Rabu, 17 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Pagi2 tadi seperti biasa wak bangun awal. Berkemas untuk pergi kerja. Bila buka pintu kost diluar ada bro hisHAM mahu memulai jogging.
"Ehh, wak harini kan cuti," tegur bro hisHAM. Wak ingatkan esok cuti hari merdeka. Nasib baik ada bro hisHAM diluar. Kalau tidak mesti wak sudah berlarian ke kantor seorang diri.
Tengahari tuan rumah kost (pengurusan) ada jamuan makan2.
Selasa, 16 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Indonesia.
Pada bulan lepas, wak sudah membeli simcard prepaid myXL di Batam. Sekarang baki pun tinggal nol, yakni kosong.
Wak sudah cuba mahu topup guna apps. Tapi bila mahu bayar tidak berjaya pula. Sudah cuba guna banyak kredit kad tapi masih gagal.
Pagi tadi wak tanya rakan sekerja, mat aCAP. Dia kata memang tak boleh guna kad kredit. Dia suruh cuba di mesin dalam Indomaret. Tapi kedai Indomaret yg terdekat tiada kemudahan mesin itu pula.
Dan bila wak ke Blok M Plazamall tadi. Mamat Indon kat meja Informasi mall kata sudah tiada pula kedai myXL itu. Aiyahh.
PLAN B
Kemudian tadi wak bertanya pada mat despatch riCKY yg selalu duduk di pintu keluar. Dia kata dia boleh tolong belikan pulsa di kedai Indomaret. Secepat kilat wak berikan duit padanya. Pada masa yg sama wak kena hadiri mesyuarat di lantai atas.
Dipendekkan cerita, usai mesyuarat potong rumput tadi. Topup wak pun sudah berjaya ditambah. 92GB untuk 107rb (rm32) - untuk rujukan. Semasa di Batam, wak bayar 100rb untuk 16GB. [+ Link] Tapi mat aCAP kata mereka beli topup murahan 13GB berharga 30rb sahaja. Okeh lah, sebab mereka tak perlu update blog hari2 kann.
IT'S A SMALL WORLD INDEED
Ooh. Tadi masa di bilik kantor. Ada seorang brader Indon ini sapa wak. Sebab mungkin dia perasan baju t-shirt yg wak pakai hari ini. Walaupun baju t-shirt ini banyak salah ejaan yg dibuat AWI. [+ link Offshore Life Day 37]
Dia, TONi penah kerja di offshore Qatar juga. Satu proyek dan satu pelantar juga. Dia pun tahu wak kerja sebagai juru angkut sampah dan rumput. Seronok juga dia jumpa wak walaupun sebelum ini tidak pernah bertegur sapa. "It's a small world kan wak," katanya.
GRAB OR NOT TO GRAB
Petang tadi dari kantor. Wak lihat diluar sudah gelap guliterr. Angin pun kencang dari arah barat. Kekencangan angin itu kelihatan amat dari kibaran bendera merah putih. Selepas beberapa detik berkira2 samada mahu pesan Grab ataupun tidak. Kalau GrabBike (motor) pasti basah kuyup kalau hujan turun. Mahu ambil Grabcar terasa tidak berbaloi pula. Dengan tekad yg tinggi, wak pun berjalan kaki sahaja pulang ke kost. Sehingga ke pagar rumah kost, hujan pun masih tidak turun. 5 minit selepas itu baru hujan turun mencurah2.
Isnin, 15 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Indonesia.
Pagi tadi wak berlarian ke kantor potong rumput. Alone matcham biasa. Singgah di kantin PLN untuk bersarapan. Pesan 2 tauhu goreng dan pisang goreng dengan teh panas dikit manisnya pak. Harga kesemua ialah 9rb (rm2.70).
Tadi wak sudah bayar kesemua perbelanjaan liburan ke Bandung pada FADli. Jumlah perbelanjaan yg dikongsi berempat adalah 313,190rb (rm95) seorang.
Tengahari keluar ke tempat biasa. Pesan nasi ayam penyet dengan es teh manis (23rb, rm7).
Petang pula wak balik jalan kaki langsung ke kost. Tidak melencong ke mana2.
11.48am, ada rakan mahu cari kedai leather (yakni, barangan kulit). Reminder bahawa keretapi bertolak jam 2.08pm. Lagi 2 jam tapi...
Mula2 ke Gedung Selatan - tidak berjumpa. Gedung Selatan berupa gudang lama ciptaan pihak kolonial Belanda. Kemudian mereka berlari2an selepas bertanya2 orang2 lokal disitu. Pun masih tidak berjumpa.
Mencari Gedung A tidak berjumpa juga. Kembali ke Gedung Selatan yg tadi.
1.10pm - sempat lagi berhenti beli coffee kegeramaran mereka. Tapi wak pesan air teh ais sahaja seperti biasa.
