Taman Bandar Pasir Gudang @2023 |
Isnin, 31 Julai 2023.
Agak sibuk dengan kerja potong rumput hari ini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jalan Permas 1/1 @2023 |
Ahad, 30 Julai 2023.
Tengahari cuaca agak panas berdeting
Cuma sempat berlarian ke Permas Jaya.
Beli 2 keping martabak manis (apam balik). RM4 x 2
Dulu sekeping RM3.50.
Dari zaman rm1.50 sekeping 20 tahun yg lampau.
Dan sempat cuci cik maibee, luar dan dalam.
Harga cucian snow wash ialah RM12.
Wak pernah cuba martabak manis di Jakarta.
Tebal dan manis sangat.
Sembang lalat.
Wak: Dah lama ke pakcik jualan kt sini?
Pakcik apam balik: Dah lebih 30 tahun wak..
Pakcik apam balik: sejak kedai eskem Magnum dari balik nun disana sampai naik keatas nih.
Movie lalat.
365 Days 2020 (18SX)
A Man Called Otto 2022
War of the Worlds 2005
Blog bukanlah hakmilik kekal.
This is Apam Balik Malaysia @2023 |
Laundry Taman Cendana @2023 Pasir Gudang, Johor |
Sabtu, 29 Julai 2023.
Sememangnya tiada swalayan laundry di Indonesia, yakni di Jakarta atau di Batam.
Jadi pagi tadi wak sudah berlarian ke kedai laundry Taman Cendana.
Basuh baju2 dan celana2 kotor.
Tukar duit siling. RM20
Beli sabun pencuci. RM1.50
Beli pewangi dan pelembut Softlan. RM1.50
Masukkan pakaian kotor ke dalam mesin pencuci 9kg.
Tuang sabun pencuci.
Tuang pewangi dan pelembut.
Masukkan rm5.
Tunggu 24 minit.
Sempat ke kedai mamak Nur Azwa.
Makan roti telur kuah kari.
Tukar pakaian yg sudah dicuci.
Ke mesin pengering pula.
Masukkan rm4.
Tunggu 24 minit lagi.
Movie lalat.
Blackberry 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jalan Masai Lama @2023 |
One Stop Apartment @2023 |
Jumaat, 28 Julai 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke tengah bandaraya.
Tujuan mahu mengambil kereta cikmaibee.
Di rumah sewa anak lanang yg baru beli kereta. Aqi JWF 2910 Myvi AV
Langsung ke kantor potong rumput di Cyberjaya.
Tengahari masih berdikusi dgn mgr SUH.
Kemudian berlarian pulang ke selatan tanahair.
Pandu kereta cikmaibee warna biru itu.
Ooh.
Sempat beli air tin buah tunjuk langit.
Yakni Geng Skyfruit yg pahit tapi ohsem itu.
Movie lalat.
Oppenheimer 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Smiling his first new car @2023 This photo is taken from the family whatsapp group. 2910 is his birthday. |
Tebrau City midnight show - Oppenheimer @2023 |
Khamis, 27 Julai 2023.
Cikputih wak masih dalam bengkel.
Untuk ganti getah pintu.
Pesan Grabcar ke kantor potong rumput.
Dapat pak supir yg berjanggut putih membawa teksi merah putih.
Kamus lalat. Razia - sekatan lalulintas jalanraya, roadblock, penahan beramai2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Lotus's Bandar Puteri Bangi @2023 |
Selasa, 25 Julai 2023.
Malam tadi wak berlarian ke Lotus's Bandar Seri Putra.
Terserempak dengan seorang budak lelaki autisme.
Dikawal selalu dengan adik lelaki yg normal.
Kelihatan juga adik perempuan yg down sydrome di meja makan mereka.
Tapi budak lelaki autisme ini tidak duduk diam.
Fattah Cartolina tipikal
Cerita #inflasi lalat.
Kali terakhir beli air tin Geng Skyfruit - Okt 2019.
Yakni 4 tahun yg lepas.
Di stesen minyak Petron Elite Highway hala selatan.
Dulu RM8 setin.
Sekarang sudah jadi RM8.50 setin.
Kelmarin wak ternampak ada kedai mamak menjualnya tapi lupa dimana.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sunrise this morning @2023 |
Jumaat, 21 Julai 2023.
Tengahari dari kantor di Cyberjaya.
Wak berlarian ke masjid besi Sultan Mizan Zainal Abidin Putrajaya.
Masa dalam masjid.
Tiba2 ada abam ini bentang sejadah sebelah dan duduk.
Tidak lama kemudian dia tegur dan minta bantuan.
Untuk dihantar ke pejabar RELA Putrajaya.
Wak setuju je.
Usai solat Jumaat berjemaah tadi.
Abam ini pun turun di pintu untuk ambil kasut dia.
Wak sedia set jam 13 minit.
Kalau lambat wak tinggalkan sahaja.
Sambil tengok orangramai beratur untuk minum air laici dalam balang.
Wak teringin juga tapi tak mahu beratur.
Takut kalu beratur nanti kehabisan pula.
Hampir 13 minit wak pun mula melangkah turun ke parkir.
Tapi tiba2 muncul pula abam tadi datang.
Sambil bawa 2 cawan air laici balang yg sejuk.
Tidak nampak pula dia beratur tadi.
Kemudian wak pun hantarlah abam ke pejabat RELA.
Wak perasan tadi.
Walaupun dia beritahu ramai mengata dia orang gila.
Tapi pandai pula dia menghafal beberapa surah al-quran.
Walaupun ayat 100 dinar tidak berapa betul.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nasi lemak kerang Maklong @2023 di Itik Salai |
Jambatan Seri Saujana Putrajaya @2023 |
Masjid Besi Putrajaya @2023 |
Air laici sejuk at Masjid Besi Putrajaya @2023 |
Jambatan Seri Wawasan Putrajaya @2023 |
Nutrilite GUTPROtein Set PWP & GWP BUY Nutrilite GUTPROtein Set GUTPROtein Set A (327419) Consists of: • 1x Nutrilite Soy Protein Dri...