![]() |
| One of the big trees @2022 |
Isnin, 22 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Tadi malam sudah dimaklumkan.
Ada 3 pekerja di kantor yg positif covid.
Jadi, bosskur sudah beri arahan untuk WFH hari ini.
![]() |
| Statue of reading book at Harmoni bus halte @2022 |
Ahad, 21 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Satu hari tadi mencari kedai menjual nasi lemak di tengah bandaraya.
Maklumat dari pakcik google pun tidak dikemaskini.
Banyak yg sudah ditutup akibat pandemik.
Mahu cari yg lain2 pun agak kejauhan.
Kawasan2 yg diterokai tadi.
Iaitu di Senayan, Gajah Mada dan Kota Tua.
Dalam FX Sudirman mall tadi.
Kelaparan disebabkan tidak makan sarapan pagi.
Wak pesan Beef Curry Rice dengan teh hijau.
Lupa mahu ambil foto makanan.
Ditengahari yg panas lit-lit tadi.
Mahu mencari es teler pun tidak kecapaian.
Minum es kelapa muda (10rb, rm3) sahaja.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Wearing Batam batik on Fridays @2022 |
Jumaat, 19 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Tengahari bersolat jumaat di masjid dalam PLN itu.
Sebelum solat, makan nasi ayam penyet dahulu (20rb, rm6).
Selain daripada tugasan potong rumput dikantor.
Tiada yg menarik berlaku sangat hari ini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Lunch out @2022 |
Khamis, 18 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Tengahari sudah sertai rakan2 berlarian ke Blok M Plaza mall.
Ingatkan mereka mahu masuk kedalam.
Tapi makan warung di luar mall sahaja..
Wak pesan nasi ayam penyet.
Tambah tempe dan tauhu goreng.
Dan teh panas tawar (total 26rb, rm7.83).
Petang tiba2 wak mahu jalan2 dan tonton wayang gambar.
Wak berlarian ke stasiun MRT Asean.
Wak turun di stasiun paling hujung bernama Lebak Bulus Grab.
Wak pesan GrabBike menuju Mal Cinere.
Boleh pula ada dua mall berdekatan.
Satu lagi bernama Cinere Bellevue mall.
Solat maghrib dan Isyak dalam Mal Cinere.
Bila tengok senarai wayang gambar malam ini.
Tiada yg menimbulkan minat.
Pengabdi Setan 2 Communion & 12 Cerita Glen Anggara.
Jadi wak pun pindah ke Cinere Bellevue Mall.
Wak pun tonton wayang Fall 2022 jam 8.50pm.
Habis wayang pun sudah 11.00pm.
Mahu keluar dari mall pun agak mencabar.
Rupanya pintu utama pun memang terbuka luas dalam kegelapan malam.
Mula2 wak pesan Grabcar.
Kedua2 Grabcar jauh dan tidak kesampaian.
Wak batalkan pesanan.
Kemudian wak pesan GrabBike pula.
Secepat kilat diterima.
Tapi pak supir agak lambat pemanduan motornya.
Aduhai, memang menguji kesabaran.
"Takut risiko ditabrak lah wak," kata pak supir bila tiba di kost.
Bila tiba di kost, pintu depan sudah di kunci.
Tidak boleh dibuka pula kerana guna cap jari.
Mula2 wak telefon bro kuJAI - dia pun tidak boleh buat apa2.
Diberinya nombor kak MILa - tapi dia berada di luar kawasan.
Wak ketuk2 juga pintu utama dan pintu sisi.
Tiba2 ada bapak pembantu ini keluar.
Kecoh juga dibuatnya.
Akhirnya dia masuk ikut bilik kak MILa di belakang sono.
Dan berjaya membuka pintu depan dari dalam rumah.
Ooh.
Malam ini malam jumaat.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| DIY office table just arrived @2022 |
Rabu, 17 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Pagi2 tadi seperti biasa wak bangun awal.
