![]() |
| Boh Tea (Teh Tawar) @2023 |
Selasa, 19 September 2023.
Tengahari ke Johor Jaya dan Permas Jaya.
Movie lalat.
The Equalizer 3 2023.
Monsters Of Man 2020.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Boh Tea (Teh Tawar) @2023 |
Selasa, 19 September 2023.
Tengahari ke Johor Jaya dan Permas Jaya.
Movie lalat.
The Equalizer 3 2023.
Monsters Of Man 2020.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masai town this morning @2023 |
Isnin, 18 September 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke warung lontong.
Wak makan lontong seperti biasa.
Malam pula berlarian ke Today's Market.
Mencari lastik (slingshot) di kedai barang2 logam (hardware).
Sebab baru petang tadi anak lanang mahu bawa ke sekolahnya.
Movie lalat.
Alice, Darling 2022.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Lontong Masai, Zarahman @2023 |
![]() |
| After buying a slingshot and having dinner at EZ Seafood @2023 |
![]() |
| Tea Boba Taufa at Mydin Taman Rinting @2023 Masai |
Ahad, 17 September 2023.
Hari ini agak keletihan.
Tidur dan menonton filem sahaja sepanjang hari.
Petang berlarian mahu makan mee rebus Haji Wahid.
Tapi restoran baru sahaja ditutup pintunya.
Jadi wak singgah di medan selera Mydin sahaja.
Wak pesan mee goreng mamak.
Movie lalat.
2001: A Space Odyssey (1968)
2010: The Year We Make Contact (1984)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Nasi Ayam Mafia @2023 |
Jumaat, 15 September 2023.
Tengahari sudah berlarian ke pekan Nilai.
Solat jumaat berjemaah di masjid pekan.
Terlelap di pojok masjid selepas solat.
Kemudian singgah ke restoran ditengah jalan.
Wak pesan nasi ayam penyet dan cendol.
Air suam gratis.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Nasi Ayam Mafia @2023 |
![]() |
| Nasi Ayam Mafia @2023 |
![]() |
| MKN Techzone Embassy @2023 |
Khamis, 14 September 2023.
Hari ini ke kantor potong rumput seperti semalam.
Hari terakhir bertugas kalau mengikut kontrak.
Tengahari keluar bersama bro ASY.
Teringin wak mahu menjamah nasi dagang disitu.
Yakni nasi dagang di restoran Makang.
Tapi kecewa tiada parkir.
Setelah tiga kali terpusing2.
Langsung terus ke mall D'Pulze.
Mgr AYU sertai kami kemudian.
Lepak di Sepiring.
Petang wak berlarian ke mall Wangsa Walk pula.
Balik ikut lebuhraya SUKE dan DUKE.
Tiga kali kanna tol di SUKE highway yg baharu itu.
Menyesal pula tidak ikut lebuhraya MRR2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Sepiring at D'Pulze @2023 |
![]() |
| Sepiring at D'Pulze @2023 |
![]() |
| MEX highway |
![]() |
| SUKE highway @2023 |
![]() |
| SUKE highway @2023 |
![]() |
| SUKE highway @2023 |
![]() |
| Cyber 10, Persiaran Bestari, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor @2023 |
Rabu, 13 September 2023.
Pagi tadi ke kantor potong rumput.
Esok adalah hari terakhir ke kantor mengikut kontrak yg ada.
Sebab hari Jumaat (15hb) adalah hari cuti ganti.
Sempena hari Malaysia yg jatuh pada hari Sabtu.
Sebelum ke kantor singgah mencari nasi lemak viral.
Nasi lemak Myvi Merah di Cyberjaya.
Wak cuba pesan nasi lemak rendang kerang.
Dan juga mee goreng telur goreng.
Bila wak makan di kantor.
Rasanya nasi lemak MakLong di Itik Salai Masthar Bangi itu lebih mancongkam.
Petang hantar cikputih cuci bodi dulu.
Harga masih murah berbanding di pekan Masai atau di pekan Dengkil.
Ooh.
Berita terkini dari Batam.
Ada rusuhan orang2 Melayu.
Punca dari penjualan tanah orang2 kampung di pulau Rempang.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Cyber 10, Persiaran Bestari, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor @2023 |
![]() |
| Cyber 10, Persiaran Bestari, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor @2023 |
![]() |
| Jalan Aman Car Wash @2023 |
Selasa, 12 September 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke medan selera Itik Salai Masthar.
Wak makan nasi lemak sotong.
Movie lalat.
Run All Night 2015.
I Want to Be Killed by a High School Girl 2022.
Headhunters (Norwegian: Hodejegerne)2011.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Saudagar Nanas Agrofarm @2023 Bangi |
Isnin, 11 September 2023.
Pagi2 wak sudah berlarian ke ladang Saudagar Nanas itu.
Wak pesan nasi lemak telur goreng dan lempeng.
Telur setengah masak dan air suam sahaja.
Ooh.
Sebelum balik.
Sempat lagi beli secawan plastik nanas berharga rm5 itu.
Movie lalat.
John Wick Chapter 4 2023.
Nocebo 2022.(Filipino - Irish)
Honest Thief 2020 (Liam Neeson)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Saudagar Nanas Agrofarm @2023 Bangi |
![]() |
| Saudagar Nanas Agrofarm @2023 Bangi |
![]() |
| Pulasan at Jalan Bukit Dugang @2023 Sungai Merab Bangi |
Ahad, 10 September 2023.
Pagi2 sudah berlarian mencari nasi dagang.
Tapi kedai makan Makang Cyberjaya tutup pula hari Ahad.
Petang berlarian pula ke pekan Dengkil.
Pulang singgah beli apam balik (murtabak manis) - tiada foto.
Dan beli setangkai buah pulasan (rm10).
Fakta lalat.
Buah Pulasan - nama saintifiknya Nephelium mutabile ialah sejenis buah tropika yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan (Nephelium lappaceum). Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Buah ini dikenali sebagai maritam di Brunei dan Kalimantan, dan bulala di Filipina. Buah pulasan ini tidak terdapat di pulau Jawa termasuk kota Jakarta atau Surabaya. Ianya terkenal di kerajaan Johor, Riau Lingga.
Movie lalat.
Wake in Fright 1971.
Half & Half 2022.
Gold 2022.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Mantin is a town in Seremban District, Negeri Sembilan, Malaysia. @2023 |
Sabtu, 9 September 2023.
Pagi2 tadi wak berlarian ke pekan Semenyih.
Singgah di kedai mamak.
Wak pesan roti canai, kuah kari kambing.
Telur setengah masak 2 biji dan air teh 0 kurang manis.
Kemudian berlarian ke pekan Mantin pula.
Ikut lebuhraya Lekas.
Tiba2 mgr AYU panggil wak.
Mula2 wak tak jawab sebab merajuk.
Ada kah patut disuruh kerja bilamana sedang bercuti.
Sejarah lalat.
"Mantin, Negeri Sembilan - Menurut cerita orang-orang tua di kawasan Pekan Mantin, asal nama pekan ini ialah 'Many Tin'. Nama ini diberi oleh penjajah British berikutan banyaknya bijih timah di kawasan ini. Ketika itu, ramai imigran dari negara China telah berhijrah ke sini untuk menjadi buruh di lombong bijih timah."
Movie lalat.
1. The Dive 2023.
2. The Old Guard 2020 - (note. unfinished watching)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Mantin is a town in Seremban District, Negeri Sembilan, Malaysia. @2023 |
![]() |
| Mantin is a town in Seremban District, Negeri Sembilan, Malaysia. @2023 |