Hankook tyre manufactured on the 43rd week of 2022 @2023 Continental, Jalan Industri Putra 1 |
Khamis, 23 Mac 2023.
Hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan.
Tengahari tadi wak sudah berlarian ke bengkel tayar kereta.
Hantar cikputih yg keempat2 tayarnya sudah kehausan.
Kali terakhir tukar tayar berjenama Michelin sudah 6 tahun yg lepas (2017).
Antara jenama Hankook dan Toyo, wak pilih Hankook.
Walaupun mamat cina itu sarankan pakai Toyo yg lebih rm10 sebutir.
Kod tayar kereta.
195/65/R15 91T rm210
195 - saiz kelebaran tayar
65 - nisbah ketinggian dinding tayar
R - radial
15 - diameter saiz rim
91 - berat yg mampu ditanggung setiap tayar
T - kelajuan maksimum (190km/j) tayar mampu meluncur
Kod 4322.
Ianya diperbuat di minggu ke 43 di tahun 2022, yakni baru beberapa bulan. Yg penting tidak lebih 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.