Aug 13, 2022

KAWAH PUTIH HERE I COME

White Crater Lake (Danau Kawah Putih) @2022

 Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jawa Barat, Indonesia.

Sambungan dari  entri - Train to Bandung.

Entri ini ditulis ketika wak sudah pun sampai di kost Jakarta.
Angger wak ora lali.
Takkan nk tunggu bertahun2 baru nk updet kann. Cikkak khannnns. ;p

Jam 8.40am sudah dalam perjalanan ke Ciwidey.
Jam 10.03am tiba di pintu bawah taman wisata Kawah Putih. Perjalanan ke kawah putih sejauh 5km.
Jam 10.37am tiba pintu masuk ke Kawah Putih.

Kenapa disebut Kawah Putih?
Sesuai dengan namanya, tanah yang ada di kawasan ini berwarna 
putih akibat dari pencampuran unsur belerang. Selain tanahnya yang berwarna putih, air danau kawasan Kawah Putih juga mempunyai warna yang putih kehijauan dan dapat berubah warna sesuai dengan kadar belerang yang terkandung, suhu, dan cuaca.

Situasi di kawah ini tidaklah seteruk yg wak sangkakan.
Adalah bau sulfur itu seperti bau kentut sahaja.
Dan ada saranan untuk tidak kekal lama disitu.
Paling lama pun 15 hingga 30 minit sahaja.

Jam 11.03am - Team A tiba bila kami sudah lama berada di tengah Kawah Putih.
Jam 11.20am - mula beransur ke parkir.
Jam 12.05am - tiba di pintu bawah taman wisata tadi.

Teruskan perjalanan ke Suspension Bridge Rengganis, Patengan, Rancabalin, Bandung, Jawa Barat.

To be continued ... [+ next]


TRAIN TO BANDUNG

The real Bandung Railway Station @2022

 Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Team A sudah bertolak ke Bandung malam tadi.
Team B yg wak sertai akan berangkat pagi subuh sepiee ini.

Jam 2.30am - sudah pasang alat penggera untuk bangun pagi.
Jam 3.30am - sudah bersedia di luar pintu kost.
Jam 4.02am - tiba di stasiun Gambir menaiki Grabcar.

Jam 4.55am - keretapi bertolak ke Bandung.

Mula2 wak duduk disebelah pak Arab. Nampak dia bersolat duduk atas kerusi itu. Tapi wak yakin ada musholla didalam keretapi. Kemudian wak tukar tempat duduk dibelakang yg kosong, yakni disebelah tingkap.

Jam 5.15am - solat subuh. Nota - masuk waktu Subuh tadi jam 4.45am, yakni 10 minit sebelum keretapi bertolak.

Jam 7.45am - hampir 3 jam kemudian, tiba di stasiun Cimahi, kekalutan berlaku juga disini. Walaupun wak dengar pemberitahuan akan tiba di stasiun itu, tapi bila tiba disitu, tiadalah pelantar keretapi. Dalam kekalutan itu, rakan2 wak bertiga sudah tergesa2 melompat turun ke bawah landasan. Wak tidak sempat terjun disebabkan keretapi sudah bergerak.

Jam 7.52am - sepuluh minit kemudian tiba di stesen akhir, yakni stasiun Bandung. Wak tunggu rakan2 wak menaiki kereta sewa dengan supir sekali.

Jam 8.24am - menaiki kereta sewa langsung berlarian ke Kawah Putih, Ciwidey. Perjalanan sejauh sejam setengah ke pintu masuk dibawah. Dan tambahan setengah jam untuk mendaki hingga ke puncak gunung berapi yg terletaknya kawah itu.

To be continued ... [+ Kawah Putih Ciwidey]






Tiktok video lalat:

Aug 12, 2022

SINGKONG GORENG

Singkong goreng @2022
Jumaat,  12 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi terjaga awal pula jam 3.33am.
Usai buat ibadat sedikit, terkebil2 sehingga ke subuh.

Pergi kerja lambat sedikit pagi tadi.
Singgah beli 4 ketul singkong (ubi) goreng dan 4 ketul keledek goreng.
5rb 4 ketul, jd kesemuanya 10rb (rm3) sahaja.

