Jul 18, 2019

PADMAN



Semalam penulis sudah tonton wayang Padman atas talian percuma (baca, movie online free).
Padman cerita pasal tuala perempuan.
Sinematografi dan jalan cerita yg amat menarik.
Sehingga seperti ada kulit bawang hinggap dalam mata penulis di akhir babak.

Kelmarin juga, penulis sudah tonton wayang Crawl (2019).
Cerita pasal buaya.
Wayang yg ganas seperti tiada potongan dari pihak penafisan Finas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 9, 2019

WELCOME BACK JALAN AMPANG



Assalamualaikum kengkawan semua-semua lah.

Hari ini hari pertama penulis bertugas memotong rumput di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Jelatek ini.
Semoga dipermudahkan amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 8, 2019

ICE SKATING RINK



Sudah lama bebienor penulis tidak masuk ke dalam kompleks membelibelah Sunway Pyramid ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 24, 2019

2 INTERVIEWS TODAY

[+ Worley iklan]

Hari ini, Isnin, penulis ada 2 panggilan temuduga.
Syarikat W.
Syarikat P.

Syarikat W ditemuduga rakan lama penulis.
Permohonan akan ditapis oleh klien.
Tapi kalau berjaya, akan mula bertugas selepas Ogos.
Temuduga pantas 15 minit sahaja.

Syarikat P ditemuduga oleh pemotong rumput yg akan berhenti 3 minggu lagi.
Tugasan beliau yang penulis akan gantikan.
Temuduga hampir sejam setengah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jun 9, 2019

REMPEYEK ZANY JB



Semalam penulis telah terbeli sebalang rempeyek buatan Zany Sri Pandan JB di stesen minyak Shell Jalan Tebrau.

Dulu sikit-sikit lama lama habis di SINI.

Cerita lalat lain. Semalam juga penulis telah pesan sebilik hotel Melang Inn Kuala Pilah sebab menghantar anak wedok ke kolej matrikulasinya di situ. Tapi bila penulis sampai malam tadi untuk periksa masuk (baca, checkin), malangnya tarikh tersilap pula. Aiyah. Jadi, penulis terpaksa pilih bilik yg lain dengan harga biasa yg lebih durjana mahal. Nasib baik juga, bayaran pesanan agoda.com itu boleh didapatkan kembali. Terbaik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 2, 2019

STULANG SUNRISE



Pantai stulang laut pagi tadi.
Memandang ke arah Temasik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 28, 2019

CARA ORDER MANGGA HARUMANIS DARI PERLIS DI KL SEBELUM KE JB UNTUK DI EKSPORT KE SARAWAK DALAM MASA SEHARI



[+ insert mangga harumanis]

Semalam (Ahad), isteri penulis (yg itu) telah berguling-guling kata hendak makan mangga harumanis yg sedang viral di KL ini. Manalah penulis tahu. Wehh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada kann? Kanns.

Jadi aktiviti mencari maklumat pun bermula.

DARI PERLIS KE KL
Untuk pesanan, penulis terjumpa fesbuk harumanisdeliveryKL. Tidak perlu membuat pesanan dari perlis.
Dipendek cerita, penghantaran percuma dalam KL sahaja.
Tiada penghantaran ke luar negeri.
Wasap pun bermula.
Petang Isnin ini, brader harumanisdeliveryKL hantar sekotak ke pejabat tempat penulis memotong rumput di Bukit Jelutong ini.
Penulis mahukan 2 kotak, tapi hanya sekotak sahaja yg tinggal.
Pesanan lain kanna tunggu hari Jumaat pula.
Sekotak rm100 (3kg 7 biji) tidak termasuk caj penghantaran (luar KL) sebanyak rm10 sahaja.

DARI KL KE JB
Naik bas ekspres (Kwok Ping) dari terminal stadium Shah Alam.
Upah rm30 sahaja.
Sampai ke terminal bas Kompleks Pasir Gudang pun sudah tengah malam.
Pemandu bas kata akan sampai di Pasir Gudang pada jam 12.30am.
Penulis agak akan sampai jam 1 pagi.
Tapi jam 11.20pm, pemandu bas buat panggilan tersesat (baca, missed call) kata sudah sampai awal.
Tapi anak lanang itu sudah siap siaga setia menunggu.

DARI JB KE SARAWAK
Isteri penulis (yg itu) uruskan. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 24, 2019

AN IFTAR

They served an empty plate too late at Mandarin Oriental @2019

Hari ini penulis menghadiri jamuan iftar berbuka puasa di hotel 5 bintang itu.
Jumpa rakan-rakan tugasan memotong rumput yg lama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nyum nyum at Mandarin Oriental @2019

Fauzi, me and Izani @2019

With Fadhlan @2019

Nothing is free @2019

May 23, 2019

A PROPERTY STORY

Unrelated story, only on chinese newspaper @2019

TANAH
Pagi tadi penulis sudah mengwasap AZM (bukan nama sebenar) berkenaan permohonan penolakan sekatan.
AZM kata dia sudah terima surat kelulusan dari peguam 2 minggu lepas.
Tapi peguam tidak pula menelefon penulis.
Tapi tidak mengapa.
Sebab AZM boleh teruskan urusan permohonan pinjaman kerajaan dia.

KONDOMINIUM
Pagi tadi juga penulis sudah mengwasap miss Leeeee berkenaan rumah kondomium di Bukit Belacan itu.
Ms Leeee membalas wasap dengan menyatakan bahawa sekarang sedang menunggu urusan bank pula.

MATRIKULASI
Dua minggu lagi akan cuti sekolah dan cuti panjang sempena hari lebaran aidilfitri.
Anak wedok di matrikulasi Kuala Pilah kata akan pulang pada petang Jumaat.
Anak lanang di UniKL masih sibuk dan tidak pasti akan pulang beraya ataupun tidak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....