Apr 20, 2018

NOT GOING OUT



Ini adalah hari kedua Jumaat penulis solah jemuah di dalam limbungan kapal ini.

Semalam petang ada masalah Digi tidak kecapaian di daerah jajahan Manjung ini. Nasib baik penulis guna Celcom sahaja. Kuchiva juga sebab tidak boleh tonton wayang atas talian.

Pasal kerusi plastik yang telah disediakan oleh pemilik rumah tumpangan ini telah patah dan sudah diganti dengan kerusi plastik yang baharu.

Movie muzik video lalat. Michael Jackon Live in Munich. Lagu Dangdut Indonesia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

UNETHICAL WORKPLACE BEHAVIORS

Ready to go home...

Salam Khamis malam Jumaat. Ghau ghau.

Pagi-pagi tadi dipejabat, rakan sekerja memotong rumput, miss N mengadu. Semalam ada pengawal tentera di pintu utama A kaco beliau ketika hendak pulang. Disuruh miss N ikut pintu B esok dan hari-hari seterusnya. Pagi tadi miss N bawa kereta ikut pintu A boleh sahaja masuk kerana pengawal tentera itu tiada disitu. Penulis kata, pengawal tentera itu sengaja hendak usha miss N tapi miss N menafikannya kerana pengawal tentera itu berwajah serius. Maaf kalau penulis berfikiran negatif.

Selepas itu, jam 9.00 miss N naik motor dgn miss S ke bangunan utama keselamatan sebelum pintu keluar syarikat. Setengah jam kemudian miss N mengadu lagi. Pegawai yang menjaga kad pelepasan keluar masuk limbungan sedang makan, "kami sedang makan, sila datang pukul 9.40 nanti," kata rakannya. Benganglah juga miss N sebab ketika itu sudah waktu pejabat.

Dan bila miss N ke pejabat satu lagi bersama miss S, ahkak kerani tu tanya, "kenapa sampai dua orang datang?" Miss S pun jawab, mereka datang atas urusan berlainan. "Oooooh," jawab ahkak kerani itu. Dorang ingat kami tiada tugasan kah?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 19, 2018

DANUS GAJI MANE

[+ Danus Gaji Mane ]

Rabu di minggu kedua di Lumut.

Tiada yg menarik hari ini untuk penulis kemaskini blog selain kerja di tempat memotong rumput yg agak berkecamuk. Layan saja lah.

Ada gangguan talian internet Digi petang tadi dan tidak dapat menggunakan wifi di bilik sewa. Nasib baik talian internet Celcom penulis masih boleh diguna.

Movie lalat. Flightplan (2005).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HOW TO STOP BIRD DROPPINGS FROM DAMAGING YOUR CAR PAINTWORK



Lebih baik parkir cikputih diruang panas berdeting daripada dibawah pohon rimbun yang redup tapi bila pulang diwaktu petang cikputih telah dipenuhi najis keputihan burung jilake. Nasiblah, di Lumut mana ada perkhidmatan Uber. OTL

Petang, penulis pun berlarian ke Tesco untuk mencuci cikputih. Luar dan dalaman.

Movie lalat: Gerald’s Game.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 18, 2018

MORNING TOOLBOX TALK



Sudah lama penulis tidak ikuti ceramah keselamatan di waktu pagi. Bukan setakat ceramah keselamatan sahaja, mula-mula ada doa, kemudian ada senaman ringan goyang-goyang tangan, kaki, kepala dan pinggul juga.

Petang. Teringin hendak makan mee bandung, tapi rasa agak jauh restorannya. Jadi, penulis singgah makan piza sahaja. Di Dominoes Pizza Lumut sudah.

Movie lalat: The Commuter.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 16, 2018

AYAM PENYET CHICKETORI



Minggu lepas sudah mencuba nasi ayam penyet Jawa Timur Seri Manjung kerana tidak berjumpa restoran Chicketori ini.

Jadi petang tadi, usai tugasan memotong rumput, atas bantuan rakan sekerja pemastautin seri manjung, penulis terus berlarian ke restoran berdekatan restoran Bawah Pokok itu. Rasanya, biasa biasa sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 15, 2018

TELUK SENANGIN

Pulau Pangkor view from Teluk Senangin.
Diambil dengan phone cap aiyam. @2018.

Hari Minggu penulis telah berlarian ke Teluk Senangin dan Pantai Remis Perak, bukan Pantai Remis Kuala Selangor ya. Dan sanggup berpatah balik semula ke Teluk Senangin semata-mata untuk mengambil gambar pulau Pangkor yang jauh ke tengah.

Nota klasik. Dulu, Sepetang di Port Weld (2012).

Nota malam. Tonton wayang Rampage 2018 di pawagam TGV Aeon Seri Manjung (bukan Aeon Tebrau yg TMJ sudah belanja rm1juta pada hari Rabu minggu lepas) sudah. Usai wayang, jam 11.15pm mencari cikputih terpaksa pusing tawaf satu mall sebab tidak cam masa mula-mula masuk tadi. OTL
Untuk cerita RAMPAGE 2018 ini penulis beri 3 bintang saja, walaupun kesan khas CGI yang hebat tapi jalan cerita yang biasa dan boleh diagak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HOW SIMILAR ARE TWO PERSONS BORN ON THE SAME DAY AND THE SAME YEAR

  Photo taken by mgr AYU @2024 Selasa, 30 April 2024. Tengahari tadi wak sudah keluar ke pekan Tanjung Uncang bersama mgr AYU . Pak NGA ti...