Oct 10, 2023

SURAH AL ADIYAT BENEFITS AND 9 REASONS TO READ SURAH AL ADIYAT DAILY

 

Surah al Adiyat @2023

Selasa, 10 Oktober 2023.

Pengajaran dari surah al Adiyat.

1. Berlatarbelakangkan peperangan.
2. Akibat kerana tidak bersyukur.
3. Ganjaran bersyukur.
4. Bersamaan mengaji al Quran.
5. Teguhkan kepercayaan kepada Allah.
6. Pengiktirafan nilai sifat Allah.
7. Menguatkan keyakinan manusia.
8. Lebih bersyukur kepada Allah.
9. Menyuburkan iman.

Dan di antara doa yang dapat dibaca untuk mendoakan sesama Muslim, khususnya warga Palestina yang sedang berjuang melawan kekejaman Israel adalah sebagaimana terdapat dalam khulashoh fi adzkarin wa ad'iyatin waaridatin wa matsuratin yang disusun Habib Umar bin Muhammad bin Salim Al Hafidz. Berikut doanya:

صَلِّ وَسَلَّمْ فِي كُلِّ لَحْظَةٍ أَبَدًا عَدَدَ مَعْلُومَاتِكَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَالِهِ ، وَارْحَمْنَا وَالْمُسْلِمِينَ ، وَاحْفَظْنَا وَالْمُسْلِمِينَ ، وَانْصُرْنَا وَالْمُسْلِمِينَ ، وَفَرجْ عَنَّا وَالْمُسْلِمِينَ ، وَعَجَّلَ بِإِهْلَاكِ أَعْدَاءِ الدِّينِ ، وَهَبْ لَنَا وَلِأَحْبَابِنَا فِي هَذِهِ السَّاعَةِ وَفِي كُلِّ حِينٍ أَبَدًا مَا وَهَبْتَهُ لِعِبَادِكَ الصَّالِحِينَ فِي كُلِّ حِينٍ أَبَدًا مَعَ الْعَافِيَةِ التَّامَّةِ فِي الدَّارَيْنِ. 

Artinya: Limpahkanlah sholawat dan salam di setiap saat dan selamanya seluas pengetahuan-Mu atas junjungan kami Muhammad dan juga kepada keluarganya. Kasihanilah kami dan kaum Muslimin. Lindungilah kami dan kaum Muslimin. Jadikan kami dan kaum Muslimin menang atas musuh. Ringankan penderitaan kami dan penderitaan semua Muslimin. Dan percepatlah kehancuran musuh-musuh agama. Beri kami dan orang-orang terkasih kami di saat ini dan di setiap saat dan selamanya apa pun yang selalu Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang saleh, dalam setiap saat selamanya, dengan keselamatan yang sempurna di dunia dan akhirat. 

Hafazan lalat.
Surah al Adiyat 100: 1-11

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Surah al Adiyat Terjemahan perkata @2023


Oct 9, 2023

TEA GARDEN TAMAN PERLING BUKAN DI BUKIT INDAH JB

Digantung HALAL at Tea Garden Taman Perling @2023

 

Isnin, 9 Oktober 2023.

Tengahari sudah berlarian ke Bukit Indah JB, bukan Bukit Indah Ampang.
Tujuan mahu pulangkan laptop syarikat pada mgr AYU.
Beliau akan berangkat ke kantor potong rumput Cyberjaya.

Tiba di restoran Tea Garden berdekatan Aeon Bukit Indah.
Tapi mgr AYU kata sudah tiba di Tea Garden Taman Perling pula.

Wak layan sahaja lah.

Dan terpaksa buat kerja potong rumput sedikit atas arahan.
Dan buat tuntutan bayaran parkir kantor di Cyberjaya.

Oleh kerana laptop kantor sudah dikembalikan.
Petang tadi hingga ke malam.
Wak cari laptop kaum kerabat yg lama2.
Sebab laptop wak terdahulu sudah dipakai oleh istri dan anak lanang wak.
Daripada 4 buah laptop lama, cuma satu sahja yg boleh diguna pakai.
Itupun mampu guna Windows 7 yg perlahan macam siput khinzir.
Walaupun sekarang sudah Windows 10 dan 11 kann.

Dan wak install Photoshop versi CS3.
Walaupun sebelum ini wak guna versi CS6 di laptop yg guna Windows 10 itu.

Movie lalat.
Romeo Must Die 2000.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tea Garden Taman Perling @2023
Reactivate older Windows 7 @2023

Oct 8, 2023

NASI AYAM GORENG TAMAN RINTING

 

Restoran R&Z Mee Rebus Haji Waheed Taman Rinting @2023

Ahad, 8 Oktober 2023.

Petang tadi cuma ke Taman Rinting.
Beli nasi ayam goreng sahaja.

Baliknya singgah di pekan Masai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 7, 2023

SET SIAKAP TIGA RASA SAMBIL MERAYAKAN HARIJADI

Kedai mamak Habib Seri Alam @2023

 

Sabtu, 7 Oktober 2023.

Malam tadi makan luar di restoran tomyam itu.
Set ikan siakap tiga rasa dengan tomyam. RM64

Juga sempat perbetulkan paip air di bilik anak2.
Cuma masih belum terpasang hos.

Ooh. 
Petang singgah di kedai mamak Habib.
Pesan mee goreng garing.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Kedai tomyam Seri Alam @2023

PELAJAR DAN WARTAWAN TANYA LAIN TAPI PMX JAWAB LAIN 2023

 


Sabtu, 7 Oktober 2023.

Maaf. Sesekali entri politik, boleh kann.
Ini entri politik yg sedang viral di sosmed sekarang ini.

