| Doha City Center during dawn this morning @2022 |
Khamis.
Doha, Qatar.
Pagi tadi wak sudah berlarian ke Lusail Marina.
Nak tengok sunrise di menara tanduk Lusail Katara Twin Towers.
Sambil nak try naik tram yg baru dibuka pada 1hb Januari.
| Doha West Bay @2022 |
Rabu.
Doha, Qatar.
Pagi tadi wak berlarian ke City Center Mall.
Beli muffin sausage with eggs di Mekdi.
Selepas itu, wak masuk ke Carrefour yg baru dibuka.
Beli 2 botol besar air mineral, buah limau dan pisang.
Dan roti arab seriyal (5 keping).
Susu (low fat) dan air tin Mountain Dew.
Ooh.
Terlupa hari ini hari Rabu.
Hari awek2 Filipin masuk cuci dan kemas bilik apartment.
Movie lalat.
1. Syriana 2005
2. The Ice Road 2021
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Eating a red apple today @2022 |
Selasa.
Doha, Qatar.
Ini adalah entri 10 hari terkebelakang ya kawan2.
Jangan cakap wak TAK bagitau.
Semalam wak sudah tanya pada EPH si mamat India Logistik itu.
Samada wak boleh berangkat ke offshore esok, yakni hari ini.
Sampai sekarang (sudah 24 jam) pun EPH masih senyap.
Yo wes lah.
Ooh.
Tadi wak order nasi goreng ayam.
Tidaklah sesedap mana.
Seperti biasa makan separuh untuk esok.
Disebabkan itu, tiba2 wak teringin nak makan nasi goreng kampung pula.
Cerita lalat lain.
Pasal RFID dan kad Touch and Go yg sedang heboh sekarang di tanahair.
Ada rakan FB update status dia, begini.
RFID vs T&G
Semalam driving di KL mengunakan RFIDyg aku dah guna di JB selama hampir 2 tahun memang mantap dan selamat. Tiada kes tersangkut dan tak perlu beratur panjang...Aku dulu beli di Petron Pasir Gudang dan pasang sendiri di cermin depan sebab malas nak beratur guna T&G di Tol Desaru dan bersaing dgn lori dan petang bila waktu puncak ramai balik dari resort Desaru dan Rapid Pengerang.
Pada masa tu tak ramai yg guna RFID so lorong tu memang tiada kenderaan..Apa2 pun kad T & G sentiasa ada untuk back up. Bagi aku lebih mudah guna RFIDni sebab aku boleh check balance dlm E Wallet dan top up siap2 pastikan duit cukup untuk Toll etc. sebelum perjalanan.
Tapi saya hairan kenapa Malaysia tidak guna sistem ERP ( Electronic Road Pricing) macam Singapore...cuma scan dari gantri palang atas. Tak perlu bangunan,palang dan kakitangan boleh di minimakan jimat kos. Malaysia ni ketinggalan dlm sistem ... harap bangunan jer tinggi... tapi benda2 dibawah banyak yg tak settle...
Jadi wak letak commentlah begini.
Biasalah kita kagum dgn negara yg lebih maju dgn kita, begitulah juga org indon kagum dgn sistem TNG kita dan mereka pelik sbb motor bisa masuk hiway #DontLookUp
Tak sampai 5 minit, mesej wak kena banned. Hahaha.
Wak sengaja letak sini untuk kenangan sahaja.
Harap tuan punya post FB diatas tidak baca blog merapu wak ini. ;p
Sambil itu.
Untuk Unknown (silent reader) - terimakasih daun keladi. ;p
Lain kali jangan buat lagi .. taww
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Thumb Statue at Souq Waqif, Doha @2022 |
Isnin.
Doha, Qatar.
Hari ini suasana cuaca diluar agak muram.
Wak pun rasa merundum sahaja sebab pembatalan keberangkatan ke tengah lautan.
Tengahari, EPH (mamat India Logistik) itu sudah suruh buat ujian Golden Rules.
Ujian Safety HSE online yg harus mendapat markah 100 peratus.
Setelah melayani slides online.
Wak pun terus buat ujian.
Pertama - 95%
Kedua - 90%
Ketiga - 90%
Keempat - 95%
Aiyah!
Wak sudah rasa putus asa.
AWI suruh wak hubungi cewek LLA (Safety admin) itu.
LLA kata dia boleh bantu.
Wak kata wak akan cuba sekali lagi.
Kalau tak berjaya, wak baru suruh saja LLA yg buatkan.
Kelima - 100%
Alhamdulillah, kata LLA.
Usai buat ujian, wak dapat sijil online.
Wak pun serahkan pada EPH.
Usai solat asar, wak terus berlarian ke Souq Waqif.
Tujuan untuk tangkap gambiran sunset.
Pulang dari Souq Waqif tadi.
Wak terus masuk City Center Mall.
Mula2 wak nak makan burger mekdi sahaja.
Kemudian terasa nak makan ayam kepci pula.
Last2 wak masuk restoran Steakhouse itu.
Wak order Outback Special sirloin sudah.
Bila awek Filipin itu tanya pasal air minuman dan mushroom sauce.
Wak katakan tak payah - sebab air tin Mountain Dew kat Carrefour cuma 2 riyal.
Berbanding air tin dalam restoran berharga 14 riyal!
Movie lalat.
The Mist 2007
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Pizza Hut Restaurant @2022 |
| It's getting wet this morning @2022 |
Sabtu.
Doha, Qatar.
