Jan 4, 2021

KALAU TAK IKHLAS BAIK TAK PAYAH BUATLAH WAK


Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar.
Bila kita berat untuk melakukan sesuatu.
Namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya.

Bila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut. Maka kita terus berundur.
Kita berrtindak meninggalkan apa yang kita lakukan.
Dalam hati kita bermonolog, “Betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat”.

Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya.
Persoalannya, adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan?
Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?


Ehh. Pasal gambar patung kerbau diatas.
Rasanya sudah lebih 5 tahun penulis tinggalkan kawasan ini.
Penulis singgah di bangunan Bank of China Jalan Ampang.
Kelmarin penulis sudah berlarian ke bank sebelahnya.
Atas urusan penggantian baharu kad kredit penulis yg rosak.

Nota lalat. Hujan masih turun 3 hari sejak hari Jumaat. Dengarnya banyak tempat di kawasan sekitar sudah dilanda banjir.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 3, 2021

LEO & NEKO

 


Penulis ada 2 ekor kucing.
Di rumah hinggap yg itu.

Leo yg tua (atas).
Macam kucing parsi (lah sangat) tapi bulu putih.
Isteri penulis (yg itu) beli di kedai haiwan.
Link: After Dawn - 5/3/2016 the day we bought a little kitten.

Neko yg muda (bawah).
Kucing biasa.
Penulis ambil di kabin semasa memotong rumput di Pasir Gudang.
Neko (ネコ) dalam bahasa Jepun ialah kucing ya.
Link: Pengalaman Menjaga Anak Kucing Yg Baru Lahir - 6/2017.

Nota lalat. Hari ini penulis buat satu akaun muka baharu di tigalalat.aminus3.com. Dulu penulis pernah buat di muka harimao.aminus3.com, tetapi sudah terlupa pula kata kekuncinya (baca, password). Yo wes.

Movie lalat. The Manchurian Candidate 2004.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 2, 2021

RAMALAN CUACA HUJUNG MINGGU


Hujan turun lebat dari semalam pagi.
Tidak henti-henti.

Movie lalat. The Secret in Their Eyes (Spanish: El secreto de sus ojos) 2009.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 1, 2021

UMUR YANG BARAKAH


Solat Jumaat dalam hujan lebat.
Tapi tidaklah sesadis solat di Rohingya yg basah lencun kerana masjid tanpa bumbung.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Nota lalat. Ini adalah hari pertama di tahun 2021. Penulis tiba2 terfikir mahu buat projek satu gambar hitam putih setiap hari untuk setahun! Gabatte wak.

Movie lalat. Clouds 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 31, 2020

2020 - BLOGGING DALAM KENANGAN


TOP NINE 2020
Ehh. Ini bukan pos top nine IG ya.
Sebab penulis pun tidak ada akaun Instagram yg diva gitu.

Alhamdulillah. Sudah 6 tahun penulis menulis dalam blog tiga lalat yang tiada apa2 ini.

Tahun 2020 yg kurang baik dari segi ekonomi bagi kebanyakan kita.
Alhamdulillah. Nasib penulis agak baik.
Meski seperti roda diatas dan dibawah juga.
Walaupun masih kais pagi makan petang. Gitu.
Walaubagaimanapun, blog harus diteruskan.

Penulis cuma mahu kenang kembali kerjaya penulis tahun ini.
Secara ringkas dan ikhlas.

JAN, FEB, MAC
Mula kerja memotong rumput di syarikat SSS (bukan nama sebenar).
Syarikat yg muda-muda belaka.
Bos dan pekerja semua pun muda dan jelita juga.
Tapi tekanan kerja dengan cabaran tidak masuk akal.
Penulis berhenti kerja pada pertengahan bulan Mac.
Musim wabak Covid 19 bermula.

APR, MEI, JUN
Sehari selepas meletak jawatan, penulis dapat temuduga.
Bos baharu syarikat SMM (bukan nama sebenar) terima penulis walau dalam tugasan berlainan.
Contoh, tidak lagi memotong rumput, tapi memancah (tebas lalang tepian longkanag).
(Ehh, motong rumput dengan mancah lalang sama tak wak WP?)
Alhamdulillah.
Kerja dari rumah.
Nota lalat. Terima bantuan Prihatin BPN 1.0. ;p

JUL, OGOS, SEP
Kerja dari pejabat di kawasan masjid India KL.
Dapat kenal rakan2 tugasan baru.
Rata2 kesemua pernah kerja di luaran pantai.
Nota lalat. Terima bantuan Geran Khas Prihatin GKP 1.0. ;p

OCT, NOV, DIS
Kerja semula dari rumah.
Mesyuarat tingkap hari2.
Kontrak kerja disambung 6 bulan.
Nota lalat. Terima bantuan Prihatin BPN 2.0. ;p

BELASUNGKAWA
Tahun 2020 juga penulis menerima berita beberapa rakan sekerja yg sebaya telah menemui pencipta.
Bukanlah sakit virus covid 19, tetapi sakit barah dan sakit jantung.

