Working Weekends @2023 |
Ahad, 19 November 2023.
Hari minggu yg lesu dan letih.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mihun Tomyam at Bangi Square Jalan Reko @2023 |
Uniten Swimming Pool @2023 |
On the way to Labis via Tangkak @2023 |
Sabtu, 18 November 2023.
Dari pekan Labis langsung ke bandar Segamat.
Tiada yg menarik disini.
Cuma berhenti untuk beli ayam KFC.
Nota sejarah lalat. Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segar amat'. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok yg bertempiaran lari ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Stopping at Labis town @2023 |
Segamat Zero Kilometer @2023 |
Old KTM railway, Segamat @2023 |
Old KTM railway, Segamat @2023 |
Jalan Kampung Pandan before turning left to Jalan Imbi @2023 |
Petronas Twin Towers this morning @2023 |
Jumaat, 17 November 2023.
Pagi tadi wak nyetir (pandu) mobil ke kantor.
Memang wak parkir di depan kubur P Ramlee - RM10 sekali masuk.
Tapi bila wak keluar untuk makan di kedai mamak.
Ternampak bayaran parkir di bawah bangunan kantor cuma RM8 sekali masuk.
Wak cubalah tanya beberapa rakan kantor selepas itu.
Kebanyakan rakan2 kantor bawa motor pula.
Nota parkir lalat. Akhirnya setelah diteliti. Bahawa kadar bayaran parkir dibawah bangunan kantor adalah rm4 sejam. Manakala rm8 per entri hanyalah berlaku untuk masa 7 mlm hingga 7 pagi sahaja. Aduhai.
Tengahari sudah berjalan kaki ke Kampung Baru Kuala Lumpur.
Dari kantor menyusuri Lintasan Saloma.
Makan nasi campur di kedai Murah Meriah Jalan Raja Alang.
Sepoh hinggit.
Solat jumaat berjemaah di Mesjid Kampung Baru.
Usai solat berjemaah, tiba2 hujan turun lah pula.
Tidak bawa payung.
Tidak lebat, terpaksa berjalan2 antara kedai dan kebasahan.
Malam sudah berlarian ke pekan Labis.
Melalui susur keluar di Tangkak.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Parking infront of P Ramlee grave Jalan Ampang @2023 |
Huawei P40 Pro Supercharging using special power plug @2023 Photo taken with Samsung A03 |
On the way to Masjid Kg Baru Mosque @2023 |
Masjid Kg Baru @2023 |
RnR Ayer Keroh heading south @2023 |
Khamis, 16 Nov 2023.
Hari kedua memotong rumput di kantor Selangor Dredging Jalan Ampang.
Ada orang berkata.
Nasi lemak depan kubur P. Ramlee di Jalan Ampang depan BSN paling sedap.
Sebab itu ramai orang beratur.
Lepas letak tas (beg) di kantor lantai 9.
Wak terus turun lagi.
Beratur dibawah pokok untuk mencuba nasi lemak.
Tapi wak tidak beli nasi lemak.
Wak beli mee hoon berlauk sardin dan telur goreng.
Harga rm6 sahaja.
Cerita lain.
Akhirnya dapat juga wak kad kunci pintu yg baharu.
Tidak lagi terpaksa menyuruh teman2 membuka pintu.
Setiap kali mahu ke kamar mandi.
Kerana kepala kantor Sumber Manusia baru pulang dari bercuti panjang Deepavali.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
KLCC sunrise this morning @2023 |
Rabu, 15 November 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke seberang Menara Berkembar Petronas itu.
Untuk mendaftar di kantor yg baharu. NOV Selangor Dredging KLCC
I JOIN NOV IN NOVEMBER 2023
Dan berjumpa teman2 lama.
Yg sudah berpuluh tahun tidak ketemu.
Nota lowongan kerja potong rumput. Selama beberapa bulan kan wak sudah goyang telur sambil mencari lowongan kerja merata2 tempat. Tiada yg tawarkan kerja. Sehinggalah tadi dihari pertama di kantor. Tiba2 sahaja ada 2 ejen (Singapura dan India) panggil wak. Wak beritahu disebabkan baru kerja, notis berhenti kerja adalah 1 minggu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
While inside a Grabcar from Subang airport to Ampang @2023 |
Selasa, 14 November 2023.
Hari ini hari keberengkatan pulang wak ke gagang.
Tadi malam jam 12 tghmlm baru boleh tidur.
Gara2 kerja kantor yg harus diselesaikan.
Pagi2 jam 6 sudah bangun.
Sebab mahu ambil laptop di kamar pak NGA.
Kemudian tergesa2 pula kemaskan barang2 dalam bagasi.
Pesawat dijadualkan berlepas jam 11am.
Boleh pula wak pesan Grabcar jam 7. 30am.
Sampai pak supir kehairanan bila wak kasi tahu ada lebih 3 jam lagi pesawat akan berlepas.
Menyesal pula tidak pergi ke terminal feri makan nasi lemak Singapura untuk kali terakhir.
Di bandara wak beli luti gendang (roti rendang) Rp85k untuk 20 biji yg setengah matang.
Kemudian beli 4 baju tshirt ada tulisan Batam. Rp30k each.
Ditengah penerbangan diatas awan tadi.
Suasana penerbangan agak mencabar.
Tapi kami selamat mendarat di destinasi.
Alhamdulillah.
Informasi lalat.
