Nov 29, 2023

CRANBERRY SALAD ORIGINAL AT COFFEE BEAN

Petronas Twin Towers @2023


Rabu, 29 November 2023.

Tengahari sudah berlarian ke Chow Kit. 

Petang pula terasa mahu makan salad Cranberry.
Sebab kelmarin wak nampak bro FIQ yg duduk sebelah sedang makan salad itu.
Jadi wak turun sahaja ke Coffee Bean dibawah bangunan. Rm19. 80.


Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Coffee Bean's Cranberry Salad RM19.80 @2023
Selangor Dredging Jalan Ampang

Nov 28, 2023

MENGATASI KELESUAN AKIBAT PENERBANGAN TEMPOH YG PANJANG (JET LAG)

Petronas Twin Towers before sunset @2023

 

Selasa, 27 November 2023.

Malam tadi sampai di rumah pun jam 2 pagi.

Tadi ke kantor dengan keadaan mengantuk yg amat sangat.
Sampai di meja kantor, terus lelap sebentar.

Tengahari pun tidak keluar bersama rakan2.
Sebab memang rutin tidur 13 minit untuk mengecaj energi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Normal breakfast this morning at kedai mamak NZ @2023
Pak NUS calling the prayer (adzan) @2023
Petronas Twin Towers behind the canopy @2023
Petronas Twin Towers @2023
Giant 3D billboard next to Lembaga Getah Malaysia @2023
Is that me you are looking for? @2023

Nov 27, 2023

THE ALTERNATIVE WAY TRAVELLING FROM BATAM TO KL VIA SINGAPORE

Batam Center view from One Residence @2023


Isnin, 27 November 2023.

Soalan lalat. Kenapa tidak terus naik pesawat dari Batam ke KLIA? Sebenarnya hanya ada satu pesawat dari Batam setiap hari, yakni pada jam 11am. Jadi tidak mungkin naik pesawat kalau masih ada tugasan sehingga petang kan. Olehkerana itu haruslah naik pesawat di negara lain jika mahu pulang dihari yg sama. 

Pagi jam 6am.
Naik mpv ke galangan kapal.
Tengahari tidak keluar mencari makanan.
Sore jam 4.30pm pulang ke apartment.
Mandi dan berkemas untuk berangkat pulang.

Jam 6.15pm sudah berjalan kaki ke terminal feri yg terletak bersebelahan.
Mgr AYU dan bro NAZ temankan.
Lepak makan mie goreng pedas dan teh 0 panas.

Nasib baik tiba2 teringat mahu tukar wang Singapura. Tergesa2 wak turun ke kaunter pengurup wang (money changer) yg banyak disitu. Tukar RM180 untuk dapatkan SGD50. Kerana kena tukar ke uang Rupiah dahulu. Tapi sebenarnya tidak digunakan duit SGD ini Ini adalah kerana bayaran tambang MRT dari (Harbour Front ke Changi Airport) guna kad kredit sahaja. 

Feri Majestic bertolak awal 8 minit dari dijadualkan.
Sejam sahaja sudah tiba di pelabuhan Harbour Front, Singapura.
Tapi waktu tempatan adalah hampir jam 10 malam.
Aiseh - wak cuma ada lebih sejam untuk tiba di Changi Airport.

Berjalan kaki dari feri, melimpasi imigresen dan kastam.
Tercari2 stesen MRT berdekatan.
Mau naik teksi agak mahal, kemudian menyesal sebab mahu kejar masa.
Tanya petugas di kaunter.

"Mula2 naik MRT laluan ungu, wak"
"Kemudian tukar ke laluan hijau,"
"Satu stesen sahaja ke Outram, kemudian laluan hijau terus ke Changi Airport,"

Tapi mamat petugas (Melayu) itu tidak bilang kena turun di stesen Tanah Merah dan tukar tren untuk ke lapangan terbang.
Aiyah.

Masa itu sudah hampir jam 10pm.
Pesawat akan terbang jam 11.40pm.
Masih sempat juga fikir wak.

Untungnya wak tidak bawa bagasi besar untuk di periksa masuk.
Dan boarding pass pun sudah siap di cetak

Ini adalah cabaran juga.
Sebab wak tidak biasa dgn lapangan terbang Changi.
Harus tercari2 terminal yg betul nanti.

Memang betul seperti yg dikhuatiri.
Turun dari MRT di stesen Tanah Merah.
Tunggu tren ke Changi Airport.
Ada pula tren yg tidak boleh dinaiki. Aiyahh.

Bila tiba di stesen Changi Airport.
Terkejar2 mencari terminal 4 seperti tertera didalam boarding pass.
Tanya juga petugas disitu. 

