Jul 14, 2023

SUDDENLY WE NEED TO GO BACK TO THE SHIPYARD

Pollux Habibie Sunrise @2023

 

Jumaat, 14 Julai 2023.

Pagi2 tadi mgr AYU sudah kerahkan untuk ke galangan kapal potong rumput.
Sebab arahan pihak pengurusan untuk membawa semua barang2 balik ke Malaysia.

Tengahari bersolat jumaat berjemaah di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah.

Petang pun balik sudah telat dan fenat.
Tapi sempat juga berjimba2 dan bergadang hingga larut malam. Ehh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pollux Habibie Sunrise @2023
Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah Tanjung Uncang @2023
S1 - Seri Utama Tanjung Uncang @2023

Jul 13, 2023

MENDING CINTA 1 MALAM DRPD CINTA 100 TAHUN TAPI SAKIT HATINYA TIAP2 HARI

Malam Jumaat Kliwon @2023

 

Kamis, 13 Julai 2023.

Hari ini wak dan rakan2 tidak lagi dibenarkan masuk ke galangan kapal.
Tapi kami potong rumput seharian di bilik mesyuarat di Pollux Cafe sahaja.

Petang kami berlarian ke mall MB2 (Botania).
Pak DOD yg jadi supir.

Rakan2 lain beli jajan untuk dibawa pulang ke gagang.
Kerepek2 pelbagai jenis dan sosej matang.

Wak tidak beli apa2 pun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pollux Cafe Meeting Room @2023
Pollux Cafe Meeting Room @2023
MB2 Mall Botania @2023
Sunset view just now @2023

Jul 12, 2023

ISTILAH BAPER TIDAK SELALUNYA SOAL PERASAAN CINTA DAN ASMARA

Day 55/60 @2023

 

Rabu, 12 Julai 2023.

LOP (permit kerja di galangan) akan berakhir pada hari ini.
Bermaksud esok tidak boleh lagi masuk ke galangan kapal.

Jul 11, 2023

TIADA BEDA BANJIR DI BATAM SAMA DI MASAI

 

Selasa, 11 Julai 2023.

Hujan lebat dari tadi malam hingga ke pagi.
Pak supir FER pun ketelatan (kelewatan) tiba.

Wak pun tidak boleh ambil gambiran sunset pagi tadi seperti biasa.

Kamus lalat.
Kebablasan - terlewat dari batas atau tujuan yang sudah ditentukan; keterlaluan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 10, 2023

MELIHAT SOSOK WANITA PONTIANAK YG CANTIK MENGAMBANG DI BELAKANGKU

Good Morning Batam @2023.


 

Isnin, 10 Julai 2023.

Pagi2 tadi sebelum ke galangan potong rumput wak pesan McD.
Walaupun ada rumah makan McD terdekat bersebelah rumah kost ini.
Tapi Grab apps sudah menyambungkan ke rumah makan di Taman Harmoni yg agak jauh.

Bila pesanan sudah terima.
Tiba2 mas supir beritahu titik penghantaran kost wak tersalah.
Dia minta pembatalan sebab kejauhan.
Kasihan dan buru2, wak pun cuba batalkan.
Tapi tidak jumpa butang batal pula.

Sampaikan wak telefon rumah makan McD itu.
Mereka mahu tolong tapi tidak berjumpa pesanan.
Dua kali wak telefon rumah makan mcd itu.

Dan banyak kali wak cuba telefon mamat supir Indon itu tapi tidak di angkat pula. 

Akhirnya wak pasrah.
Dan kata orang kalau sudah rezeki tidak akan salah alamat. 
Akhirnya wak tiba2 perasan Grab apps sudah tukar mat supir yg lain.

Bila di telefon, mat supir yg baharu kata boleh hantar tanpa masalah.

Dan nasib baik juga.
Sempat juga diterima burger mcmuffin sausage with egg.
Sebelum travel (van) kantor tiba jam 6.40am.
Itupun ada lagi rakan yg belum tiba.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MENGAPA SUPIR GRABBIKE CENDERUNG BERALASAN TIDAK PUNYA UANG KEMBALIAN

 

Ahad, 9 Julai 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke Terminal Feri Internasional Batam Center.
Naik Grabbike tanpa diskaun seperti minggu yg lepas. Rp8500 (RM3).
Mat supir itu tidak ada uang recehan kembalian. Modus btollah.