WARTAWAN TANYA LAIN TAPI PMX JAWAB LAIN

Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjawab soalan mudah semasa satu sesi dialog anjuran oleh sebuah badan berpengaruh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini disindir Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, pengguna media sosial mengkritik Anwar selepas tular video klip wawancara yang dianjurkan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir yang khusus dalam dasar luar AS dan hubungan antarabangsa semasa Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini di New York.

“Sebagai perdana menteri patut dia boleh jawab itu dengan petik jari sahaja. Tapi tuan-tuan tahu tak, dah keluar pun video.

“Mula-mula saya semak betul atau tidak, takut diedit (sunting). Rupanya tak diedit. Dia petik empat minit lebih kurang jawapan Anwar Ibrahim tentang soal satu saja. Dia melilau seluruh dunia tuan-tuan, dia cerita yang tak ada berkaitan dengan soalan tadi.

“Dia cerita hubungan dia dengan dia dengan Mandela, dia cerita anak dia, cerita Titanic. Entah apa benda cerita tak tahu.

“Saya fikir mat salleh yang hadir itu bukan seorang, ramai. Tokoh-tokoh korporat di Amerika, tokoh-tokoh besar, pemimpin-pemimpin negara yang ada kat situ. Dijawab di hadapan satu majlis persidangan yang besar. Macam mana Perdana Menteri jawab macam itu?” soal Pengerusi Perikatan Nasional itu semasa ceramah di FELDA Chemomoi malam tadi.

Menurut Muhyiddin, semasa wawancara itu moderator bertanya kepada Anwar berhubung langkah-langkah yang akan diambil kerajaan campuran untuk menangani kehidupan rakyat yang terjejas selepas pandemik Covid-19.

“Saya malu mempunyai perdana menteri, nama dia Anwar Ibrahim yang tak boleh jawab soalan budak tingkatan enam,” katanya.

 Sumber tiktok: Zamyahaya

PELAJAR TANYA LAIN PMX JAWAB LAIN


Sumber tiktok: Pejuang 9934

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 6, 2023

JARAK DARI KAMPUNG TERAS JERNANG KE KEMPAS

Nasi Dagang @2023

 

Jumaat, 6 Oktober 2023.

Pagi makan nasi dagang buatan rumah (baca, homemade).

Tengahari berhenti solat di masjid Teras Jernang. Bangi
Dan terus berlarian ke selatan tanahari.

Singgah di Kempas diwaktu senja.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid Teras Jernang Bangi @2023
Google Maps From Teras Jernang Bangi to Setia Tropika @2023
RnR Machap @2023
Restoran Al Sina Maju Setia Tropika @2023
Restoran Si Kembar Kempas @2023

Oct 5, 2023

BON APPETITE AT HERO KIPMALL

 

Khamis malam Jumaat, 5 Oktober 2023.

Tengahari ke McD sahaja.
Pesan double cheeseburger. RM16.

Petang berbelanja dapur di pasaraya Hero. RM420


Masa mahu bayar dikaunter Hero.
Terpaksa guna kad kredit guna nombor pin.
Masalahnya problem.
Keypad di mesin kad kredit itu guna nombor warak.
Manalah wak boleh ingat.
Wak anginlah sekejap.
Terpaksa tanya pakcik google untuk cari dan tengok papan kekunci mesin ATM.
Nasib baik berjaya juga.

Movie lalat.
Pandora 2016 (South Korea's nuclear power plant disaster.)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 4, 2023

GENG SKYFRUIT BUAH TUNJUK LANGIT YG LAKU KERAS

 

The last Geng Skyfruit @2023

Rabu, 4 Oktober 2023.

Hari ini harijadi isteri wak yg jauh dimata itu.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 3, 2023

ADA WARUNG BUNIAN DI TENGAH KAMPUNG

 

Selasa, 3 Oktober 2023.

Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke warung Bunian.
Wak pesan nasi lemak telur bungkus dan roti kosong. RM7
Air teh o sahaja.

Tengahari pula berlarian ke pekan Dengkil.
Ada urusan di bank BSN. Bank Simpanan Nasional

Kemudian singgah di Warung Bakso Jawa.
Wak pesan nasi ayam penyet sahaja. RM13
Air teh o ais limau.

Movie lalat.
The Equalizer 2 (2018).
Face/Off (1997)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi lemak telur bungkus @2023
Nasi Ayam Penyet @2023

Oct 2, 2023

DUE TO THE COMPANY'S CURRENT FINANCIAL DIFFICULTIES

 

Due to current financial difficulties @2023

Isnin, 2 Oktober 2023.

Pagi2 tadi wak berlarian ke medan selera Itik Salai Masthar lagi.
Nasi lemak Kaklong.
Wak pesan nasi lemak sambal kerang seperti biasa.
Harga naik 50 sen.
"Beras sekarang dah mahal naik harga lah wak," kata makcik itu.

Dan masa wak berjalan ke parkir.
Adalah makcik dalam kereta bertanya.
"Ni ke tempat nasi lemak eh eh yg viral tuh .." 

Movie lalat.
The Hangover Part II 2011.
Joe (2013)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 1, 2023

I PARKED MY CAR ON PUBLIC STREET AND THE LOCAL AUTHORITY IS CUTTING TREES

 

Bukit Indah Ampang @2023

Ahad, 1 Oktober 2023.

Tengahari yg penas berdeting.
Bagusnya Waze dan Google Maps akan tunjuk jalan pintas.
Untuk mengelakkan kesesakan lalulintas (macet) di jalanraya persekutuan itu.
Tapi jarak perjalanan yg agak jauh juga.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.