Awan Menunjukkan Udara Tidak Stabil. Sederhananya, kepadatan awan berbeda dari udara di sekitarnya. Itulah salah satu alasan mengapa anda bisa mengalami turbulensi saat terbang menembus awan. Tetapi alasan lain, dan seringkali lebih signifikan, turbulensi terjadi di awan adalah karena pencampuran udara yang tidak stabil karena perubahan suhu, tekanan, dan kecepatan di dalam awan dibandingkan dengan udara luar.
Tiba di Subang Airport jam 2pm.
Makan burger cendawan di restoran Burger King.
Movie lalat.
Cigarette Girl (Gadis Kretek) Episod 1 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Leaving Batam for good @2023 |
Masjid Hang Nadim Batam Airport @2023 |
Bandara Hang Nadim Batam airport @2023 |
Pak, pinjam dulu seratus @2023 |
Isnin, 13 November 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke galangan kapal.
Ada banyak hentian yg pak supir Mus kena pergi.
Van hiace yg boleh diisi 14 orang termasuk pemandu.
Dan sempat bayar duit yg pak NGA hulurkan dahulu.
Sudah lebih 4 bulan.
Nasib baik wak ingat kembali sebelum berangkat pulang esok.
Tengahari wak terlelap seketika diatas meja.
Tidak sedar bro NAZ sudah tiba dari Manjung.
Dia memandu dari jam 4 pagi bersama anak2 dan isteri. Kemudian isteri anak2 pulang ke Manjung semula dari Subang Airport.
Malam selepas mndi dan solat maghrib.
Bro NAZ, pak NGA dan wak berjalan kaki ke Mega Mall.
Pekena nasi ayam bakar madu.
Kemudian berkejaran pulang ke kamar apartment pak NGA dan bro NAZ.
Ada urusan kantor yg harus di tangani.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Luti Gendang di Alun-Alun Batam Center @2023 |
Ahad, 12 November 2023.
Pagi2 tadi masa turun di lobi.
Ternampak pak NGA sedang lepak2 (nongkrong) di bangku di luar itu.
Dia baru pulang beli luti gendang di alun2.
Katanya, luti gendang di sini lebih murah berbanding di tempat kemaren. Rasanya sama sahaja.
Yakni, cuma Rp2k sebiji berbanding Rp4k. Manakala harga luti gendang setengah matang di bandara ialah Rp850k untuk 20 biji.
Kamus lalat. Luti Gendang adalah roti dengan isian abon ikan atau ayam yang digoreng dan mempunyai cita rasa gurih. Luti Gendang berasal dari Kabupaten Kepulauan Anambas yang merupakan salah satu Kabupaten perbatasan negara di Provinsi Kepulauan Riau. Penamaan Luti Gendang sendiri berasal dari dialek masyarakat Tionghoa yang menyebut kata ‘roti’ menjadi ‘luti’. Sementara kata ‘gendang’ diketahui merupakan kata ‘rendang’ yang dalam bahasa Tarempa bermakna digoreng.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
One Residence Apartment and Harris Hotel Batam Center @2023 |
Sabtu, 11 November 2023.
Pagi2 mgr AYU berkata tidak jadi ke galangan kapal.
Kerana tiada pengangkutan ke sana.
Jadi pagi2 jam 7.07am.
Kami bertiga berjalan kaki ke terminal feri Batam Center.
Restoran yg ada menjual nasi lemak Singapura.
Rp22 ribu untuk set nasi lemak dan air teh 0.
Pak NGA berkata yg nasi lemak itu lebih enak.
Berbanding nasi lemak yg dia makan di Tanjung Uncang kemaren (semalam).
Tengahari agak sibuk dgn urusan kantor.
Dengan jaringan internet yg tidak stabil dikamar.
Dan yg paling wak kecewa.
Tidak perasan mgr AYU tiba2 sudah berangkat terbang naik pesawat ke KL.
Yo wes lah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Me and Pak NGA having nasi lemak Singapura at Ferry Terminal Batam Center @2023 |
Welcome To Batam Sunset just now @2023 |
Batam Center |
Ferry Terminal @2023
Jumaat, 10 November 2023.
Pagi tadi setelah mengharungi macet dari Batam Center.
Singgah juga di rukan (rumah makan) di Tanjung Uncang.
Wak pesan lontong dan roti canai.
Tapi kena tapaw sebab yg lain sudah bersarapan di tempat masing2.
Tengahari solat jumaat berjemaah di masjid Sultan Mahmud Riayat Syah.
Kemudian makan di restoran Sari Utama (S1).
Wak belanja pak supir.
Malam pula berlarian ke rumah pak Dodi di Botania.
Ada majlis harijadi anak lanang dia.
Sambil periksa laptop yg rosak tali kabel kuasanya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
|
|
|
|
|
|
Khamis, 9 November 2023.
Pagi2 wak sudah berlarian ke terminal feri Batam Center.
Gara2 mahu makan nasi lemak Singapura Rp22k set dengan air teh 0.
Kemudian berlarian ke kedai senang dan mudah Alfamart.
Untuk tambah nilai pulsa yg sudah kaput.
Sempat juga hantar pakaian kotor (laundry) di lobi rumah inap.
Wak mahu perkhidmatan pantas (ekpres 1 hari).
Sebab spender (sependa = seluar pendek dalam) sudah hampir kotor semuanya.
Tengahari tidur sebentar di meja perbahasan itu.
Petang keluar awal untuk ke galangan (shipyard) vendor. Utraco Batam
Usai urusan di galangan.
Terus pak supir hantar pulang ke rumah.
Malam pula berjalan kaki ke medan WTB (Welcome To Batam).
Tidaklah jauh mana dari rumah inap.
Ambil 2 3 keping gambiran sudah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.