Dec 16, 2019

DAYANG SARAWAK CORNER CAFE AMPANG



Petang tadi penulis pun berlarian ke Ampang Point.

Sebab penulis ternampak ada restoran baharu dibuka menggantikan kedai jual kereta Toyota.
Dulu pernah penulis beli kereta Toyota Unser ditempat yg sama.

Mula2 penulis teringin mencuba mee kolok.
Sudah lama tidak merasa mee kolok.
Tapi disebabkan penulis sudah makan maggie kari ditengahari tadi, makanya penulis pesan fish and chips pula.

Nota lalat. Sempat juga penulis dipau dgn abg baju melayu tu. Mula2 dia nak rm2 tp penulis tak layan. Kemudian bila penulis sedang menjamu selera, dia dtg lagi dan dimintanya rm5 pula. Jilake.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Kemaskini lalat. Pasal mee kolok, penulis masih teringin hendak merasa. Jadi, tengahari Isnin tadi penulis pun berlarian ke restoran Dapur Sarawak Jalan Sarikei di belakang Hospital Tawakal (bukan Hospital Pusrawi ya), berdekatan bulatan Pahang.

Dec 15, 2019

ATAS BAWAH ATAS BAWAH



Sekarang hujung tahun sudah musim tengkujuh dengan cuaca mendung sepanjang hari kan.

Pagi2 Ahad penulis sudah berlarian ke Bukit Telekom aka Bukit Dinding aka Bukit Setiawangsa itu.
Tapi sampai dikaki bukit, hujan renyai mulailah turun.
Ramai yg baru turun membawa payung dan ada yg baru memakai baju hujan plastik lima hinggit.
Jadi penulis batalkan niat mendaki.

Penulis terus berlarian ke tasik Ampang Hiliran pula.
Walaupun hujan masih renyai tapi tidaklah lebat.
Maka penulis pun berjalan saja ditepian tasik.
Ada sekumpulan ahkak2 dan makcik2 yg sedang bersenam robik.
Lagu dangdut sampah "atas bawah atas bawah janji sama sama basah" yg lucah itu juga dimainkan.

Usai seround ditepian tasik, penulis kembali ke kaki bukit telekom aka bukit Dinding aka bukit Setiawangsa itu lagi.

Blog bukanlah hakmilik.





Dec 14, 2019

THE SHORE



Semalam sore penulis sudah berlarian ke atas bangunan The Shore.













Selepas menikmati pemandangan matahari tenggelam di selat Melaka, haruslah menjamu selera.
Makan burger ayam spesel dan cendol kampung ulu sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dec 13, 2019

SEBENAR



Akhirnya penulis masukkan kereta Proton Saga FLX anak lanang yg bermasalah tersentak (baca, jerking) ke bengkel gearbox yg sebenar.
"Dua hari boleh siap," kata ahpek taukeh bengkel gearbox itu yg tersenyum lebar.

Dec 12, 2019

CRAFTING ARTISTRY



Semalam penulis sudah berlarian ke KLCC.

Tidak jangka termasuk ke pameran Galeri Petronas.
Layan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




















Sebelum itu penulis singgah di kedai buku Kinokuniya.







Dec 11, 2019

PROTON IS STILL A JERK



Kereta Proton Saga Flx anak lanang yg penulis guna minggu ini masih bermasalah.
Masih tersentak (baca, jerking) bila berhenti di persimpangan lampu trafik.

Dec 10, 2019

MY GRASS IS NOT GREEN ANYMORE

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh @2024


10 Disember 2019.
Jalan2 ke MAPS Ipoh.
Balik singgah di tasik Rekreasi Gunung Lang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Fake Bokeh on Samsung A50 @2019


RUPANYA INI BUKIT YANG PENDAKI KETAGIH NAIK SETIAP HUJUNG MINGGU

  Sabtu, 26 Oktober 2024. Pagi2 sudah berlarian naik Bukit Tiz. Dari Tasek Tun Jeanne Abdullah.