Reminder lagi bahawa keretapi akan berangkat jam 2.08pm. Jam 1.58pm tiba di stasiun Cimahi dalam kebasahan hujan lebat. Sempat masuk ke dalam stesen dan jumpa Team A.
Tepat jam 2.08pm keretapi tiba dari Bandung. Ooh. Ini keretapi lambat, tidak sama seperti keretapi yg wak naik semalam. Sebab itu perjalanan selama 3 jam setengah. Tapi yg agak parah disebabkan kerusi menegak pula. Sebab itulah harganya murah ya amat.
Dan tepat jam 5.40pm tiba di stasiun Pasar Senen Jakarta dengan selamat.
Wak layan mereka mencari cafe makan burger. Dengan Grabcar singgah di Lyma Cafe. Wak pesan Texas style beef brisket 200gram.
Sejarah Pasar Senen:
Nama stasiun kereta api ini berasal dari sebuah pasardengan nama yang sama. Dinamakan Pasar Senen karena pasar ini hanya buka pada hari Senin; didirikan oleh Pemerintah Kolonial pada tahun 1733 untuk menghidupkan perekonomian masyarakat Weltevreden yang kelak menjadi Gambir, Jakarta Pusat.
Pada masa kepemimpinan Gubernur Jenderal Petrus Albertus van der Parra, Pasar Senen semakin ramai sehingga buka setiap hari. Banyak pedagang Tionghoa yang membuka usahanya di pasar ini. Semenjak kemerdekaan hingga 1975, Pasar Senen terus dikembangkan sebagai pusat perdagangan Senen dan telah menjadi tulang punggung perekonomian Jakarta pada masa itu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nama stasiun kereta api ini berasal dari sebuah pasardengan nama yang sama. Dinamakan Pasar Senen karena pasar ini hanya buka pada hari Senin; didirikan oleh Pemerintah Kolonial pada tahun 1733 untuk menghidupkan perekonomian masyarakat Weltevreden yang kelak menjadi Gambir, Jakarta Pusat.
Pada masa kepemimpinan Gubernur Jenderal Petrus Albertus van der Parra, Pasar Senen semakin ramai sehingga buka setiap hari. Banyak pedagang Tionghoa yang membuka usahanya di pasar ini. Semenjak kemerdekaan hingga 1975, Pasar Senen terus dikembangkan sebagai pusat perdagangan Senen dan telah menjadi tulang punggung perekonomian Jakarta pada masa itu.
Jam 4.12pm, dari restoran Pinisi, kami terus pulang ke bandar Bandung. Jam 6.30pm, sudah tiba di bandar. Berjalan2 di tepian bandar. Jam 6.55pm, pergi ke kedai Eiger Adventure. Sejam juga disini. Tapi wak beli apa2 pun.
Jam 8.23pm, tiba di Badjoeri Ethnic Wooden homestay. Ada kekalutan juga disini. Team ini sudah memesan bilik utk 3 orang. Tapi kelmarin wak diberitahu ada 2 katil besar. Yg nyata, cuma 1 katil besar dan 1 kecil bujang. Disebabkan wak sertai mereka lambat, jadi wak kenalah duduk di bilik lain seorang diri (400k, rm121). Kann. Takkan nk spoilkan dorg punye mood holiday kann. Jam 9.23pm, makan malam.
Rehat dan tidur. Alhamdulillah - yg penting tiada gangguan mistik di homestay yg banyak patung2 dan barang2 antik ini.
Pagi2 Ahad wak sarapan dahulu. Jam 9.30am daftar keluar dan wak bayar tunai untuk bilik tambahan itu.
Rengganis Suspension Bridge is claimed to be the longest suspension bridge in Southeast Asia. This suspension bridge stretches for 370 meters, with a height of 75 meters.
Sabtu, 13 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Indonesia.
Entri ini ditulis ketika wak sudah pun sampai di kost Jakarta. Angger wak ora lali. Takkan nk tunggu bertahun2 baru nk updet kann. Cikkak khannnns. ;p
Sambungan dari Kawah Putih Ciwidey. Terus pak supir bawa ke jambatan tergantung Suspension Bridge Rengganis. Rengganis Suspension Bridge diklaim oleh Indonesia sebagai jembatan gantung terpanjang di Asia Tenggara. Jembatan gantung ini membentang sepanjang 370 meter, dengan ketinggian 75 meter.
Dihujung jembatan ada kawah gunung berapi juga. Patah balik dari jembatan ada restoran untuk lepak2 dan minum air teh gratis.
Dari jembatan Rengganis terus ke restoran Pinisi. Bentuk restoran seperti kapal yg besar yg sedang terapung. Disini ada juga jembatan terapung, tetapi pendek. Makan siang disini.
Dari Pinisi Resto ini terus pulang ke bandar Bandung sejauh 2 jam.