu kan?)

Baru tadi kemas2 ternampak lagu dvd lama dalam laci.
Jamni mana ada laptop guna dvd.
Ingat hendak mainkan lagu dalam kereta.
Tapi sejak ada projek hafazan Quran. 
Memang tidaklah buka radio atau pemain CD. 
Selalunya memang senyap sunyi guliter sahaja lah.

Jadi sebelum campak ke laut seberang.
Harus didengarin dulu dong lagu2 dangdut seng ngetop.

Ooh. Pasal tajuk itu dari lagu dangdut juga.
Nyanyian Via Vallen - Penak Jamanku.
Layann. 

Movie lalat. The Piano 1993 (18SX).
2. Difret 2014 (Ethiopia).

Blog bukanalah hakmilik kekal.

Feb 5, 2021

SUAMI BUNTU DAH ANAK 3 TAPI ISTERI MALAS MASAK

Please hover your mouse to see before and after edit.


Wehh.
Siapalah tak sayang bini.
Tapi ada kann.
Khanns.

Tajuk penulis ambil dari mstar dari KRT.

Movie lalat. The World's Fastest Indian 2005.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 4, 2021

BUTTERFLIES IN MY STOMACH


Selain mesyuarat tingkap jam 11.45am.
Hari ini ada mesyuarat tingkap jam 3.30pm pula.

Setiap kali mesyuarat tingkap, haruslah ada kupu2 dalam perut.
Aduhai.

Dan tiba2 hendak masuk waktu maghrib.
Bosskur yg jauh dimata dinegeri pasir berdengung pun telefon lagi.
"Wak sila join meeting now," perintahnya.

Movie lalat. Palmer 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 3, 2021

PROS & CONS OF DATE STAMPING YOUR BLOG


Tajuk tiada apa2 kebaikan.
Poyo sahaja kan penulis mempertikaikan blog oranglain yg tiada tanda tarikh.
Manalah penulis tahu cerita baharu ke cerita lahama yg sudah bahasi.
Ehh. Itukan blog dia, dia punya suka lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 2, 2021

GUIDE US TO THE STRAIGHT PATH

Please hover your mouse to see before and after edit.


Pagi2 pas subuh sepi-e, penulis pun berlarian mencari lontong masai.
Sempat lagi singgah di landasan keretapi yg lurus itu.
Dengan meredah semak samun, pokok senduduk dan paku pakis resam.
Gatal2 seluruh tubuh dan badan penulis.
Tangkap dua tiga gambiran sudah.

Nota lalat. Hafazan surah al-Inshiqaq bermula.
Mugo dipermudahkan.
Amin ya rabbal alamein.

Movie lalat. Jinnah 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 1, 2021

WORK IS ON THE HIGHWAY


Usai mesyuarat tingkap, penulis pun berlarian mengambil anak wedok dari kolejnya.

Ingatkan tiada siapa yg mengejar.
Aduhai.
Bosskur yg jauh dimata di negeri pasir berdengung pun menelefon bertalu2.

Sempat lagi berhenti di hentian rehat dan rawat.
Untuk uruskan kerja2 yg mendesak.

Tiba di rumah hinggap pun sudah lewat malam.
Baru mahu buka laptop dan berjimak berjinak melayan movie pun terbantut.
Bosskur siap wasap dan mesyuarat tingkap berkali2.

Movie lalat. Survival Family (サバイバルファミリー) 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 31, 2021

PAINAPPURU

Ananas Comosus
Orang Jepun panggil buah ini buah painappuru (パイナップル).

Orang Jerman panggil ananas.
Orang kampung penulis panggil nenas.
Orang kampung sebelah pula panggil nanas. 
Yo wes lah. 

Itu sahaja penulis mahu ngobrol hari ini. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

APEK DENGAN MARJINA


Hari ini tiada mesyuarat tingkap.
Tapi kerja motong rumput harus diteruskan.
Dan kemaskini blog harus dilakukan hari2.

Sambil layan filem klasik Ali Baba Bujang Lapok (1960).

TAUKE
haiya, Cik Siti...
popuan manyak muda 
ana manyak susah 
yalan tutup mata
uwang dan linggit 
ana ta ta helan... ne
ante tutup mata
ana tak tentu yalan...ne
MS MARJINA MENYANYI SAMBIL MENARIK TAUKE DENGAN TONGKATNYA. 

MARJINA
marilah apek...hoi...marilah sayang
ikutlah ana apek jangan bimbang
mata tak nampak ana tunjukkan jalan
kaki melangkah...hoi...perlahan-lahan
MS MARJINA DAN TAUKE MENAIKI TANGGA SAMBIL MENYANYI. 

TAUKE
ana tatak bimbang
ana ta nak takut
tapi ana yalan 
manyak sangkut-sangkut
semua hitam lagi manyak gulap
macam olang habsi negeli alap
MS MARJINA DAN TAUKE BERJALAN MERATA SAMBIL MENYANYI. 

MARJINA
oh...apek sayang
hai jangan susah
habis menjahit
wang emas ana upah
marilah jalan
ante cepatlah cepatlah
awas apek longkah
hoi...langkah melompat
apek jaga depan ada longkang 

TAUKE
mana? 
MARJINA
lompat

 

TAUKE
Ada satu malam, satu perempuan, manyak cantik.  Dia tutup dia punya muka. Ia latang gua
punya kedai, ia angkat wang emas banyak sekali... ia kasi sama gua. (DENGAN AKSI) Ia
panggil gua tutup gua punya mata. Dia angkat gua pegi dia punya lumah. Dia fikir wa
bodoh... wa talak bodoh.  Dia panggil wa pegi dia punya lumah.  Sudah sampe dia punya
lumah... semua olang dalam lumah macam muka  zorro.
SARJAN TERUS PURA-PURA MENANGIS LAGI. 

Movie lalat. Punch-Drunk Love 2002.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 30, 2021

BULAN DIPAGAR BINTANG


Assalamualaikum dan selamat pagi semua2 lah kawan2 penulis.

美若天仙的美丽女子
Kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya.

例句/Contoh Ayat:
Kecantikan Noni bagai bulan dipagar bintang kerana tiada seorang pun yang dapat menandingi kecantikannya.

Link: peribahasa bagai bulan empat belas.


Ooh. Gambar bulan mengambang penuh pagi tadi. Warung Nasilemak Bunian.
Penulis tangkap guna henfon cap aiyam sahaja.
Tak tajam sangat tapi bolehlah nampak dekat kan.
Dan gambar dibawah ini penulis tangkap semedang untuk tunjuk bulan di ufuk barat itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...