Akhir kata, penulis ingin mengucapkan ribuan terimakasih dan semoga berjumpa kawan-kawan lagi di tahun hadapan (2021) ya. InsyaAllah. Dan tidak lupa juga penulis memohon maaf sekiranya komen-komen penulis dalam blog kawan-kawan yang ada mengguris hati dan perasaan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk datangnya dari diri penulis sendiri. Selamat berblog dan beramal. Amin.

Blog bukahlah hakmilik kekal.

Dec 30, 2020

POPULAR HIKING SPOT AT BUKIT BROGA CLOSED INDEFINITELY

Please hover your mouse to see before and after edit.


Petang penulis sudah berlarian ke Bukit Broga.
Tapi ditutup pula.
Demm.

Lalu penulis pun berlarian ke Timur Enstek.
Tangkap gambiran matahari terbenam sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 29, 2020

MENGIDAM ROJAK PETIS SEKALI DENGAN BUAH MATA KUCING

Rojak petis
Mengidamlah sangat. Hahaha.

Sebenarnya, ramai orang keliru dan salah faham mengenai mana buah mata kucing dan mana buah longan.
Ramai orang menyangka buah longan adalah buah mata kucing.
Buah mata kucing buah tempatan, manakala buah longan adalah buah import, walaupun kini mula ditanam di Malaysia.
Orang kata, pokok mata kucing banyak terdapat di Kampung Redong, Johor.
Kampung Redong terkenal sebagai lokasi yang menghasilkan buah mata kucing dengn banyak untuk negeri Johor semenjak dulu lagi.
Nantilah kalau penulis ada masa penulis akan berlarian kesana.

Ehh. Sebenarnya penulis mahu cerita pasal rojak petis.
Susah juga mahu cari rojak petis di lembah klang ini.
Tapi nasib baik juga ada orang sebut2 di mukabuku (baca, facebook).
Dapatlah penulis menjamah rojak petis (rm5) dari Taman Delima.
Terlanjur penulis pun beli buah mata kucing (RM10 sekilo) juga.
Dan beli juga cucur udang utagha (rm6) - tiada dlm gambar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 28, 2020

THE LAST FULL MOON OF THE DECADE


Pada bulan Disember, dari seluruh dunia, matahari terbit dan terbenam paling jauh ke selatan dari timur dan barat untuk tahun ini. Untuk Hemisfera Utara, matahari terbit dan matahari terbenam di selatan ini membawa siang dan malam yang pendek; dan di Hemisfera Selatan, matahari terbit dan matahari terbenam di selatan ini menemani hari-hari yang panjang dan malam-malam yang pendek.

Apa lah yg penulis ini merepek.?

Movie lalat. Danny Collins 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 27, 2020

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: GOHTONG JAYA


Petang penulis sudah berlarian naik bukit.
Dalam hujan lebat dan ribut.
Berkabus tebal diatas sana.

Movie lalat. Take Shelter 2011.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Ohh.
Dan mengambil gambiran dalam kabus tebal dengan tiada maksud tersirat atau kepentingan apa-apa.

Dec 26, 2020

HUJAN DINANTI SUDAH TIBA


Ingatkan panas hingga ke petang.
Rupanya hujan ditengah hari.

Sudah bersua hujan dinanti
Turunnya hujan inilah masa;
Hujan mencurah legalah hati,
Damailah jiwa sejuk terasa.

Movie lalat. Manta Ray (Siam: Kraben Rahu) 2018.
2. The Nice Guys 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 25, 2020

HUKUM MENGUCAP MERRY CHRISTMAS


Hari ini hari natal (Krismas) 2020.

Dari kecil penulis diajar agar tidak memuliakan perayaan agama lain.
Tidak mengucap Merry Christmas.
Walau perbuatan itu cuma satu bentuk penghargaan dan tanda penghormatan serta mengambil hati dan perasaan atas dasar sesama manusia tanpa bertujuan mengiktiraf kebenaran agama lain.
Dan sekarang terpaksalah ucapkan, terutama pada kaum kerabat ipar duai di rumah panjang di seberang lautan disana.
Juga tidak mengambil gambar2 hiasan pokok2 krismas walaupun cantik2 belaka.
Namun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat hukum mengucapkan "Merry Christmas" adalah HARUS.

Walaupun hari cuti umum, penulis tetap bertugas memotong rumput seperti biasa.
Tapi tiada mesyuarat tingkap seperti biasa.

Pasal gambar KLCC diatas.
Kelihatan bangunan menara Lion (sekarang Citibank) di Jalan Ampang.
Bangunan tempat penulis mula2 bertugas di ibukota.
24 tahun yg lampau.
Hari pertama, parkir kereta di Ampang Park.
Sekarang bangunan Ampang Park sudah diroboh untuk dimajukan.
Parkir rm21 sehari yg amat mahal pada masa itu.
Itu cuma kenangan.
Tapi cuma bertahan 2 minggu sahaja.
Ada rezeki yg lebih baik daripada itu.

Ooh. Hari ini penulis cuba bersolat jumaat di masjid berdekatan.
Tapi masjid di bukit belacan ini pun masih belum dibuka untuk umum.
Yo wes.

Movie lalat. Tango & Cash 1989.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...