"Wak turun eskalator, keluar di Gate 1,"
"kemudian ada bas menunggu untuk Terminal 4,"
Masa ini jam sudah hampir pukul 11pm.

Boleh pula drebar bas tunggu tepat jam 11.01 baru bergerak.
Stress betullah.

Di Terminal 4 agak terkejar2.
Masuk ke Departure hall.
Kena scan, tanggal talipinggang.


"Can I see your keys inside the bag?"
"This canned drink cannot,"
"Can I drink it here?"
"Yes,"

Patutlah wak segar semacam je dalam pesawat tadi.
Air buah tunjuk langit, ie Geng Skyfruit
Hehe.

Pesawat berlepas mengikut jadual.
Tiada siaran tertunda.
Tiba di KLIA2 awal dari dijangkakan juga.
Sepatutnya sejam masa penerbangan.

SGArrival Card online mesti didaftar 3 hari sebelum masuk.
Tapi wak buat malam sebelumnya dan berjaya.
Kemudian print semua dokumen yg penting, yakni tiket feri, boarding pass air asia dan dokumen SGA card itu.
Tapi sebenarnya tiada pun yg periksa dokumen SGA itu sebab proses imigresen semua elektronik. Biarlah, drpd takde kann. 


Blog bukanlah hakmilik kekal.



(above) My actual travelling mode from Batam to KLIA via Singapore @2023

Welcome to Batam monument @2023
Bro NAZari, Pax Ocean, Pollux Habibie and Batam Center Ferry Terminal @2023
Harbour Front Ferry Terminal Singapore @2023
Batam Center to Harbour Front Singapore @2023
Changi Airport to KLIA2 @2023
Before descending to KLIA2 @2023
Leaving Changi Airport Singapore @2023

Nov 26, 2023

GOOD GRABFOOD SERVICE IN BATAM

Batam Center Grabfood @2023
McD Sausage McMuffin with egg

 

Ahad, 26 November 2023.

Pagi2 wak sudah pesan mekdi.
Pesan mcmuffin sausage with eggs gitu.

Boleh pula tidak perasan bila masrider tiba di lobi.
Ingatkan masrider sudah patah balik dan batalkan pesanan.
Terfikir juga wak turun ke lobi dan tanya matguard itu.
Memang masrider sudah tinggalkan pada matguard dalam store.
Tidak jadi maki2.
Huhu.

Tengahari pula ada perjumpaan di lantai 9. Dan kerja potong rumput hingga ke tengah malam. 
Mgr AYU pesan pizza hut pula.
Tahukah anda bahawa kesemua menu pizza di sini ada ditaburi biji2 jagung.
"Untuk tambah manis," pak NGA kasi tahu. 

Tahukah anda juga.
Boleh buat pesanan Grabfood untuk diluar negeri.
Selalu juga bro NAZ buat pesanan untuk keluarga di Manjung Perak ketika berada di Batam atau Jakarta. 

Jadi tadi selepas menikmati piza di lantai 7.
Pak NGA pun mahu cuba memesan piza kepada keluarganya di Jakarta.
Bro NAZ yg tolong pesankan.
Agak terkejut juga isteri pak NGA bila mendapat piza secara tiba2. Surprise ghiteww. 


Kamus lalat.
mager = malas (ber)gerak; enggan atau sedang tidak bersemangat untuk melakukan aktivitas.
ngambek = murung, kecewa, patah hati, kecil hati, sakit hati, tawar hati, meringis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 25, 2023

WEEKEND IN BATAM TO SUPPORT THE TEAM

Subang Airport before departure @2023

 

Sabtu, 25 November 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke lapangan terbang Subang.
Singgah dulu di Ara Damansara.

Pesawat berlepas jam 10.35.
Lewat 15 minit.

Tiba di bandara Hang Nadim Batam jam tepat 12 tengahari waktu tempatan.

Pesan Grabcar untuk pertama kali.
Pak supir sudah tunggu di parkir di bawah.
Rp110k termasuk tiket parkir tadi.

Tidur sebentar di kamar yg sama di lantai 12.
Sama keadaannya seperti wak tinggalkan 10 hari yg lepas.

Petang ambil laptop dari rakan2 yg baru pulang dari galangan.

Langsung ke terminal feri Batam Center.
Beli tiket feri ke Harbour Front Singapura.
Tiket pada Senin sore jam 7.25pm, Rp485k (rm150)

Malam pula berlarian ke Mega Mall di seberang jalan sahaja.
Dengan mgr AYU, bro NAZ, dan pak NGA.
Wak pesan mie hotplate sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A phone booth at Ara Damansara @2023
Pulau Lobam near Pulau Bintan @2023
Arrival at Hang Nadim airport Batam @2023
Back to the same room @2023
Full moon over Batam Island @2023
Mega Mall @2023
Welcome To Batam @2023

Nov 24, 2023

PAK NUS BERTANYA KENAPA MEK SALLEH RAMAI SUKAKAN MAT NEGRO

Petronas Twin Towers @2023


Jumaat, 24 November 2023. 

