Nov 29, 2021

GOOD NIGHT DOHA

Beef curry, white rice and 2 boiled eggs (QAR17) @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Petang tadi tiba2 wak mahu bersolat jemaah  di mesjid.
Jadi, usai maghrib tadi wak pun berlarian ke mesjid berdekatan  itu.

Nak dijadikan cerita.
Wak terlupa bawa sejadah lah pula.
Wak tengok kat dalam mesjid tiada disediakan sejadah plastik.
Wak nampak ada satu sejadah pink atas kerusi di sinun.
Wak ambil sejadah dan solat sunat 2 rakaat dahulu sebelum masuk Isyak.
Tidak berapa lama, ada tok siak ni datang kat wak minta tukar sejadah.
Dibaginya sejadah hijau.
Diambilnya sejadah pink yg wak sedang guna.
Dan dibawanya sejadah pink itu ke tempat solat pak imam.
Patutlah sejadah pink berbau wangi yg amat.
Tidaklah tok siak itu memaki hamun pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunset view from my apartment window @2021
Lift area @2021
Mesjid akhaleel ibraheem @2021
Mesjid akhaleel ibraheem @2021
Surah an-Naziat showing the correct marking at the beginning of ayat 17 & 18 for correct pronounciation  @2021
Doha City Center @2021

Nov 28, 2021

JAMBATAN AL WAHDA BRIDGE SUNRISE

Doha morning @2021

 Ahad.
Doha,  Qatar.

Pagi2 wak sudah berlarian ke jambatan al Wahda bridge itu.

Balik singgah di kedai Lulu Express.
Beli roti arab dan susu.

Nota lalat. Wak perasan di sini harga barang di kaunter kedai.
Biasa kalau harga satu quarter (suku, 25 sen) mereka tidak berkira sangat.

Movie lalat. Venom: Let There Be Carnage 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 27, 2021

MAKAN NASI LEMAK KAT MANA DI DOHA

Nasi lemak ayam goreng at Mama Rozie al Muntazah @2021

Sabtu pagi.
Doha, Qatar.

Sudah lama juga wak merancang mahu makan nasi lemak.
Minggu lepas  kan wak sudah sampai di restoran mami rozie itu.
Dengan rakan2 sekerja dan klien.
Tapi kerana tiba sudah waktu tengahari, maka melepaslah nak menjamah nasi lemak.
Entri lama. + Nasi ayam penyet at Mama Rozie al-Muntazah.

Jadi,  pagi2 tadi wak sudah berlarian ke al-Muntazah.
Alone matcham biasa.
Sebab master Lim tak jadi ikut - dia nak pegi al-Khor, katanya.
Naik LRT dari stesen DEEC, tukar tren di al-Bidda.
Kemudian baru turun dan keluar di al-Mansoura.

Jalan kaki sejauh 1.5km.
Ooh. Wak kan tiada data online dalam henfon cap aiyam ni.
Tapi wak dah download offline Google map semalam.
Dan teringatlah dulu ada kisah pengembara basikal di China.
Masalah komunikasi dan tiada Google di sana.
Dengan adanya teknologi terkini, masalah mencari arah menjadi perkara mudah.
Dan tiada lagi peribahasa, "malu bertanya sesat jalan."

Wak pesan nasi lemak ayam goreng sahaja.
Air mineral juga.

Total damage = 4 riyal (LRT) + 30 riyal (nasi lemak, air)

Dari restoran, wak balik jalan kaki ke stesen metro Msheireb sejauh 2km.
Banyaknya construction rancak disini dimana2, berdosa!
Maka melilau dan  melencong sahajalah.  
Sibbaik tak jauh sangat.

Movie lalat. The Invisible Man 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THE NICE TOWER

Mesjid akhaleel Ibraheem, Doha Qatar @2021

Jumaat.
Doha, Qatar.

Solat Jumaat yang ke 7.
Alhamdulillah.

Petang tadi, master Lim, AWI dan rakan2 di tingkat 16 sudah ajak.
Makan nasi ayam penyet.
Rakan indon, pak Dedi dari Batam yang buat.
Sambal tomat memang power pedas menggigit sampai meleleh atas dan bawah.
Oops, tiada gambar pula.
Nota lalat. Ada mamat Melayu (Jaz, Qatargas) join sekali.

Hafazan lalat. Sabki surah al mutaffifin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The Nice Tower, Doha, Qatar @2021
These grapes are not seedless and a pear @2021

Nov 26, 2021

BILA ORANG DAH BENCI

Sunyolk this morning  @2021

Jumaat pagi.
Doha, Qatar.

Hari ini hari cuti hujung minggu.

Pagi2 subuh sepi-e wak sudah berlarian ke tefian fantai.
Alone matcham biasa.

Angin bertiup pun sudah terasa sejuknya.
Bila wak sampai di fantai.
Memang sudah ramai orangramai.

Pagi ini wak perasan juga.
Tiada kelihatan pesawat kapalterbang sibuk turun dan naik di hujung sinun.

Ooh.
Tajuk itu ialah lagu arwah Saleem.

Blog  bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.