Tengahari bersolat jumat di masjid PLN.
Dan makan nasi ayam penyet (23rb, rm7) sebelum solat.
Tapi hari ini diwajibkan pakai masker pula.
Wak pun beli di kedai koperasi (10rb, rm3) utk 5 lai.
Padahal, mereka sudah sediakan masker dipintu masjid.

Ooh.
Pasal khutbah solat jumat tadi.
Khatib tidak guna teks.
Tapi suara yg lantang - mmg tak bagi chance wak nk terlelap.
Bahawa kita hidup gara2 dunia yg memporak perandakan kehidupan sendiri.
Kisah nabi Adam yg memakan buah khuldi dan dibuang ke dunia.
Dan pak khatib membiaskan tentang kisah tembak menembak yg sedang viral skrg ni pun pasal dunia.
Pak khatib tidak sebutkan pula nabi Adam dan kisah tembak menembak itu gara2 perempuan.
Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

JPO KARET SUDIRMAN PEDESTRIAN BRIDGE

Universitas Katolik  Indonesia Atma Jaya @2022

 Khamis petang, 11 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Seperti semalam, usai kerja potong rumput di kantor.
Wak pun berlarian ke stesen MRT Asean.
Turun di stesen Bendungan Hilir.

Silap wak tidak bertanya kepada pakguard di pintu keluar MRT tadi.

Boleh menonong sahaja langsung ke bulatan selatan.
Agak jauh dan kepenatan.
Bila periksa semula rupanya berlainan arah.
Aduhai, terpaksa berpatah balik.
Dan bertanya kepada pakcik yg lepak ditefian jalan itu.

Wak pun tidak lama diatas jambatan.
Tidak larat mahu tunggu sehingga malam.

Wak pesan GrabBike terus balik ke kost (10k, RM3).
Wak bagi tip 2k kerana beri arahan tidak tepat tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

I supposed going to #3 (JPO Karet Sudirman) from #1 (MRT Bendungan Hilir) but was made wrong direction from Google maps to #2 (JPO Karet whatever) @2022



Tiktok video lalat:

Aug 11, 2022

AMAZING THINGS THAT HAPPENS WHEN YOU FINALLY PAY DOWN DEBT

Warkop at PLN Jalan Hang Tuah @2022

 Khamis, 11 Agustus  2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi sudah berjalan kaki ke kantor.
Alone matcham biasa.

Singgah di kantin PLN untuk sarap.
Warkop #2 makan tauhu goreng dan bakwan.

Sempat bayar hutang 6k (rm1.81) kepada ibuk warkop #3.
Itupun ibuk warkop #3 baru sampai.

Ooh.
Semalam kan wak sudah dapat masuk semula ke dalam akaun kad kredit wak itu.
Jadi tadi malam wak pun bayar kesemua baki.
Rasa legalah sedikit.
Alhamdulillah.

Tengahari wak ikut sahaja rakan2 sekantor ke kantin yg sama.
Nasi ayam penyet, ditambah tauhu dan tempe goreng (23k, rm7).
Airnya es tea dikit manisnya.
Tapi wak tengok bro kuJAI beli es teller di warkop #1 mcm sedap je.

Tadi bila ditanya mereka mahu kemana pada hujung minggu.
Bro kuJAI kata mereka cadang mahu ke Bandung.
Jadi wak pun usahalah beli tiket keretapi sendiri untuk bersama2 mereka nanti.
Harga tiket pe-pe (pergi pulang) ialah 223rb (rm68).

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Tauhu goreng (left) and bakwan (right) @2022

SKYWALK SENAYAN PARK

Skywalk Senayan Park Spark @2022

 Rabu, 10 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Petang usai kerja potong rumput di kantor.
Wak pun berlarian ke Skywalk Senayan Park.

Dari kantor berjalan kaki ke stesen MRT Asean.
Dan turun di stesen MRT Istora Mandiri.