Seperti hari Jumaat minggu lepas.
Kami berlarian ke Masjid Kg Baru juga.
Cuaca hari ini agak mendung dan bahang panas juga.

Jejambat Lintasan Saloma tidak ramai pelancong.
Adalah 2 3 pelancong mek salleh dgn pasangan negro masing2.

Masa melepasi Lintasan Saloma tadi.
Tiba2 pak Nus bertanya soalan di atas.

Padahal jamni ada je pompuan Melayu yg lebih sukakan Bangla.
Ada kes kawan wak yg bercinta dgn mamat cina.
Sampai termengandung.
Pastu mencurhat dan meroyan dlm blog. 

Kemudian berhenti di rumah makan Mesra dan Meriah.
Wak pesan nasi campur kuah kari kepala ikan. RM12
Manakala rakan2 yg lain makan ikan bakar.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Before Pintasan Saloma to Kg Baru @2023
Mesra Meria Nasi Campur and Masjid Kg Baru @2023
From Top Left: Arm Wan, Izw @2023
Abg, Sha, Nus
From Left: Nus, Zac, Sha, Abg, Izw, Arm @2023
With yours truly @2023

Nov 23, 2023

MONSOON SEASON IS COMING AND NOW IS THE RAINY DAYS

 

5.05pm view of KLCC at Jalan Ampang @2023

Khamis malam Jumaat, 23 November 2023.

Pagi2 tadi sudah terjebak dalam kesesakan jalanraya yg luarbiasa.
Di Jalan Sungai Besi selepas plaza tol menghala ke pusat bandaraya.

Biasa perjalanan mengambil masa 40 minit.
Tapi pagi tadi sudah hampir 2 jam.
Nasib baik kantor guna waktu anjal (flexible hours) juga.
Kalau pakai kad tebuk (punch card) mesti sudah warna merah.
Aiyah.

Walaubagaimanapun masa pulang dari kantor jam 5 sore.
Keadaan trafik jalanraya agak lancar dan mulus.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 22, 2023

TIBA2 AJE PAKCIK PAKAI KOPIAH POTONG QUEUE NAK BELI NASI GORENG

Petronas Twin Towers reflection @2023


Rabu, 22 November 2023.

Pagi2 tadi wak singgah juga gerai makcik depan kubur P Ramlee itu.

Kena beratur seperti biasa.
Tapi ada pakcik ni yg tiba2 datang.
Dan selamba jr pesan nasi goreng kat pakcik yg jual tu.
Boleh pula pakcik penjual layan dia.
Padahal kami sudah beratur agak lama.
Sampaikan abang cina yg berdiri lama depan wak jadi tidak sabar dan blah.

Wak tak beli nasi lemak.
Wak beli mihun lauk sardin dan telur goreng sahaja.
RM8 termasuk kuih yg harga 60sen sebiji.

Tengahari wak naik grab ke Jalan Imbi. 

Petang tadi ada rakan2 sekantor belanja gorengan dan diletak di pantri.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Nobody wants to queue for this nasi lemak seller @2023
Instead people rather to queue up here @2023
But that kopiah pakcik got the privilige to potong Q.
On Grabcar to and from Jalan Imbi Bukit Bintang @2023
McDonald's restaurant at Bukit Bintang @2023
Mee Kolok for dinner at Jalan Diplomatik Putrajaya @2023

Nov 21, 2023

IKI DINO SELOSO SESUK DINO REBU

 


Selasa, 21 November 2023.

Hari Selasa yg biasa2 sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 20, 2023

WHAT IS MONDAY MORNING BLUES

On Jalan Sultan Ismail KL @2023


Isnin, 20 November 2023.

Hari Isnin yg agak bercelaru.
Moga dipermudahkan urusan.
Amin ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

On Jalan Ampang KL @2023
Selangor Dredging Jalan Ampang KL @2023
KL Tower view @2023
This book is classic @2023
I thought it's a KL streets map ... but
... actually it's a KL street names @2023
it's not sharp and clear because I use Camscanner apps to scan it,
But you get the idea. ;p

Nov 19, 2023

LAZY SUNDAY AFTERNOON - THIS IS I BELIEVE

Working Weekends @2023

 

Ahad, 19 November 2023.

Hari minggu yg lesu dan letih.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mihun Tomyam at Bangi Square Jalan Reko @2023
Uniten Swimming Pool @2023

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.