Pagi2 tadi wak sudah bercadang untuk ke Zoo Ragunan. Naik GrabBike ke Blok M Plaza. Makan nasi goreng seafood di restoran Ta Wan (48k, rm14.40).
Naik MRT dari Blok M langsung ke stesen MRT Fatmawati (7k, rm2). Pesan GrabBike ke kebun binatang, aka zoo (20k, rm6).
Wak ada baca, tiket masuk hanyalah 4k (rm1.20) sahaja. Tapi bila tiba di kaunter, disuruhnya beli kad Jaklingko 35k, (rm10.47). Kad Jaklingko ini untuk naik bas, ala macam RapidKL itu. RapidKL pun wak tak pernah naik.
Tak lama wak didalam kebun binatang dengan ramainya orangramai berlibur. Sempat berehat di warung dan pesan air kelapa (20k, rm6).
Wak pesan GrabBike dari kebun binatang pada jam 1.15pm (16k, rm4.78). Solat di musholla dalam stesen MRT Fatmawati.
Bersambung ...
Restoran Ta Wan, Blok M Plaza @2022
Jakarta Selatan skyline from Fatmawati MRT station @2022
Sabtu, 6 Augustus 2022. Jakarta Selatan, Indonesia.
Sebenarnya pagi tadi wak mahu melawat kebun binatang, Ragunan Zoo. Jam 8.30am, sudah bersiap2 ke luar rumah. Tapi rupa2nya rakan2 lain sudah bercadang mahu ke Tanah Abang. Wak pun sertai sekali.
Pagi2 sudah berlarian naik Grabcar ke kantor potong rumput. Pertama kali tiba di kantor masih terkunci. Jam 7.03am baru terhegeh2 mamat office boy datang buka pintu.
Tengahari wak ikut pergi makan nasi ayam penyet. Minum es teh manis jadi semuanya makan siang 23k, RM6.88.
Singgah di kedai mudah dan senang Indomaret. Tiada pula stok roti gardenia itu. Wak beli nanas potong sahaja, 12k, RM3.40. Dapatlah diskon seribu rupiah kerana cewek kaunter nggak ada uang rencehan. Pulang ke kantor sempat lagi noon nap.
Petang dari kantor potong rumput. Wak terus pulang ke kost. Tidak singgah mana2.
Cuma di dalam kamar kost. Wak buat kerja potong rumput sedikit.
Selasa, 2 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Indonesia.
Pagi tadi wak keluar dari rumah jam 6.30am. Kelihatan sunyi sahaja di luar bangku kost.
6.45am wak terus berjalan kaki ke kantor potong rumput. Singgah di kantin PLN. Rupanya mereka sudah sampai duluan.
Nota lalat lain. Terjumpa portal pasal hari sial. Hari Sial adalah sebutan bagi seseorang yang selalu tidak beruntung bila melakukan sesuatu pada hari tersebut. Dalam agama Islam tidak ada hari Sial sebenarnya.
Petang tadi dari kantor potong rumput. Wak langsung ke Blok M Plazamall. Singgah makan ayam KFC dengan nasi.
Selepas itu, masuk ke pasaraya Farmers Family. Beli buah2an, barang2 bilik mandi, dll. Jumlah perbelanjaan ialah 293,773 rupiah (RM87).
Pagi2 tadi wak panaskan roti prata frozen yg wak beli kelmarin. Pinjam kuali tak melekat dari mat aNAS. Semalam wak sudah pesan mentega pada aNAS. Tapi wak keliru dengan marjerin pula. "Mentega utk T20, margerin B40," lawaknya dalam whatsapp group.
Usai solat asar di kost. Wak pun panggil mamat GrabBike. Naik scooter langsung ke stasiun MRT Istora (16k = RM4.80).
Mamat tidak berapa tahu jalan di sini. Sebab dia asli orang Jaktim (Jakarta Timur). Membebel juga wak pasal dia tidak pakai chantolan ha-pe di pemegang motor spedanya. Bahaya juga sebab asyik2 pegang ha-pe dan letak dan pegang lagi.
Dibalas juga jawapan dia, sebab yg pake chantolan itu semua orang muda2, wak.
Pagi tadi wak sudah berlarian ke Pacific Placemall. Jarak perjalanan kaki ialah 2.4 kilometer dalamasa 40 minit.
Selepas melawat kedai Hard Rock Cafe. Wak cadang mahu berlarian lagi ke Bundaran HI (disebut ha-ee). Tapi harapkan bateri ha-pe, bateri pun takleh diharap. Huhu.
Pagi tadi sudah kelaparan. Rasa mahu makan indomie di dapur. Tapi ada rakan aNAS suruh panaskan roti canai Malaysia guna mentega. Sedap dan rangup juga.