Wak pesan GrabBike ke Skywalk Senayan Park mall.
Tapi mamat rider membebel tidak mahu pusing jauh untuk ke mall diseberang jalan.
Kebetulan pula disitu ada demonstasi besar2an Buruh, baju merah dan baju biru.
Tapi terjumpa shortcut untuk turunkan wak didepan pintu gerbang.

Bila tanya matguard yg jaga disitu.
Kena naik eskalator 4 lantai.

Sudah tiba dibawah skywalk bridge.
Mamat indon yg jaga disitu tidak benarkan.
"Wak kena tunjuk resit belian 50 ribuan," katanya.
Kena beli atau berbelanja di mall dahulu.

Olehkerana tidak bersedia, wak  ambil 2 3 gambiran sahaja dibawah jambatan.
Masuk waktu maghrib wak terus ke musholla.

Usai solat, wak naik lagi ke atas.
Tapi masih dibawah skywalk.

Penat disitu, wak pun berjalan turun.
Pesan GrabBike untuk pulang ke kost (19k, rm5.72).
Macet ya amat.

Dengan ha-pe pak rider yg kehabisan bateri.
Dengan permasalah sedunia pak rider yg  tiada wak kecil.
Terpaksalah wak minta tukar di restoran Ragil dahulu.

Di restoran Ragil, wak pesan nasi ayam geprek yg pedaslah amat.
Dan es tea dikit gulanya.
Total damage termasuk hidden cost (tax & servis) ialah 53k (rm16) sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Tiktok video lalat:

Aug 10, 2022

HOW DO I WITHDRAW MONEY IN JAKARTA

 

Whose socks are these? @2022

 Rabu, 10 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi di bilik kost wak pun aktifkan pengeluaran wang luar negara dalam portal bank.
Wak permulakan sehingga hujung bulan Agustus ini.

Dari kost, wak pesan GrabBike ke Blok M Plaza mall (10k, rm3).
Tiba di mall pun kedai masih tutup.
Nasib baik jugalah pintu2 utama mall boleh dibuka.

Oleh kerana wak pernah keluarkan wang di ATM sebelum ini.
Wak pun terus ke lantai 3 terletaknya pusat mesin2 ATM,  termasuk CIMB bank.
Terpaksalah wak panjat eskalator itu disebabkan lift masih belum berfungsi.
Kelmarin ada rakan beritahu bahawa mesin ATM Maybank juga ada di dalam mall.
Tapi wak masih tidak ketemukan.

Cara pengeluarannya juga agak mencabar.

  1. Masuk kartu ATM.
  2. Tekan nombor pin.
  3. Pilih bahasa.
  4. Pilih jumlah pengeluaran.
  5. Ambil uang duluan.
  6. Ambil kartu - jangan sampai tertinggal kerana disini ambil uang dahulu baharulah ambil  kartu. Kalau tidak, maka akan banyak pula urusan pengembaliannya. Sudahlah disini merantau di negeri orang kann. Huhuhu.

Tapi kemudian bila wak keluar dari bangunan mall.
Tiba2 terpandang ada banyak mesin ATM termasuk CIMB di tepian jalan.
Yo wes lah.

Nota pertukaran wang (untuk rujukan masa depan).
3,000,000 rupiah =  rm939 + rm12 (rate, 3337).
Padahal, rate semasa ialah 3,195.

Cerita lain.
Ooh.
Semalam bila  wak terima bungkusan pakaian cucian laundry.
Didapati ada sepasang setokin yg tidak dikenali.
Wak sudah war2kan pagi tadi dalam kumpulan whatsapp.
Dan tiada siapa yg mengaku lagi.

Cerita lain lagi.
Sudah beberapa pekan wak tidak boleh memasuki akaun bank credit card itu.
Terasa panik juga, ghisau ghisau.
Kejadian sama berlaku seperti di Doha, Qatar.
Mahu telefon ke pusat servis pelanggan pun tiada talian tetap.
Jadi tadi wak hantar emel sahaja.
Dan tidak lama kemudian telefonis ada panggil wak.
Dia kata akaun bank wak kena bekukan sementara sahaja.
Disebabkan sistem ada mengesan aktiviti pelik di luar negara.
Gitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.