Pagi tadi wak keluar ke stesen metro DECC.
Untuk mencari bekalan makanan.
Bila tiba diluar, hujan gerimis pula.
"Small small only, " kata pakguard Uganda itu.
Dalam jam 11am, wak pun berlarian ke klinik Naseem Medical Center.
Tunggu van yg lambat tiba.
Ada 2 orang pekerja rakyat India dan 4 orang Indon.
Tadi masa pulang ke apartment.
ASI beritahu dia jadi pergi offshore esok pagi.
Tinggal wak sorang2 nampaknya.
Sementara tunggu keputusan PCR test esok macamana.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Inside DECC Metro Station @2022 |
| There is a new tram in operation at Lusail Marina @2022 |
| Qatar flag got nine emirates or "Negeri Sembilan" @2022 |
| Inside a company van going to Naseem Clinic @2022 |
| Magnum Hotel Suites & Apartment receptioin area @2022 |
| World Cup 2022 countiing down at Corniche @2022 |
| Walking to the mosque @2022 |
Jumaat.
Doha, Qatar.
Alhamdulillah.
Solat jemuah yg ke tigabelas hari ini.
Tapi hari ini solat ikut SOP penjarakkan sosial.
Tidak seperti biasa, yakni tidak berdiri rapat2 berlaga sejadah.
Mungkin disebabkan kes COVID-19 di Doha yg sudah meningkat ketika ini.
Dan wak terpaksa tunjukkan Ehteraz yg hijau dulu (palsu).
Sebab kalau tunjukkan yg benar (warna oren) pasti tidak dibenarkan masuk mesjid.
Movie lalat.
1. T-34 2019 (Russia)
2. Chef 2014
3. The White Tiger 2012
Nota lalat.
Semasa kawan2 baca entri ini.
Wak sudah pun berada di tengah lautan ya.
Alhamdulillah.
Tunggulah cerita 10 hari terkebelakang nanti ya. ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Doha downtown this morning @2022 |
Khamis.
Doha, Qatar.
Hari ke empat wak kena kuarantin dalam rumah.
Sepatutnya tidak boleh keluar.
Tapi kalau tak keluar macamana mahu beli makanan?
Satu sahaja tempat yg boleh dimasuki tanpa tunjuk apps Ehtaraz.
Yakni stesen metro DEEC.
Selagi tidak turun ke pelantar keretapi.
Singgah di Lulu Express.
Beli sandwich, pisang, limau dan roti arab satu riyal.
Movie lalat.
Don't Look Up 2021
The Little Things 2021
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Huawei Y6P in sealed-boxes @2022 |
Rabu.
Doha, Qatar.
Sekarang ini, wak dengan ASI berdua sahaja tinggal di apartment ini.
AWI sudah berlayar ke tengah lautan.
Tapi ada beberapa barangan berharga yg dia tinggalkan.
Seperti berkotak2 telefon pintar Huawei Y6P dan smart watch.
Bila ditanya, nanti UEL akan ambil barang2 itu.
UEL pun tengah sakit sekarang ini..
| Doha sunset just now @2022 |
Selasa.
Doha, Qatar.
Pagi tadi wak tengok AWI sudah berkemas untuk ke offshore.
Macamana keadaan wak hari ini?
Demam sudah kebah.
Tapi masih ada batuk dan kahak sedikit.
Semalam sudah makan Vitamin C yg AWI tinggalkan.
Dalam jam 10am tadi.
Wak tercari2 juga passport wak.
Sebab biasa ada dalam beg sailang wak.
Kecoh dan panik sekejap.
Rupanya EPH yg ambil kelmarin sebab mahu buat pas lawatan al-Raffan ke offshore.
Dan ASI beritahu juga tadi.
Sekarang (start semalam) tidak perlu PCR test untuk ke offshore.
Aiyah.
Bila undang2 manusia yg buat kann.
Kalaulah wak lambat sikit mungkin wak sudah belayar ke tengah lautan sekarang.
Sekarang kena tunggu 5 hari lagi dalam kuarantin.
Ooh.
Tengahari tadi wak pesan makanan.
Nasi putih + beef curry + telur rebus.
Sudah lama tidak pesan dengan restoran al-Kalady itu.
Sejak demam tempohari.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| my new gloves @2022 |
Isnin.
Doha, Qatar.
Tadi malam sudah tiba pakaian keselamatan PPE.
Baju coverall saiz L.
Kasut saiz 42.
Helmet dan sarung tangan juga.
Cerita lain.
Petang tadi wak rasa nak makan piza.
Bila tiba di pintu City Center Mall..
Pakguard itu minta sijil vaksin pula.
Dengan masalah ketidakcapaian data dan wifi.
Wak pun balik semula ke apartment.
ASI suruh reinstall semula apps mysejahtera yg wak lama tak pakai.
Baru boleh lihat sijil vaksin.
Bila masuk dalam mall terus ke restoran Pizza Hut.
Ingat boleh dine-in, tapi abam manager India itu kata sijil wak tak laku.
Sudah lebih 6 bulan katanya.
Jadi, dipendek cerita, wak makan KFC sahaja.
Bila balik tadi, AWI suruh check apps Ehteraz pula.
Sudah bertukar dari hijau ke warna kuning.
Wak disahkan positive, yakni reactive.
Wak kena kuarantin 6 hari.
Dan akan diperiksa kesihatan lagi nanti.
Dan AWI ada berikan ubat Vitamin C.
Blog bukanlah hakmilik kekal.