Dec 25, 2022

SEPETANG DI TELUK ANSON

On the way to Ipoh @2022
Kampung Sepintas Hutan Melintang

 Ahad, 25 Disember 2022.
Hari Natal atau Krismas.

Tengahari sudah berlarian ke Ipoh.
Singgah di medan selera Mee Keroncong.
Wak pesan laksa sarawak kuah berlimpah.

Dec 24, 2022

KAMPUNG SUNGAI SUNSET

@2022 Sunset at Kampung Sungai Haji Dorani

 Sabtu, 24 Disember 2022.

Petang berlarian ke tefian fantai sahaja.
Tapi matahari tenggelam pun tidaklah kelihatan juga.

Hafazan lalat.
Surah al-Baqarah ayat 1-5.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 23, 2022

PUNCA PENDAPATAN MAJLIS TEMPATAN DARI SAMAN PARKIR

He wanted to have KFC instead @2022

 Jumaat, 23 Disember 2022.

Pagi tadi berlarian ke kantor di Cyberjaya.
Sarapan campuran mee goreng, mee hoon dan char kuey teow.

Tengahari sudah berlarian ke restoran Zam Ikan Bakar berdekatan.

Dan kemudian berlarian ke Seks 18 untuk bersolat jum'at berjemaah.

Nasib malang bila dipatok saman parkir (rm10).
Walaupun cuma lepak seketika.
Parkir di kedai mamak berdekatan.
Bayar saman segera guna jompay (Maybank2u).
Tidak perlu guna apps FlexiParking walaupun sudah dimuat-turun.

Ooh cerita lalat lain.
Petang sudah berada di bandar baru ampang.
Beri sedikit sedekah pada mamat selekeh (diatas).

"Nah mat amek nih,"
"Nak KFC wak,"
"Tak sempat mat,"

Sebab itu selalu nampak dia lepak depan pintu KFC.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?
فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ (Surah ar-Rahman ayat 13)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 22, 2022

STRUGGLING WITH TIME MANAGEMENT

Before entering the infamouse KL traffic jam @2022

Khamis, 22 Disember 2022.

Tengahari sudah berlarian ke Plaza Lowyat.
Kemacetan di Jalan Sultan Ismail sangatlah luarbiasa.

Tapi lagi yg membuat penasaran.
Bila ada orang berjanji tapi dicapati.
Ini bukanlah pertama kali ya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 21, 2022

MASAI SUNRISE & INDIAN SCAMMER

Warung Zarahman Masai @2022

Rabu, 21 Disember 2022.

Pagi2 sudah berlarian mencari mee hoon (mihun) ikan goreng.
Alone matcham biasa.

Petang, semasa dalam perjalanan di lebuhraya itu.
Ada panggilan dari pemotong kepala (baca, head hunter).
Suara cewek dari India (+91 40 4901 0106).
Mula2 beritahu tentang permohonan kerja atas talian yg wak pohon.
Ingatkan sudah dapat tawaran kerja di Dubai (UAE) atau Qatar.
Rupa2nya disuruh bayar USD350 (RM1,553) dahulu sebagai uang upah pencarian kepala.
Wak suruh achi hantar emel untuk wak fikir2kan dahulu.
Dan hati2 dijalan raya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mee hoon Ikan Goreng, Wash & Shine, 2 softboil eggs @2022
Near Kampung Sejagong @2022
Near Southville @2022

Dec 20, 2022

COPY OF THE LOST ROADTAX

Getting a roadtax copy today @2022 
Please ignore the plat number.

Selasa, 20 Disember 2022.

Petang sudah berlarian ke UTC Pasir Gudang.
Tujuan untuk mendapatkan salinan cukai jalan.
Cukai Jalan cikputih yg hilang dihembus angin di Silk highway kelmarin.

Dec 19, 2022

WORLD CUP FINAL PALING GILA

1.08am near to Pasir Gudang exit @2022

 Isnin, 19 Disember 2022.

Malam sudah berlarian pulang ke selatan tanahair.
Selepas ambil anak lanang dan anak wedong dari KL Convention Center.

Sempat tonton siaran langsung di facebook.
Argentina (3) vs Perancis (3).
Argentina menang tendangan penalti 4-2.

Sampai di rumah hinggap pun sudah jam 1.30 pagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 18, 2022

PENGALAMAN BEKAM UNTUK PERTAMA KALI

Spa Bekam ar-Rayyan @2022 Cheras

 

Ahad, 18 Disember 2022.

Wak sudah lama dengar manfaat bekam dari rakan2.
Katanya bekam membuat badan segar dan bisa mencegah berbagai penyakit.
Jangankan tertarik, melihat badan ditusuk-tusuk jarum hingga berdarah saja wak sudah ngeri membayangkannya.

MASJID PUTRA SUNSET

Masjid Putra @2022

 Ahad, 18 Disember 2022.

Petang berlarian ke masjid Putra tangkap matahari terbenam.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid Putra @2022
Swimming pool @2022 Uniten
v
Sunset view from Masjid Putra @2022
Mee Bandung @2022 Itik salai

Dec 17, 2022

BELAKANG RUMAH ADA KLCC

Morning before sunrise @2022

 Sabtu, 17 Disember 2022.

Pagi sudah berlarian ke Kampung Baru.
Hantar anak2 wedok bersarapan.
Sebelum ke KL Convention Center.

Tengahari berlarian ke Sunway Pyramid shopping mall.
Tapi kepayahan mencapai parkir yg amat dahsyat.
Maka wak pun keluar langsung ke kebun Farm Fresh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 16, 2022

KL CONVENTION CENTER

Somewhere in Jasin heading north @2022

 Jumaat, 16 Disember 2022.

Tengahari sudah berlarian ke KL Convention Center.
Hantar kekanda aTi untuk pameran dan jualannya di hujung minggu ini.

Adinda berdua sudah menunggu disana.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.