Berkemas untuk pergi kerja.
Bila buka pintu kost diluar ada bro hisHAM mahu memulai jogging.
"Ehh, wak harini kan cuti," tegur bro hisHAM.
Wak ingatkan esok cuti hari merdeka.
Nasib baik ada bro hisHAM diluar.
Kalau tidak mesti wak sudah berlarian ke kantor seorang diri.
Tengahari tuan rumah kost (pengurusan) ada jamuan makan2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Blok M Plaza mall @2022 |
Selasa, 16 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.
Pada bulan lepas, wak sudah membeli simcard prepaid myXL di Batam.
Sekarang baki pun tinggal nol, yakni kosong.
Wak sudah cuba mahu topup guna apps.
Tapi bila mahu bayar tidak berjaya pula.
Sudah cuba guna banyak kredit kad tapi masih gagal.
Pagi tadi wak tanya rakan sekerja, mat aCAP.
Dia kata memang tak boleh guna kad kredit.
Dia suruh cuba di mesin dalam Indomaret.
Tapi kedai Indomaret yg terdekat tiada kemudahan mesin itu pula.
Dan bila wak ke Blok M Plaza mall tadi.
Mamat Indon kat meja Informasi mall kata sudah tiada pula kedai myXL itu.
Aiyahh.
PLAN B
Kemudian tadi wak bertanya pada mat despatch riCKY yg selalu duduk di pintu keluar.
Dia kata dia boleh tolong belikan pulsa di kedai Indomaret.
Secepat kilat wak berikan duit padanya.
Pada masa yg sama wak kena hadiri mesyuarat di lantai atas.
Dipendekkan cerita, usai mesyuarat potong rumput tadi.
Topup wak pun sudah berjaya ditambah.
92GB untuk 107rb (rm32) - untuk rujukan.
Semasa di Batam, wak bayar 100rb untuk 16GB. [+ Link]
Tapi mat aCAP kata mereka beli topup murahan 13GB berharga 30rb sahaja.
Okeh lah, sebab mereka tak perlu update blog hari2 kann.
IT'S A SMALL WORLD INDEED
Ooh.
Tadi masa di bilik kantor.
Ada seorang brader Indon ini sapa wak.
Sebab mungkin dia perasan baju t-shirt yg wak pakai hari ini.
Walaupun baju t-shirt ini banyak salah ejaan yg dibuat AWI.
[+ link Offshore Life Day 37]
Dia, TONi penah kerja di offshore Qatar juga.
Satu proyek dan satu pelantar juga.
Dia pun tahu wak kerja sebagai juru angkut sampah dan rumput.
Seronok juga dia jumpa wak walaupun sebelum ini tidak pernah bertegur sapa.
"It's a small world kan wak," katanya.
GRAB OR NOT TO GRAB
Petang tadi dari kantor.
Wak lihat diluar sudah gelap guliterr.
Angin pun kencang dari arah barat.
Kekencangan angin itu kelihatan amat dari kibaran bendera merah putih.
Selepas beberapa detik berkira2 samada mahu pesan Grab ataupun tidak.
Kalau GrabBike (motor) pasti basah kuyup kalau hujan turun.
Mahu ambil Grabcar terasa tidak berbaloi pula.
Dengan tekad yg tinggi, wak pun berjalan kaki sahaja pulang ke kost.
Sehingga ke pagar rumah kost, hujan pun masih tidak turun.
5 minit selepas itu baru hujan turun mencurah2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Eiger Tropical Adventure, Cihampelas, Bandung @2022 |
Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.
Entri ini ditulis ketika wak sudah pun sampai di kost Jakarta.
Angger wak ora lali.
Takkan nk tunggu bertahun2 baru nk updet kann. Cikkak khannnns. ;p
Entri2 sebelum ini ...
1 - Train to Bandung
2 - Kawah Putih Here I Come
3 - Suspension Bridge Renggenis & Pinisi Resto