|
My cleaned laundry using express service @2022
|
Khamis, 4 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.
Kelmarin ejen syarikat lama sudah beritahu.
Wak kena pulangkan komputer riba (laptop) sebab sudah tamat kontrak projek Doha.
Semalam wak sudah beritahu mahu kurier sahaja ke Singapura.
Ejen pun setuju dan lagi mudah katanya.
Sebenarnya laptop DELL itu sekarang diguna pakai oleh anak lanang wak yg cilik.
Sebab laptop HPnya yg lama sudah kaput.
Jadi, bocah cilik sudah merayu2 untuk dibelikan laptop yg baharu.
"Anaknda nak yg gaming laptop saja," taipnya dalam whatsapp.
Bila wak periksa harga laptop untuk gaming itu amatlah mahal.
Tidak sesuai untuk bocil yg sedang belajar di tingkatan 3.
"Yg penting belajar dulu, lepaskan SPM," balas wak.
Lama jugalah dia merayu2.
Akhirnya dia akurlah juga.
Tadi malam juga wak sudah beritahu kandanya yg kerja di KL.
Untuk carikan laptop DELL untuk adindanya.
ANOTHER BATAM TRIP?
Semalam mgr azrEIN sudah beritahu.
Tiba2 boskur mahu wak pergi ke pulau Batam lagi.
Ada tugasan potong rumput atas kapal juga.
Mungkin kali ini lebih lama.
Maka bolehlah wak panjangkan langkah ke pulau Bintan lah gamaknya. Hehe.
INNALILLAHI WAINNALILLAHI RAJIUN
Pagi tadi dikhabarkan dari whatsapp group ex-alumni NAU 84-90.
Rakan satu sekolah sudah kembali ke rahmatullah.
Al-fatihah untuk arwah Ahmad Yani Deraman.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
On Asean MRT Station this morning @2022
|
|
Nasi Ayam Penyet (20k, RM6) @2022
|
|
Taman Sanjaya, Jaksel @2022
|