Di dalam terminal.
Wak pesan nasi lemak Singapura. Rp22k (RM6)
Paket dengan teh manis.

Singgah di kedai mudah dan senang.
Beli deodoran, sabun buku mandi dan aqua besar.

Pulang dari terminal feri pesan Grabbike juga.
Rp8500 tanpa diskon dan tanpa uang recehan kembali.
Modus sungguh dorang nih.

Petang pula wak berlarian ke One Batam mall.
Pesan Grabbike juga. Rp8500 
Walaupun mat supir kata ada uang recehan.
Tapi wak tatap kasih uang pas-pasan.

Didalam mall ada medan selera.
Wak pesan nasgor ikan masin taknak petai. Rp30k (RM9)
Teh o beng.

Tujuan utama datang ke mall ini.
Untuk beli beberapa barangan dapur.
Wak beli roti putih, butter, telur 2 papan, dan jajans.

Pulang ke kost wak pesan Grabbike lagi.
Disuruhnya wak berjalan kaki keluar parkir mall.
Tidaklah jauh mana.
Bayaran Rp8500 wak pun bayar dgn uang pas-pasan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 8, 2023

HARGA KAKI LIMA RASANYA BINTANG LIMA - ULASAN LONTONG ANAMBAS LUTI

Pollux Habibie Apartments @2023

 

Sabtu, 8 Julai 2023.

Pagi dalam perjalanan ke kantor potong rumput.
Kami singgah di rumah makan Anambas Luti.
Nama kedai - Anambas Luti di Jalan Laksamana Bintan Batam.
Baru kelmarin kami makan malam disini.

BOARDING AN FPSO SHIP AGAIN! AFTER ONE YEAR

 

Jumaat, 7 Julai 2023.

Kali terakhir naik kapal ini.
Ialah setahun yg lepas - LINK

Pass naik kapal pun entah hilang kemana.
Terpaksa buat kad pass yg baharu.

Tengahari bersolat jumaat di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah.
Usai solat, wak makan nasi campur di rumah makan Ibu Tintin. Rp37rb (RM10)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 7, 2023

PILIHAN NASI AYAM TELUR ASIN YG GURIH

 

Khamis, 6 Julai 2023.

Pagi2 tadi hujan gerimis.
Kami berhenti dan makan di rumah makan biasa.
Sebab tidak mungkin perhimpunan keselamatan akan dijalankan pagi ini.

Sore pula dari kantor.
Kami singgah di rumah makan Anambas Luti.
Bro ASY syorkan sebab beliau pernah menjamu selera disini.

Wak pesan nasi ayam telur asin. Rp 30k (RM10)
Walaupun sedap, tapi tiada kuah sup.
Air teh tawar (teh o kosong).

Layan sahajalah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 5, 2023

BUAH CIKU DISEBUT SAWO DI INDONESIA

 

Rabu, 5 Julai 2023.

Petang tadi mgr AYU sudah suruh berkemas awal untuk pulang.
Sebab mendong semakin gelap di ufuk selatan galangan kapal.

Jul 4, 2023

RISIKO MUNGKIN DIHADAPI AKIBAT CINTA SATU MALAM

A full moon this morning @2023
Teluk Tering Batam

 

Selasa, 4 Julai 2023.

Tajuk haruslah clickbait kann. Hehe.

Tiada yg menarik sangat hari ini.
Seperti biasa.
Pergi kerja jam 6.30am.
Potong rumput seharian.
Pulang kerja.
Tiba di kost pun sudah 6.30pm.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A full moon this morning 15 Zulhijjah @2023
Teluk Tering Batam
This is why I'm fat @2023
PaxOcean Shipyard Tanjung Uncang Batam
PaxOcean Shipyard Tanjung Uncang Batam @2023
Between Tiban and Batam Center @2023

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.