Oct 16, 2019

FISH AND CHIPS



Petang semalam penulis malas makan nasi.
Pesan salad saja.
Restoran Resepi Rahsia lah sangat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 15, 2019

FRESH KURMA

Egypt Barhi Date, MBG shoplot, @2019

Setelah menunggu beberapa pekan (baca, minggu).
Buah kurma segar dari ladang baharu tiba di kedai buahan berdekatan padang tempat penulis memotong rumput ini.

Kulit keras isinya manis.
Haruslah dikirim ke Masai dengan seberapa segera.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 14, 2019

WHERE IN THE WORLD IS BUKIT BROGA



Semalam petang Ahad, penulis sudah berlarian ke puncak Bukit Broga.
Hari pun sudah lewat sore.
Tidak berapa ramai pendaki seperti yg dijangkakan.
Penulis capai puncak bukit kedua saja sudah.
Alone matcham biasa.

Bila penulis turun, ramai pula pendaki yg baru naik walaupun hari sudah senja.

Broga Hills 2019
Kajang, Selangor, Malaysia
Oct 13, 2019 4:58 PM
Hiking/Backpacking
Distance 4.3 km
Duration (Total) 1h 45m 5s
Duration (Active) 1h 36m 10s
Duration (Paused) 8m 55s
Avg Speed 2.7 km/h
Highest Point 345 m
Total Ascent 265 m
Difficulty Easy

Nota lalat. Kali terakhir penulis daki Bukit Broga ialah 6 tahun sudah. Link.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

















Oct 12, 2019

WALKING WITH WIFE



Tidak seperti dua minggu sudah, petang tadi isteri penulis (yg itu) tidak mahu berlarian keliling kebun kelapa sawit dan pokok pisang.
Jadi penulis temankan saja hingga kehujung jalan tar dan pulang ke pangkal jalan.
Peluh jantan pun tidak sempat keluar.

Entri terdahulu:
15 Sept & 29 Sept 2019.

Taman Tasek Tun Jeanne Abdullah
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Oct 12, 2019 5:05 PM | Walking

Distance 2.8 km
Duration (Total) 0h 44m 29s
Duration (Active) 0h 44m 29s
Duration (Paused) 0
Avg Speed 3.8 km/h
Highest Point 100 m
Total Ascent 50 m
Difficulty Family

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Oct 10, 2019

Oct 9, 2019

RAINY DAYS TO COOL DOWN HAZE



Sekarang kalau petang saja hujan.
Kalau hujan saja mesti petang. Gitu.

Hujan petir sambar menyambar sejak beberapa hari.
Syukur saja sebab jerebu pun sudah berkurangan.

Gambiran penulis ambil semalam petang sebab kelihatan matahari betul2 diatas puncak menara berkembar.
Ambil guna henpon cap ayam sudah.
#samsungpastiuntung

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Oct 8, 2019

WHERE IN THE WORLD IS BUKIT SAGA



Pagi Ahad semalam penulis sudah berlarian ke Bukit Saga Ampang.
Tujuan utama adalah untuk mencapai air terjun Bukit Ahpek.

Tidak seperti beberapa tahun yg lampau ikut trek A, tapi kali ini penulis daki ikut trek C pula.

Bila tiba dipuncak Saga Hilltop penulis kesesatan pula untuk mencari trek ke airterjun.
Padahal ada trek D untuk jalan pintas ke air terjun.

Alhamdulillah dipendekkan cerita, penulis selamat tiba di air terjun Saga yg kecil saja.
Selamat mendaki semula dan kembali ke pangkal Jalan Saga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

































Oct 6, 2019

SAYA SERING BACA SURAH INI KETIKA SUSAH HATI

Surah al waqiah, R&R Kundang LATAR highway @2019.

Salam berhujung minggu kawan2 penulis semua2 lah.
Jangan bermurung durja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 5, 2019

CAR KEY COVER REPLACEMENT

Next to Mekdi Desa Pandan Kuala Lumpur @2019

Sudah lama sarung kunci kereta (baca, carkey cover) cikputih penulis itu rosak.

Pernah penulis banyak kali ke kedai kunci.
Kesemua mereka memberikan harga dua hatus lapan poh hinggit utk sarung kunci itu. Mahal sungguh.

Jadi bulan lepas penulis sudah beli di Lazada.
Cuma dua poh sembilan hinggit saja satu.
Diulangi, dua poh sembilan hinggit.

Tengahari tadi, selepas hantar kereta anak lanang kekedai accessories untuk pasang dashcam dan sebelum solat jumat, penulis pun berlarian ke kedai kunci Desa Pandan.
Calvin bukan nama sebenar tiada dikedai.

Bila dihubungi, Calvin bukan nama sebenar tiba dalamasa 5 minit.

Calvin bukan nama sebenar gelakkan penulis kerana tidak pernah pelanggan beliau datang hanya untuk menukar sarung kunci kereta sahaja.

Dipendekkan cerita, Calvin bukan nama sebenar buka dan koyakkan sarung yg lama. Ludah sana ludah sini. 7 minit siap sambil tersengih saja.

Bila ditanya upah, Calvin bukan nama sebenar geleng2 kepala. "Sukati wak lah," katanya. Bila belek dalam dompet penulis tenok ada wang kertas rm1 dengan rm20 sahaja. Yg lain duit kertas rm50 ada 200 keping. Penulis tunjuk pada Calvin bukan nama sebenar untuk pilih. Dia tersengih lagi. Lalu penulis berikan saja duit kertas rm20. Calvin bukan nama sebenar ambil duit. Tapi penulis tidak sangka, Calvin akan pulangkan rm10 pula.

Baik sungguh hati Calvin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Just because of the logo...

Oct 3, 2019

IS IT NORMAL TO FORGET WHERE YOU PARKED YOUR CAR?



Minggu ini penulis memandu kereta anak lanang ke ladang memotong rumput ini.

Tiga hari tiga malam penulis tinggalkan diparkir.

Penulis pun datang semula usai memotong rumput petang tadi.
Tapi penulis lupa dimana letaknya kereta anak lanang itu.
Ada empat lantai parkir bertingkat ini.

Selalunya penulis akan ambil gambar tiang berdekatan kereta, tapi...

Tapi penulis masih ingat berdekatan 'ramp' turun naik.
Jadi penulis pun periksa keempat-empat lantai.
Nasib baik betul tekaan penulis yg sudah berumur ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 1, 2019

RETAIL APOCALYPSE



Semalam bila penulis berbelanja di pasaraya besar Tesco pun banyak rak barang jualan sudah dikosongkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....